Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan cita rasa Jepun dan Vietnam dengan sentuhan tempatan – memang kena dengan selera!

Table of Contents

Nippon Sushi

Nippon Sushi, yang terkenal dengan hidangan autentik Jepun, kali ini memperkenalkan menu baru yang menampilkan keseimbangan rasa savuri dan manis dalam hidangan kari Jepun.

Menu Ramadhan Nippon Sushi 2025

Antara tarikan utama ialah Sukiyaki Beef Curry, di mana pelanggan boleh menikmati pengalaman unik memasak sendiri hirisan daging nipis dalam kuah kari panas mengikut cita rasa masing-masing. Jika mahukan hidangan yang lebih mengenyangkan, Salmon Head Curry Udon adalah pilihan terbaik. Selain itu, pencinta nasi boleh menikmati hidangan klasik seperti Chicken Katsu Curry Don, Beef Curry Don, dan Beef Hamburg Curry Don, semuanya disajikan dengan kuah kari yang kaya rasa.

Untuk sentuhan fusion yang menarik, Lemongrass Chicken Makimono menggabungkan keunikan cita rasa Malaysia dalam gulungan sushi—gabungan yang pasti memikat selera!

MyViets

Kalau anda suka hidangan Vietnam yang ringan dan menyegarkan, MyViets ada banyak pilihan menarik untuk dicuba. Mulakan dengan roti kukus gebu bersama Lemongrass Chicken Bao atau Lemongrass Beef Bao. Kalau nak sesuatu yang boleh dikongsi, Summer Roll Grilled Chicken with Green Sauce adalah pilihan terbaik—gulungan Vietnam yang segar dipadankan dengan sos ketumbar yang benar-benar membangkitkan selera.

Menu Rmadhan MyViets 2025

Tak tahu nak pilih antara pho, mi kering, atau nasi untuk berbuka? Jangan risau! Mini Bowl Combo membolehkan anda menikmati tiga hidangan kecil daripada lima pilihan istimewa, termasuk Pho Ga Chicken, Dumplings and Snow Crab, Spicy Pho Bo Tenderloin, Soy Noodle Chicken and Dumpling, Soy Noodle Meatball serta Rice with Lemongrass Chicken. Memang berbaloi!

Kalau berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan, MyViets Ramadan Set adalah pilihan sempurna. Set untuk dua orang ini merangkumi Black Pepper Beef Tenderloin, Butter Prawn, dan Sauteed Broccoli with Ginger Sliced. Jika datang berempat, boleh tambah Rendang Chicken untuk hidangan yang lebih lengkap dan mengenyangkan!

Nippon Sushi dan MyViets adalah sebahagian daripada Nippon Sushi Group, syarikat milik penuh yang diasaskan oleh Siti Noraini Nuawi. Hari ini, beliau turut merasmikan pelancaran dua menu khas Ramadan yang bakal memikat selera pengunjung.

“Menu Ramadan kami yang unik dihasilkan oleh chef berpengalaman untuk menggamit selera terutama kepada mereka yang berpuasa. Kami berbangga dapat memperkenalkan citarasa antarabangsa dengan sentuhan tempatan. Dengan menggabungkan rasa tempatan dalam hidangan asli Jepun dan Vietnam, inovasi kreatif ini menyerlahkan keunikan kami dalam persaingan industri F&B serta pada masa yang sama menarik minat selera tempatan. Sebagai syarikat tempatan, kami memahami keutamaan pasaran domestik dan berupaya untuk menyesuaikan tawaran kami mengikut garis panduan halal yang ditetapkan oleh JAKIM bagi memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan dengan yakin,” kata Siti Noraini Nuawi, Pengarah & Pengasas Nippon Sushi Group.

Pengasas merabgkap pengarah Nippon Sushi dan MyViets, Siti Noraini Nuawi (tengah)

Pada majlis yang sama, Nippon Sushi Group turut menegaskan komitmennya terhadap pematuhan halal sepenuhnya dengan pengumuman bahawa 19 cawangan Nippon Sushi dan 13 cawangan MyViets, termasuk dapur pusatnya, kini menerima pensijilan halal JAKIM. Beberapa lagi cawangan sedang dalam proses mendapatkan sijil halal, memastikan setiap restoran di bawah kumpulan ini mematuhi standard kebersihan, pengendalian makanan yang betul, serta penggunaan bahan halal berkualiti tinggi.

“Kami berhasrat untuk menjadi rangkaian restoran F&B halal yang termuka di Malaysia dan di peringkat antarabangsa, dengan mematuhi peraturan ketat yang ditetapkan, serta komited dalam penyediaan hidangan halal yang lazat ikhlas dari hati buat para pelanggan,” tambah Siti Noraini.

Barisan pengarah Kumpulan Nippon Sushi bersama Ustaz Jamali Adnan (tengah) berganbar di majlis pelancaran menu sempena Ramadhan 2025

Menu istimewa Ramadan ini akan tersedia hingga bulan Syawal dan boleh dinikmati di semua cawangan Nippon Sushi dan MyViets dari 1 Mac hingga 30 April. Untuk maklumat terkini, jangan lupa ikuti Nippon Sushi Malaysia dan MyViets Malaysia di Facebook, Instagram, dan TikTok!


Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ