Makanan dan Pemakanan Tambahan
Pemakanan sekarang jauh berbeza dengan makanan orang dulu-dulu. Orang dulu-dulu banyak mengambil makanan yang berasaskan bahan semulajadi. Ulam-ulaman ditanam sendiri, ikan ditangkap sendiri, ayam dan binatang ternakan ada dibela sendiri dan ada yang dibeli. Tetapi apa yang pasti bahan mentah yang diambil tidak banyak tercemar dengan bahan-bahan yang tidak sihat kepada tubuh badan.
Sebab itulah orang dulu-dulu jarang yang terkena penyakit seperti orang zaman sekarang. Mereka hidup lebih sihat berbanding dengan orang zaman sekarang yang banyak terkena penyakit-penyakit berbahaya seperti Kanser, Darah Tinggi, Kencing manis, Strok, Sakit Jantung dan sebagainya.
Jauh berbeza dengan keadaan sekarang. Makanan yang kita ambil tidak lagi semulajadi. Makanan segera yang disogokkan kepada kita seperti mee segera, berger dan lain-lain banyak menyumbangkan kepada penyakit-penyakit yang sering dihidapi dewasa ini.
Nutrisi yang tidak lengkap menyebabkan sistem ketahanan diri menjadi lemah lalu membenarkan penyakit-penyakit kronik tadi hinggap ke badan kita.
Untuk mengelakkan perkara tersebut, badan kita mesti dibekalkan dengan nutrisi yang mencukupi. Makanan tambahan perlu diambil untuk mengseimbangkan bahan-bahan yang berbahaya yang kita ambil bersama makanan moden tadi.
Banyak produk makanan tambahan yang berada di pasaran sekarang. apa yang anda perlu buat ialah memilih makanan tambahan yang terbaik untuk badan anda.
Bagi saya makanan tambahan yang menjadi pilihan saya adalah Shaklee. Selain daripada ianya telah terbukti berkesan kepada badan kita, ia dikilangkan oleh syarikat yang berpengalaman luas di dalam industri makanan tambahan ini.
Syarikat ini mempunyai pelbagai produk nutrisi yang terdiri daripada vitamin, supplement dan produk yang berasaskan kesihatan dan kecantikan berasaskan alam semulajadi.
Selain itu, syarikat ini amat mementingkan kualiti produk-produk nutrisinya. Ia mempunyai pasukan tenaga pakar yang mahir dan terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Ini untuk memastikan ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.
Youth Entrepreneur System (YES)
Selain daripada produk-produk nutrisinya yang mantap dan dipercayai, Syarikat ini ada menyediakan program-program kemasyarakatan. Syarikat ini begitu komited dalam menyediakan hidup yang sihat untuk semua orang.
Sebelum ini Shaklee pernah mengadakan program Shaklee Prihatin untuk kanak-kanak. Ia adalah program yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik di luar bandar.
Untuk memastikan kesihatan lebih baik untuk semua orang dan kehidupan yang baik untuk semua orang, Shaklee juga mewujudkan satu program untuk golongan belia iaitu Program Usahawan Muda.
Program ini yang baru dilancarkan pada bulan Mei 2015 memang dikhaskan untuk golongan belia dan golongan yang mempunyai “hati muda” untuk mengecap kebebasan kewangan dan kebebasan masa.
YES memberi peluang kepada golongan muda untuk merencanakan hala tuju hidupnya dengan menjadi usahawan yang lebih sihat dan mempunyai kehidupan yang lebih baik. YES membantu golongan muda untuk membina perniagaan sendiri dengan modal permulaan yang rendah tetapi mempunyai potensi pulangan yang tinggi.
“Sasaran kami adalah untuk mencapai 100,000 orang usahawan muda menjelang akhir tahun ini dan membantu mereka mendapat tambahan 50 peratus lebih daripada pendapatan bersih mereka,” ujar Victor Lim, Presiden Shaklee Malaysia, sewaktu sesi taklimat di Ibu Pejabat Shaklee Malaysia.
Cara untuk menjadi usahawan Shaklee
Caranya amat senang. Sertai keluarga Shaklee, gunakan produk Shaklee dan seterusnya berkongsi faedah yang kita dapat daripada penggunaan produk Shaklee dengan rakan taulan dan ahli keluarga.
Melalui program YES, Shaklee telah menyediakan insentif kewangan untuk membantu usahawan mudanya. Latihan kemahiran, pengetahuan tentang produk dan sokongan daripada mentor diwujudkan untuk memudahkan usahawan muda mencapai impian mereka.
Untuk kaum wanita program ini memang jelas dapat membantu dan menjadi batu loncatan kepada mereka untuk menjalani hidup yang lebih sihat disamping dapat menyumbang kepada pendapatan keluarga.
Sebagai sokongan kepada program ini, Shaklee Malaysia telah meletakkan program ini di bawah Shaklee Cares. Mr Victor akan mendedahkan dengan lebih lanjut lagi tentang program ini di Persidangan Kebangsaan Shaklee yang akan diadakan di Mines International Exhibition and Convention Centre hujung minggu ini.
Betul tu, pelbagai perancangan dah shaklee buat untuk menaik taraf pendapatan dan kesihatan rakyat malaysia
Noriza Rahman recently posted…Atasi Masalah Rambut Gugur Selepas Bersalin
ya.. bagus shaklee ni. sebagus produknya
pehh, apsal ramai benar yang cite pasal shaklee sekarang ni eh.
titan recently posted…Lelaki Handsome ini menulis dan MAINTAIN 300 blog setiap tahun. Bagaimana dia lakukannya dengan GAGAH sekali?
huhuhu. advertorial…
saya sendiri sudah 4 tahun makan vitamin Shaklee. memang terbaik la. dan skrg buat full time business Shaklee dari rumah.
ainul recently posted…Minuman Memberi tenaga Ketika Berpuasa
yup. mmg bagus shaklee ni