Menyaksikan Keindahan Matahari Terbenam Di Masjid Selat Melaka, Melaka

Melaka negeri bersejarah

Melaka adalah salah satu negeri di Malaysia yang seringkali menjadi tumpuan pelancong dari dalam maupun dari luar negara. Sejarah silamnya yang gemilang menjadi pusat perdagangan utama di Asia Tenggara dan kisah kesultanannya yang unik menjadi tarikan pelancong untuk melihat sendiri kesan peninggalan sejarah tersebut.

Faktor lain yang menjadikannya tumpuan ramai ialah kedudukannya yang dekat dengan ibu negara Malaysia Kuala Lumpur. Penduduk Lembah Kelang seringkali ke sini untuk menghabiskan cuti kerana jaraknya yang tidak jauh daripada Kuala Lumpur.

Masjid Selat Melaka

perkaragan-masjid-selat-melaka
Pengunjung bersantai di perkarangan Masjid Selat Melaka sementara menunggu azan Maghrib

Banyak tempat yang boleh dikategorikan sebagai menarik di Melaka. Selain daripada restoran asam pedasnya yang asli, Coconut Shake di Pantai Klebang, Kota A Famosa, Muzium Negeri, Menara Taming Sari dan lain-lain lagi, ada satu lagi tempat yang sempat eXplorasa lawati yang juga unik sebagai tarikan pelancong iaitu Masjid Selat Melaka.

Masjid ini merupakan sebuah masjid terapung yang terletak di kawasan  Pulau Melaka yang merupakan sebuah pulau buatan manusia berhampiran dengan Banda Hilir, Melaka. Dengan bantuan teknologi terkini (waze, GPS dan sebagainya) tidak susah untuk mencari masjid ini. Jika anda dari Banda Hilir, terus ke Jalan Melaka Raya 5 kemudian anda akan melalui jambatan ke Pulau Melaka tersebut. Pulau yang mempunyai keluasan yang kecil ini memudahkan anda untuk mencari masjid ini.

Peta lokasi

map malacca straits mosque
Peta Pulau Melaka

Google Map

Selain dari keindahan fizikal masjid ini, kami juga begitu teruja dengan keindahan alam dan pemandangan di sekitar terutamanya keindahan suasana matahari terbenam di sini. Teruja dengan keadaan ini, kami telah merancang untuk melawati masjid ini pada saat lewat petang sambil dapat menunaikan kewajipan solat magrib di sini.

gambar-masjid-cantik
gabungan keindahan ciptaan manusia dan alam semulajadi

pandangan ke timur masjid
pandangan ke timur masjid

pemandangan ke tengah lautan
pemandangan ke tengah lautan

Pada masa kami sampai, kelihatan juga pengunjung lain menikmati pemandangan yang indah sambil menghirup udara laut yang segar. Terdapat kemudahan tempat letak kereta yang cukup di sini. Ada juga kemudahan kedai runcit kecil yang dibina di kawasan masjid ini bagi kemudahan pengunjung.

Tempat wuduk juga dibina berasingan antara Jemaah lelaki (sebelah kanan) dan Jemaah wanita (sebelah kiri). Setelah selesai mengambil wuduk, kami menaiki masjid ini dan sambil menunggu azan maghrib berkumandang, kami layan dulu keindahan matahari terbenam dari atas masjid terapung ini.

matahari terbenam 1

matahari terbenam 2

matahari terbenam 3

matahari terbenam 4

Komen eXplorasa

Masjid ini (pada masa ini) lebih merupakan produk pelancongan berbanding tempat beribadat. Jemaah yang hadir kebanyakannya adalah merupakan orang luar yang datang melancong ke sini. Masjid ini juga ada menyediakan jubah bagi pelancong yang tidak menutup aurat masuk melawat.

Berbeza pula dengan Masjid Kampung Hulu yang mana lebih bersejarah dan mempunyai cerita tersendiri. Kisah Masjid Kampung Hulu akan kami terbitkan di masa akan datang.

 7,939 total views,  2 views today

Related Stories

Discover

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Jika kalian seorang yang suka travel, kalian jagalah kesihatan kalian. Jagalah makan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas...

Gulai Ikan Aya Terbaik, Kenapa Kalian Mesti Cuba

Gulai Ikan Aya (Tongkol). Ini bukan gulai yang biasa tu. Ini gulai...

DAENG CAR RENTAL & TOURS, 5 Sebab Kenapa Korang...

Sabah memang indah Bagi Abam Hoq, antara negeri di Malaysia...

Tips Untuk Travel Secara Percuma

Ramai yang suka travel, terutama travel ke luar negara. Yang berkesempatan travel...

24 Negara Sudah Dijejaki Sejak Tahun 2011

Kronologi travel Abam Hoq Alhamdulillah, sejak Abam Hoq mula-mula buat...

Popular Categories

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this: