Restoran Patin Masak Tempoyak Sedap Di Kuala Terengganu – Restoran Umikoi Losong

Restoran Patin Masak Tempoyak Sedap di Kuala Terengganu. Ada ke? Kalau di Temerloh banyak la kot. Sebabnya Temerloh memang tempat asal masakan Patin Masak Tempoyak. Jadi kalau bertandang ke sana memang banyak la Restoran Masak Tempoyak. Kebanyakannya memang sedap-sedap semuanya.

Abam Hoq memang penggemar tegar menu Ikan Patin Masak Tempoyak. Memang pantang jumpa restoran yang menyediakan menu ni, mesti Abam akan singgah.

Sekarang Abam kat Kuala Terengganu atas urusan jumpa klien Unit Trust Mutual Gold Abam. Pagi tadi dah selesaikan semuanya jadi tengahari ni tak ada apa-apa appointment, jadi masa diisi dengan mencari tempat makan. Dan yang pastinya tempat makan yang sedap..!

Restoran Patin Masak Tempoyak Claypot Umikoi, Losong, Kuala Terengganu

Teringat restoran Patin Masak Tempoyak yang dikongsi sahabat Facebook @Daten Gwen di Facebook beliau tempohari. Jadi sampailah Abam ke situ tadi. Restoran Umikoi nama diberi.. Nama pun dah ala-ala orang Temerloh.

restoran patin masak tempoyak sedap di kuala terengganu - umikoi

Komen Abam

Terus jer pada komen Abam yer. Tak payah nak membebel lebih-lebih. Hehehe

Pertamanya, jangan banding dengan restoran Patin masak Tempoyak kat Temerloh nun. Pada Abam Restoran Patin Bangau dan Restoran Patin Pak Usop, 2 restoran Patin Masak Tempoyak dan Pais Patin feveret Abam tu memang tiada tolok bandingnya. Ini lejen..!

Restoran ni, secara keseluruhan, sedap la. Daripada 5 markah, Abam bagi 3.8 markah.

Selain Patin Masak Tempoyak, ada pelbagai menu lain lagi. Semuanya nampak sedap. Cuma Abam tak ambik lauk yang pelbagai tu. Sebabnya Abam memang nak rasa menu Patin dia. Menu ni, kalau dicampur dengan menu lain, Abam takut rasa patinnya akan lari dan Abam tak dapat nak bagi review dengan jujur. Hehehe.

restoran patin masak tempoyak sedap di kuala terengganu - kepala patin

So, tadi Abam ambil Patin Masak Tempoyak bahagian kepala. Memang bahagian inilah feveret Abam kalau makan Patin. Lemaknya tu.. Fuuuh… memberikan satu rasa nikmat yang tak ada pada menu ikan yang lain.

Harganya RM12. Sama jer bahagian mana pun. Ekor, badan dan ekor, semuanya harga RM12. Ok lah harganya untuk menu Patin Masak Tempoyak ni.

Rasanya, ok lah kalau tak bandingkan dengan restoran kat Temerloh nun. Untuk restoran Patin Masak Tempoyak di Terengganu, rasa ni ok la pada Abam. Pekat kuahnya cukup. Rasa pedas, tempoyak dan sebagainya elok-elok jer rasa. Kecuali sedikit cilinya yang tidak dikisar lumat tu jer yang sedikit kurang pada Abam. Yang lain ok..

Sekadar untuk penambahan, jika boleh sediakan tempoyak di sudut sambal belacan dan ulaman tu, lagi lengkap. Sebab ianya akan menjadi pilihan pengunjung yang sukakan rasa tempoyak yang  lebih “kaw”.

restoran patin masak tempoyak sedap di kuala terengganu - dok cuba dok tau

Yang mana belum pernah cuba, boleh ke Losong Haji Mat Shafie untuk mencari restoran Umikoi. Nak senang boleh waze atau Google Map.

Ok selamat menjamu selera ya..!

Baca juga: Resepi Sup Tulang

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATE 80 PRO OFFICIALLY LAUNCHES ALONGSIDE ‘SEE, TRULY...

Huawei’s latest Mate flagship returns with powerful imaging capabilities, intelligent performance and a refined...

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE ARRIVAL OF...

A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. KUALA LUMPUR,...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ