Entri ini merupakan sambungan daripada entri Perdana “Perdana Trail – Salah Satu Keunikan Hotel Perdana Kota Bharu” yang diterbitkan baru baru ini. Sengaja saya pecahkan entri program ini kepada 2 supaya ianya tidak menjadi terlalu panjang.
Jom kita teruskan jelajah Jejak Perdana kita ni:
Bank Pitis
Setelah mengisi perut dan menghilangkan dahaga di Kedai Kopi Din Tokyo kami meneruskan lagi program ini dengan lawatan ke Bank Pitis.
Mendengar namanya sahaja saya sudah dapat menjangkakan tempat ini ada kaitan dengan duit atau wang. Ini adalah kerana perkataan “Pitis” itu sendiri yang membawa maksud duit ataupun wang. Cuma saya sangkakan tempat ini sebuag tempat yang besar seperti muzium wang yang mempamerkan pelbagai jenis wang yang pernah digunakan oleh negeri ataupun kerajaan Kelantan sejak dari dulu kala.
Namun sangkaan saya meleset kerana tempat ini hanyalah sebuah bangunan yang kecil yang hanya berukuran 12 kaki tinggi X 12 kaki lebar sahaja. Walaubagaimanapun, angunan ini dijaga rapi oleh pihak berwajib. Kami hanya dapat melihat luaran sahaja sahaja kerana bangunan ini tidak dibuka pada hari kami mengikuti program ini.
Bangunan tertua dikalangan bangunan-bangunan sekitar sini dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad III dan terletak di pintu masuk Istana Balai Besar.
Istana Jahar
Di seberang jalan di mana terletaknya Istana Balai Besar, berdiri teguh Istana Jahar, lokasi lawatan program ini yang seterusnya.
Istana ini sebenarnya ialah kediaman di raja yang dibina oleh Sultan Muhammad II pada tahun 1887 untuk cucu baginda Long Kundur. Bangunan yang penuh dengan seni ukiran kayu ini mencerminkan kepakaran seni ukiran kayu rakyat Kelantan pada masa itu.

Di dalam istana ini dipamerkan foto-foto, artifaks dan juga kraftangan Kelantan yang kaya dengan seni dan warisan turun temurun.
Istana Batu (Muzium DiRaja)
Destinasi program ini yang seterusnya adalah Istana Batu. Bangunan yang juga dikenali sebagai Muzium DiRaja ini mempamerkan segala yang berkenaan dengan tradisi dan adat istiadat keluarga diraja Kelantan. Anda bolehlah melihat bagaimana keunikan adat dan tradisi raja-raja Kelantan sejak dari dulu.
Kampung Kraftangan
Juga dikenali sebagai Balai Ketam Guri, tempat kraftangan ini terletak tidak jauh daripada Istana Batu. Di tempat kraftangan ini anda boleh melihat dan membeli kraftangan unik hasil tangan rakyat Kelantan. Kraftangan seperti barangan yang diperbuat dari perak, banrangan ukiran kayu, batik serta songket banyak dipamerkan dan dijual di tempat kraftangan ini.
Demonstrasi mencanting batik dan menenun songket juga ada dipersembahkan kepada pengunjung di tempat kraftangan ini. Pertunjukkan silat juga ada dipertontonkan di tempat kraftangan ini.
Restoran Nasi Ulam Cikgu
Di dalam kawasan Kampung Kraftangan ini terletaknya restoran ini. Restoran ini boleh dianggap sebagai antara tempat yang mesti singgah jika ke Kota Bharu. Restoran ini menyajikan pelbagai lauk-pauk tradisional Kelantan serta ulam-ulaman. Antara menu yang unik yang jarang terdapat di restoran d tempat lain ialah Budu, Sayur Lemak Ala Kelantan dan Ikan Keli bersaiz besar yang digoreng istimewa.
Makan di restoran ini memang berbaloi. Kami makan satu meja seramai 6 orang. Menu-menunya pula ialah:
- 2 ekor Ikan Keli Goreng Istimewa yang besar
- 2 ketul Ayam Kampung Goreng bersaiz besar
- Semangkuk Patin Asam Pedas
- Ikan Panggang
- Sayur Lemak Ala Kelantan
- Budu bersama ulam dan tempoyak
- Nasi putih dan air sirap yang boleh ditambah tambah caj tambahan
Cuba teka berapa harga satu hidangan kami di atas tu. Hanya RM56 sahaja. Sungguh berbaloi makan di sini. Dah la menu yang dihidangkan tersebut adalah unik dan lazat, harganya pula sangat berbaloi. MEmang rugi kalau sesiapa yang ke Kota Bharu tetapi terlepas makan di restoran ini.
Muzium Islam
Dengan perut yang penuh kami menapak pula ke destinasi yang seterusnya. Walaupun perasaan malas sudah datang dek kerana hasutan perut yang penuh, kami gagahkan jua kaki untuk melangkah untuk menamatkan program ini. Destinasi yang seteresnya ialah Muzium Islam.
Di muzium ini anda akan dapat melihat dan membaca sejarah tentang Islam di Kelantan. Semuanya dipamerkan di dinding-dinding dan di dalam tempat pameran khas. Kisah hidup, riwayat dan salasilah keluarga ulamak terkenal kelantan juga dipamerkan. Sungguh berinformatif.
Foto-foto ulamak terkemuka seperti Tok Kenali dan Nik Abdul Aziz banyak terpapar di sini. Sungguh, negeri Kelantan adalah salah sebuah negeri yang gigih menyebarkan Islam sejak dari dulu lagi.
Bank Kerapu (Muzium Peringatan Perang)
DEstinasi terakhir program jejak perdana ini adalah di tempat bersejarah ini. Jauh meleset sangkaan saya. Saya sangkakan ia ada kaitan dengan ikan kerana namanya Kerapu (sejenis ikan) rupanya tidak! Memang pelik juga kerana jika ianya ada kaitan dengan ikan, apa pula kisahnya dengan perkataan “bank” di depannya.
Bank Kerapu mendapat nama kerana dulu bangunan ini ialah sebuag bank komersil. Bangunan yang dibina pada tahun 1912 ini dulu adalah The Mercantile Bank of India Limited. Kerpu pula mendapat nama keran dinding bangunannya yang kasar yang dipanggil kerapu dalam dialek KElantan.
Semasa Perang Dunia ke 2 (1942), bangunan ini dijadikan ibu pejabat polis rahsia Jepun yang digelar “Kempetai”. Di muzium perang ini, banyak dipamerkan foto-foto sejarah peperangan yang berlaku di negeri Kelantan terutama semasa Perang Dunia Ke 2.
Di pintu masuk muzium perang ini berdiri megah patung General Yamashita. Di sini juga pertama kali saya melihat sendiri foto Tok Janggut, pahlawan Kelantan yang mengetuai penentangan terhadap Inggeris di KElantan. Foto beliau syahid digantung oleh tentera Inggeris yang kejam. Tersentuh hati melihat mayatnya digantung berhari-hari di tempat pergantungan sebelum dikebumikan.
Beca
Bank KErapu adalah destinasi terakhir. Penat berjalan memang di tahap kritikal. Terfikir juga larat ke nak berjalan balik semula ke Hotel PErdana ni.
Tiba-tiba kami dikejutkan oleh segerombolan pengayuh beca menunggu kami di luar muzium perang ini. Wah, merasa juga menaiki beca. Kali terakhir saya menaiki beca sewaktu masih kanak-kanak dahulu. Waktu masih belum masuk sekolah rendah lagi rasanya.
Komen eXplorasa
Program PErdana Trail ini amat menyeronokkan dan sangat berinformatif. Sesiapa yang nak ke KElantan, ke Kota Bharu khasnya, saya cadangkan anda menyertai program ini. leh kerana ianya dibuat khas untuk pengunjung Hotel Perdana sahaja, anda perlulah bermalam di Hotel Perdana. Tak perlu risau. Hotel PErdana adalah hotekl terbaik di Kota Bharu. Berstatus 5 Bintang, hotel ini memang hotel yang lengkap dengan kemudahan, mempunyai restoran yang menyajikan menu tradisi negeri Kelantan, mempunyai kakitangan yang ramah dan sentiasa tersenyum.
Bermalam di hotel ini akan meninggalkan kenangan yang anda tak akan anda lupakan. Hotel terbaik dengan program yang hebat pasti membuatkan anda akan bertandang lagi ke sini.
menarik. walaupun kampung saya dekat melaka, tak pernah nak jalan jalan kat sana haha
Uncle Zuan recently posted…Yeoâs Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt
menarik! teringin juga ke sana nanti. tak pernah jejak ke kelantan
Uncle Zuan recently posted…Seharian Lawatan ke Mekong Delta, Vietnam
kelantan best kalau nak tgk budaya dan makanan.. memang terbaik!!