Kempen Nikmati Pulau Pinang Yang Sangat Berbaloi!

Kempen Nikmati Pulau Pinang sedang berlangsung! Kempen apa pulak ni..? Boleh baca entri ni sampai akhir.. Banyak info menarik tentang kempen yang dimaksudkan.

Sebelum ni setiap tahun kami akan ke negeri-negeri sebelah utara Malaysia pada hujung tahun untuk menghabiskan cuti tahunan. Kadang-kadang sampai Hatyai kami masuk dengan kereta sendiri. Tapi apa-apa pun, sudah menjadi satu kemestian, Pulau Pinang akan wajib kami singgah.

Pulau pinang ni adalah satu tempat yang sangat unik untuk dilawati sebenarnya. Sebabnya ia merangkumi segenap aspek yang ada untuk dilawati. Tidak seperti tempat lain, jika kalian ke Pulau Pinang, kalian akan dapat menikmati percutian bukan sahaja dengan melihat keindahan alam, malah bermacam-macam lagi perkara menarik yang boleh didapati di sana daripada sejarah, tapak warisan UNESCO, makanan banyak lagi.

kempen nikmati pulau pinang - nasi kandar
Nasi Kandar – Menu wajib cuba di Pulau Pinang
kempen nikmati pulau pinang - kuey teaw
Char Kuew Teow – Tengok gambar pun dah terliur, apatah lagi menikmatinya
kempen nikmati pulau pinang - clan jetty
Clan Jetty
kempen nikmati pulau pinang - fort cornwalss
Fort Cornwallis

Tu antara foto-foto apa yang menarik di Pulau Pinang. Banyak sangat kalau nak senaraikan dan letak foto kat sini.

Pendek kata, memang tak sempat habis ronda-ronda la kalau pergi sekejap ke Pulau Pinang ni.

Kempen Nikmati Pulau Pinang

Pandemik Covid-19 telah melumpuhkan pelbagai industri yang memberi pendapatan kepada negara. Antara industri yang teruk terjejas adalah industri pelancongan.

Setelah aktiviti pelancongan dibuka semula, kerajaan negeri Pulau Pinang pantas mengambil langkah bijak dengan mempromosikan industri pelancongannya semula. Untuk tujuan ini, pada 14 Disember baru-baru ini, satu kempen yang dinamakan “Nikmati Pulau Pinang” telah dilancarkan di The Ritz-Carlton Kuala Lumpur untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi pilihan dan seterusnya memacu industri pelancongannya. EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) Negeri Pulau Pinang YB Yeoh Soon Hin, yang juga mengetuai Pelancongan Negeri Pulau Pinang, telah mempengerusikan majlis pelancaran bersama Encik Ooi Chok Yan, Ketua Pegawai Eksekutif Penang Global Tourism (PGT).

kempen nikmati pulau pinang - YB pelancongan
EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) Negeri Pulau Pinang YB Yeoh Soon Hin, yang juga mengetuai Pelancongan Negeri Pulau Pinang sedang memberi ucapan di majlis pelancaran Kempen “Nikmati Pulau Pinang”
kempen nikmati pulau pinang - pelancaran kempen

Sasaran kempen “Nikmati Pulau Pinang” bukan hanya terhad kepada pelancong domestik, malah di disasarkan juga kepada pelancong antarabangsa. Kempen ini akan membuka mata pelancong dengan mengetengahkan lokasi-lokasi utama di seluruh pulau dan juga Seberang Perai.

Kempen ini akan mengingatkan pengunjung tentang tarikan luar biasa di negeri ini, daripada dua tapak warisan yang ditetapkan oleh UNESCO (Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera), seni jalanan yang unik, beraneka makanan tempatan yang lazat, hutan hujan yang berusia 130 juta tahun, dan kepelbagaian landskap semula jadi seperti bukit dan pantai yang menjadikan Pulau Pinang sebagai salah satu destinasi paling ikonik di dunia.

kempen nikmati pulau pinang - promosi

Kempen ini akan turut menggalakkan pelawat menerokai keindahan percutian di negeri ini sama ada di pulau mahupun di Seberang Perai. Untuk memudahkan para pelancong membuat rujukan dan mencari info ringkas, risalah bertajuk ‘Other Side of the Island, Teluk Bahang and Balik Pulau’ dan ‘Opposite Side of the Island, Seberang Perai’ turut dilancarkan bersama-sama kempen ini.

kempen nikmati pulau pinang - brochure
Risalah tentang Balik Pulau dan Teluk Bahang untuk panduan pengunjung

Lebih menarik, kempen ini turut disokong oleh promosi dan tawaran berpatutan di laman web kempen; penangtraveldeals.com. Pelbagai tawaran menarik seperti Tawaran Hotel Terbaik, Tawaran Tarikan Terbaik, Pakej Pelancongan Terbaik, Tawaran Keperluan Pelancongan Terbaik, Produk Terbaik Pulau Pinang, Tawaran Bawa Pulang/Penghantaran Terbaik, serta Tawaran Perkahwinan Terbaik yang ditawarkan kepada pelancong.

Promosi ini menawarkan pengunjung pengalaman yang berbeza dan penjimatan yang besar bagi penginapan, tarikan, dan lawatan. Kempen ini juga turut menggunapakai platform e-dagang seperti Klook dan Shopee dengan promosi berterusan sehingga akhir tahun, menawarkan pakej pelancongan yang menarik.

Tempat-tempat Menarik di Pulau Pinang

Untuk yang masih tidak biasa dengan tempat-tempat menarik di Pulau Pinang, ni saya sediakan sedikit sorotan untuk tempat-tempat yang wajib kalian lawati jika bertandang ke Pulau Pinang.

1. Balik Pulau

Kawasan desa Balik Pulau ni sebenarnya amat cantik. Ia menyediakan pelbagai khazanah untuk pencinta alam, dari pantai terpencil ke rumah kampung tradisional. Dari ladang, perkampungan nelayan, ladang haiwan, sehinggalah sawah padi.

kempen nikmati pulau pinang - balik pulau
Sawah padi yang menghijau di Balik Pulau. Sungguh mendamaikan..!

Untuk lebih merasa dekat dan menikmati perjalanan yang indah melalui landskap luar bandar yang tenang di Balik Pulau, pengunjung boleh menggunakan basikal untuk meneroka industri rakyat kampung, ladang, dan pantai mengikut masa mereka sendiri.

kempen nikmati pulau pinang - pekan balik pulau
Pekan Balik Pulau
kempen nikmati pulau pinang - mural balik pulau
Antara lukisan mural yang terdapat di pekan Balik Pulau

2.Teluk Bahang

Banyak perkara menarik yang kalian boleh dapati di Teluk Bahang. Ia adalah destinasi yang terkenal khasnya bagi pencinta alam dan pengembara.

Hutan Teluk Bahang terkenal dengan banyak tarikan ekopelancongan moden seperti Boulder Valley Glamping, Tropical Spice Garden, Taman Tema ESCAPE dan Entopia by Penang Butterfly Farm.

Boulder Valley Glamping

Kalian yang suka menikmati kehidupan di hutan tetapi inginkan keselesaan kehidupan moden boleh berbuat demikian di Boulder Valley Glamping, sebuah tempat pelancongan yang mewah terletak di dalam hutan hujan Teluk Bahang.

Tempat “glamping” ini menawarkan penginapan mewah dengan bilik mandi “en-suite” dan pengalaman “money can’t buy” iaitu suasa bangun pagi dengan bunyi kicauan burung atau berehat di bawah sinaran bintang di tepi unggun api pada waktu malam. Fuuuh..! Pasti ia akan mencipta satu memori yang bakal kekal di minda selamanya.

Tropical Spice Garden

kempen nikmati pulau pinang - tropikal spice garden

Tempat ini juga tidak kurang menariknya. Di sini kalian boleh bersiar-siar di bawah pokok pala yang menjulang tinggi melangit dan berehat di tepi kolam yang indah dengan teratai air terapung dan ikan koi yang berenang riang. Indahnya..!

Taman Tema ESCAPE

kempen nikmati pulau pinang - escape

Ini adalah salah satu daripada dua keajaiban buatan manusia yang tersenarai dalam bucket list “7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang”. Gelongsor air terpanjang di dunia berdasarkan Rekod Dunia Guinness di Taman Teman ESCAPE menjanjikan keseronokan gelongsoran selama empat minit yang mendebarkan sepanjang 1,111 meter melalui hutan semula jadi dan kanopi pokok. Yang tak gayat dengan ketinggian wajib cuba ni..!

Entopia by Penang Butterfly Farm

Ini satu lagi keajaiban buatan manusia yang tersenarai dalam bucket list “7 Keajaiban Dunia Pulau Pinang”. Ia adalah tempat perlindungan rama-rama dan serangga tropika yang pertama di dunia. Entopia by Penang Butterfly Farm ialah tempat di mana kira-kira 15,000 rama-rama terbang bebas!

kempen nikmati pulau pinang - entopia

Entopia by Penang Butterfly Farm juga mempunyai pusat penemuan yang menampilkan dua tingkat pameran dan aktiviti pembelajaran, membolehkan pengunjung meneroka sendiri dunia invertebrata melalui pelbagai stesen pendidikan interaktif.

Yang ada anak yang masih bersekolah wajib datang ke sini ya. Banyak perkara yang anak kalian dapat belajar nanti.

Escape dan Entopia by Penang Butterfly Farm – jaraknya tak jauh

3. Seberang Perai

Selain daripada tempat yang telah saya senaraikan, terdapat banyak lagi tempat-tempat tarikan tersembunyi di Seberang Perai seperti Butterworth Art Walk, Pulau Aman, Taman Rimba Bukit Mertajam, Frog Hill, dan Kampong Agong.

Butterworth Art Walk

Pengunjung boleh menyusuri lorong kecil di Jalan Bagan Luar yang dikenali sebagai Butterworth Art Walk. Lukisan dan pemasangan yang menarik perhatian berfungsi sebagai latar belakang berwarna-warni untuk ops foto sambil mendidik pengunjung tentang ekonomi dan sejarah pertanian di Seberang Perai.

Pulau Aman

kempen nikmati pulau pinang - pulau aman
Banyak aktiviti Bersama keluarga boleh dilakukan di tepi pantai yang indah ini

Selain itu, terdapat juga aktiviti menarik untuk kalian yang sukakan cabaran seperti berkayak, memancing, meredah hutan, berkhemah, dan banyak lagi di Pulau Aman.

Aktiviti berkayak di Pulau Aman

Taman Rimba Bukit Mertajam

Pengunjung juga boleh ke Taman Rimba Bukit Mertajam yang terkenal dengan pokok Mengkundur gergasi yang dianggarkan berusia lebih 80 tahun. Pokok ni sangat besar tau..! Kalau nak ukur di bahagian akar umbinya, ia memerlukan kira-kira 20 orang berganding tangan mengelilinginya.

Kampong Agong

kempen nikmati pulau pinang - kampung agong

Untuk kalian yang gemar merakam gambar Instagram, tempat ni wajib kalian singgah tau..! Kampong Agong terletak di Bakar Kapur di Penaga. Pokok kelapa, sawah padi, rumah kayu tradisional serta “piano-sedia-Instagram”, buaian, dan sarang gergasi di kawasan itu telah tular di media sosial sejak 2018, menjadikannya lokasi yang berbaloi untuk panduan selama sejam dari Pulau Pinang.

Frog Hill

Juga dikenali sebagai Bukit Katak, Frog Hill ialah tempat kegemaran para naturalis serta para jurugambar. Ia juga dikatakan menyerupai Jiuzhaigou yang terkenal di China.

Lokasinya tidak berapa jauh dari Kampung Agong. Frog Hill menjanjikan pengunjung pemandangan dramatik kolam berwarna biru kehijauan dan sesekali penampakan kerbau liar yang berkubang di dalam air.

Pemandangan “rare” ini akan menjadi sesuatu yang sangat berharga apabila kalian mengabadikannya di dalam foto-foto kalian.

Tapak Warisan UNESCO

Lawatan kalian ke Pulau Pinang seperti tidak lengkap tanpa melawat dua tapak warisan yang ditetapkan oleh UNESCO. Pulau Pinang adalah satu-satunya di semenanjung yang mempunyai dua tapak warisan UNESCO; iaitu Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town dan Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera yang baru sahaja diiktiraf. Yang menariknya, disebabkan jarak pusat bandar yang berdekatan dengan bukit-bukau, seseorang boleh menikmati pendakian pagi melalui hutan hujan purba Bukit Bendera dan meluangkan sepanjang hari menikmati pesona dunia lama Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town.

kempen nikmati pulau pinang - view dari bukit bendera
Pemandangan daripada puncak Bukit Bendera

Kempen Nikmati Pulau Pinang, Masa Yang Paling Sesuai Untuk Melawat Pulau Pinang

Saya pasti ramai antara kalian yang pernah berkunjung ke Pulau Pinang sebelum ini. Namun saya rasa tidak ramai yang dah melawat tempat-tempat yang saya sebutkan di atas. Jadi, sebenarnya inilah peluang untuk kalian bertandang lagi ke Pulau Pinang.

Sekarang pun dah mula cuti sekolah. Inilah masa yang amat sesuai untuk kalian habiskan masa cuti kalian sekeluarga. Dengan banyaknya promosi menarik yang terhidang, ia pasti akan menjanjikan percutian yang amat berbaloi buat kalian sekeluarga…!

Jumpa kalian di sanaaaa…!!!

Baca juga: buah tangan untuk orang meninggal

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

  1. Sangat best menarik kempen wajib utk pergi bercuti ke pulau pinang…kempen tempat menarik di pulau pinang yang kita tak tahu…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ