
Kalau bercakap bab makan-makan dan port santai kat Malaysia ni, memang tak pernah habis, kan? Dari gerai tepi jalan, restoran mamak, sampai ke restoran eksklusif dalam pusat membeli-belah, rakyat Malaysia memang cukup bertuah sebab banyak sangat pilihan makanan yang ada di sekeliling kita. Sebab tu di mata pelancong, Malaysia ni terkenal dengan variasi makanannya.
Tapi kalau sebut pasal hidangan tempatan (local food) yang sentiasa konsisten dari segi rasa, kualiti, dan suasana… nama Madam Kwan’s pasti akan terlintas dalam fikiran kita semua!
Siapa yang tak kenal dengan sosok ikonik wanita kulinari dengan topi comel, berkaca mata besar, dan senyuman mesra yang menjadi wajah jenama ini?
Ditubuhkan sejak tahun 1999, Madam Kwan’s bukan sekadar tempat makan biasa. Ia adalah satu destinasi legasi yang telah menyatukan pelbagai generasi rakyat Malaysia di atas satu meja makan selama hampir tiga dekad. Bukan kaleng-kaleng restoran yang mampu bertahan sebegini lama.
Baru-baru ini, Madam Kwan’s sekali lagi membuktikan kedudukan mereka sebagai gergasi kulinari tanah air apabila meraikan dua pencapaian penting secara serentak! Bukan calang-calang tau.. Pencapaian ini melibatkan anugerah berprestij kebangsaan dan juga pengiktirafan yang paling dinanti-nantikan oleh seluruh warga Malaysia.

Majlis meraikan kejayaan tersebut dibuat di Restoran Madam Kwan’s TRX Mall. Terima kasih Madam Kwan’s kerana sudi menjemput eXplorasa sekali. Jom saya kongsikan berita gembira ini dengan korang semua.
1. Rekod Kebangsaan Diukir: Nasi Bojari Masuk Malaysia Book of Records!
Bagi korang yang selalu berkunjung ke Madam Kwan’s, pasti sekurang-kurangnya sekali korang mesti pernah rasa atau nampak hidangan teras mereka iaitu Nasi Bojari. Hidangan ini bukan sekadar nasi biasa, tetapi merupakan ciptaan istimewa air tangan pengasasnya sendiri, Puan Kwan Swee Lian (kini berusia 92 tahun!).
Diilhamkan daripada resipi gaya diraja, Nasi Bojari menyajikan kombinasi nasi tiga warna yang sangat harum dan gebu, dikelilingi dengan lauk-pauk pemikat selera. Ada paha ayam goreng rangup di luar lembut di dalam, udang assam yang masam manis segar, rendang daging yang empuk meresap rempahnya, serta telur rebus. Setiap suapan membawa gabungan rasa tradisi yang cukup sempurna.

Berkat konsistensi rasa dan kasih sayang yang dicurahkan dalam setiap hidangan, Nasi Bojari Madam Kwan’s secara rasminya telah dianugerahkan sijil pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records untuk kategori “Nasi Bojari yang Paling Banyak Terjual Dalam Setahun”!
Korang tahu tak berapa jumlah jualan yang dicatatkan? Sebanyak 245,362 hidangan telah terjual di seluruh negara dalam tempoh satu tahun sahaja! Satu angka yang sangat menakjubkan dan membuktikan betapa “obses”nya rakyat Malaysia dengan hidangan ikonik ini.


Majlis penyerahan anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book of Records, Encik Christopher Wong kepada Ketua Pegawai Eksekutif Madam Kwan’s, Datin Maureen Ooi. Turut hadir meraikan detik bersejarah ini ialah pengasas bersama Datuk Rudy Foo dan semestinya empunya nama restoran itu sendiri, Puan Kwan Swee Lian.
2. Jaminan Kualiti Tanpa Ragu: Sijil Halal JAKIM di Seluruh Cawangan!
Satu lagi berita yang paling menggembirakan buat kita semua sebagai rakyat Malaysia ialah mengenai komitmen jaminan kualiti dan kebersihan restoran ini. Madam Kwan’s kini secara rasminya meraikan kejayaan memperoleh Pensijilan Halal JAKIM untuk dapur utamanya serta 17 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia! Cawangan baharu mereka di AEON Tebrau, Johor juga kini di peringkat akhir untuk melengkapkan pensijilan tersebut tidak lama lagi.

Pengiktirafan Halal JAKIM ini amat penting kerana ia mengukuhkan lagi keaslian, piawaian kebersihan, serta keabsahan bahan-bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam setiap sajian.
Bagi korang yang ingin menjamu selera bersama rakan-rakan berbilang kaum dan agama, rakan sekerja, atau ahli keluarga, kini korang boleh menikmati setiap hidangan di Madam Kwan’s dengan rasa penuh yakin, tenteram, dan tanpa sebarang keraguan lagi. Legasi kepercayaan yang dibina bertahun-tahun ini terbukti bukan sekadar janji manis, tetapi disokong dengan piawaian tertinggi negara!
3. Promosi Makan & Peraduan Contest: Menangi Hadiah Bernilai Sehingga RM20,000!
Tak lengkap rasanya majlis keraian tanpa sebarang kejutan istimewa buat para pelanggan setia, kan? Bagi membalas sokongan padu korang semua yang sentiasa berdiri di belakang jenama ini, Madam Kwan’s melancarkan Promosi & Peraduan Khas Makan di Restoran.
Butiran Peraduan Madam Kwan’s Keraian Dua Pencapaian:
- • Tempoh Promosi: Bermula bulan September 2026 (berlangsung selama 3 bulan sahaja!).
• Lokasi: Mana-mana cawangan Madam Kwan’s di seluruh Semenanjung Malaysia. - • Tawaran Hadiah: Total nilai hadiah wang tunai & ganjaran sehingga RM20,000 untuk dimenangi!
• Cara Menyertai: Hanya perlu singgah makan hidangan kegemaran korang (jangan lupa order Nasi Bojari atau Char Kway Teow! Ini pesanan serius tau.. Hehe) dan sertai peraduan yang disediakan di restoran sepanjang tempoh promosi.
Jadi, inilah masanya untuk korang ajak family, pasangan, atau kawan-kawan pejabat pergi pekena Nasi Bojari sambil berpeluang membawa pulang sebahagian daripada hadiah lumayan ini!
4. Suasana Cozy & Elegan: Port Ideal Belanja Client & Bincang Perancangan Kewangan
Selain daripada menjadi penulis di eXplorasa.my, saya juga merupakan seorang Penasihat kewangan professional yang kerap bertukar ruang kerja dan mengadakan perjumpaan rasmi mahupun santai. Jadi saya amat menyintai aspek suasana (ambience) sesebuah restoran. Dan jujur saya katakan, Madam Kwan’s adalah antara pilihan top-tier apabila korang perlukan tempat yang selesa, kemas, dan profesional!
Kenapa saya cakap Madam Kwan’s ni amat sesuai untuk bawa client, terutamanya bila nak berbincang tentang hal-hal penting seperti perancangan kewangan (financial planning), pelaburan, takaful, atau usahasama perniagaan?
Ini sebab-sebabnya:
A. Suasana Cozy, Selesa & Bertaraf Premium
Hiasan dalaman Madam Kwan’s sentiasa direka dengan sentuhan moden tetapi kekal hangat dan mesra. Susun atur kerusi dan mejanya luas, tempat duduknya selesa, serta pencahayaannya cukup menenangkan. Tak ada isu bising ekstrem atau suasana kelam-kabut yang menggangu perbincangan. Client korang pasti akan rasa dihargai apabila dibawa ke restoran dengan standard sebegini.
B. Menu Lokal Mewah yang ‘Safe & Universal
Bila nak pertemukan client dari pelbagai latar belakang dan umur, pilihan makanan amat penting. Madam Kwan’s menyajikan hidangan kegemaran Malaysia – Nasi Bojari, Nasi Lemak, Char Kway Teow, Curry Laksa, Cendol, dan Ais Kacang – tetapi diangkat ke tahap presentation restoran kelas pertama. Makanan tempatan asli ini memang akan disukai oleh semua lapisan masyarakat, menjadikan perbualan bermula dengan mudah (ice-breaking jadi sangat natural!).










C. Mengeratkan Hubungan Sambil Menikmati Makanan Lazat
Seperti mana yang dinyatakan oleh CEO Madam Kwan’s, Datin Maureen Ooi:
“Makanan yang baik akan menyatukan kita semua.”
Membincangkan bab angka, portfolio kewangan, atau perancangan masa depan pelanggan di atas meja yang terhidang hidangan enak akan mewujudkan aura perbincangan yang lebih tenang, rileks, dan tidak tertekan.
Belanja client makan hidangan berkualiti tinggi yang diiktiraf Halal JAKIM juga boleh membina keyakinan dan profesionalisme yang tinggi dalam hubungan kerja korang.
Evolusi Jenama Kebanggaan Malaysia: Dari Dapur Restoran Hingga Ke Rumah Korang!
Sesuatu yang amat membanggakan mengenai Madam Kwan’s ini ialah keupayaan mereka untuk terus relevan dan berkembang seiring perubahan zaman.
Di bawah teraju dinamik Datuk Rudy Foo dan Datin Maureen Ooi, jenama ini bukan sahaja mempunyai 20 cawangan fizikal di seluruh negara, tetapi juga melebarkan sayap ke dalam sektor gaya hidup moden.
Kini, korang bukan sahaja boleh makan di restoran, malah boleh menikmati pes makanan istimewa, snek, dan minuman segera pra-campuran Madam Kwan’s di rumah!


Produk-produk ini boleh didapati menerusi platform e-dagang popular seperti Shopee, TikTok Shop, serta media sosial seperti RedNote (XiaoHongShu).
Untuk mengikuti updates terkini Madam Kwan’s, korang boleh follow laman web dan media sosial berikut:
Laman web : https://www.madamkwans.com.my
Facebook : @madamkwans
Instagram : @madamkwans
Tiktok : @madamkwansmy
Youtube : @mymadamkwans
Kedai Rasmi Shopee: madamkwans
XiaoHongShu (RedNote) : 关夫人 Madam Kwans
![]()



