ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik Untuk Anak Bakal Exam

Aku pernah ditanya: Betul ke ReLY aplikasi kelas online terbaik..? 

Jawapan jujur aku: Aku tak pasti. Sebab aku tak tau sangat tentang industri pendidikan khususnya tentang penyedia-penyedia tuisyen kat Malaysia ni. Ada la satu dua penyedia tuisyen yang aku tau. Tu pun sebab anak aku pernah join diorang untuk belajar sebelum beliau menduduki peperiksaan SPM dulu. Jadi amatlah tidak adil kalau aku terus “jump into conclusion” bagi jawapan siapa yang terbaik di kalangan penyedia tuisyen yang ada.

Namun aku amat yakin, sedikit masa nanti ReLY ni mampu menjadi antara peneraju aplikasi kelas online yang terbaik di malaysia.

Ini aku cukup yakin kerana aku kenal pengendali dan orang kuat ReLY ni. Dan aku pernah terlibat serba sedikit di awal penubuhan ReLY dulu. Walaupun ada sedikit kekurangan di sana sini namun “work rate” diorang ni aku boleh klasifikasikan sebagai superb. Ini yang akan membuatkan ReLY ni muncul sebagai salah satu penyedia kelas online terbaik dalam masa terdekat.

Hurmmm.. Rasa janggal pula kali ni. Sebabnya entri dalam blog ni sepatutnya berkisar tentang Food dan Travel. Tapi kali ni melencong kepada pendidikan pula. Tapi tak apa. Aku cuba menulis niche pendidikan dari sudut pândangan seorang Traveller.

Ok.. korang boleh teruskan pembacaan…

Asal usul ReLY

ReLY ni bercambah daripada idea asal Fly High Education Centre yang menyediakan perkhidmatan tuisyen melalui kelas dan secara berdepan dengan guru pada asalnya. Mereka bermula sekitar tahun 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia. 

Covid19 telah melumpuhkan hampir semua aktiviti luar dan menjejaskan bukan sahaja ekonomi negara kita dengan begitu teruk, malah seluruh dunia hampir lumpuh. Ia secara langsung turut memberi kesan yang tidak kurang hebat kepada FLY HIGH di mana kelas secara fizikal tidak dapat lagi dijalankan seperti sebelumnya. 

Namun mendung beransur berlalu pergi apabila kerajaan dengan pantas telah mengamalkan pembelajaran secara maya di sekolah-sekolah. Ini telah merubah 360 darjah lanskap pendidikan negara bilamana guru-guru dan pelajar-pelajar yang pada mulanya agak kekok dengan IT terutamanya belajar secara online, telah menjadi biasa dengan belajar secara online. 

Fly High turut menurut arus dengan menyediakan pula kelas-kelas secara online untuk relajar sedia ada dan pelajat-pelajar baru. Segala perancangan Allah ada hikmahnya. Rupanya dengan menyediakan kelas secara online, lebih ramai lagi Fly High dapat memberi ruang kepada kepada belajar di seluruh negara untuk belajar secara online. Rambutan pula sangat menggalakkan.

kelas secara atas talian sudah menjadi perkara biasa sekarang. Malah ia dilihat lebih effektif untuk belajar. Ramai yang memilih ReLY aplikasi kelas belajar online terbaik untuk anak-anak mereka

Bertitik tolak daripada inilah, cetusan idea yang telah ada, di realisasikan. Satu Aplikasi pembelajaran online dibangunkan. Lebih kurang setahun juga masa diambil jika dikira secara keseluruhan untuk menzahirkan aplikasi ini. Akhirnya pada bulan September 2022, aplikasi ReLY (InsyaAllah akan menjadi aplikasi kelas online terbaik dalam masa terdekat) telah dilancarkan dengan gilang gemilangnya gemilangnya di Hotel DePalma Shah Alam.

Dari situ bermulalah promosi pengenalan ReLY dan promosi pakej-pakej ReLY serta brand awareness ReLY sehingga kini. Saban hari ada sahaja lontaran posting di media sosial dan di mana sahaja tentang aktiviti dan kelas online ReLY.

Kenapa korang kena pilih ReLY untuk anak belajar?

Aku senaraikan sebab-sebabnya:

Pemantauan 

Biasanya, kalau hantar anak ke kelas tuisyen, kita tak tahupun macamana anak kita belajar kat kelas. Ya la kita hantar diorang pergi kelas tuisyen, tapi kita tak der la tunggu dan tengok setiap kali dia belajar kat kelas tu. Apa yang kita mampu buat, kita tanya jer sekali sekala, ok ke tidak kelas tu. Anak pun jawab, ok jer.. Then habis..!

Sebenarnya kita tak tau pun sejauh mana anak kita faham apa yang dia belajar kat kelas tu. Sehinggalah kita tengok keputusan ujian nanti.

Kalau belajar kelas oniine bersama ReLY ni, kita memang tau progress pembelajaran anak kita. Sebab anak ada belajar depan mata kita. Kita nampak macamana dia berinteraksi dengan cikgu dan lain-lain. Jadi senang kita pantau pembelajaran anak kita

Keselamatan

Dengan anak belajar di depan mata macam ni, kebimbangan masalah keselamatan anak sewaktu di luar rumah 100 peratus dapat diatasi. Tak ada lagi perasaan risau jika terlambat menjemput anak daripada pusat tuisyen. Tak ada lagi perasaan tidak tenteram teringatkan anak di luar. Lagi-lagi jika anak masih di sekolah rendah.

Kesihatan

Covid19 tidak mungkin hilang 100 peratus. sisa saki baki dia memang sentiasa ada. Tapi sebab kita dah ambil vaksin, benda tu tak perlulah kita risaukan sangat. Tapi tidak risau bukan bermakna kita bebas ke sana kemari bertepuk tampar dengan rakan-rakan di khlayak ramai macam tu. Precaution seperti memakai mask, kerap mencuci tangan dan memakai sanitizer perlu sentiasa diteruskan.

Sebab sekali kita lalai, tidak mustahil kita akan terkena.

Jadi dengan anak belajar secara online seperti yang ReLY anjurkan ni, kita dapat menjaga kesihatan anak kita secara optimum.

Rehat

Anak-anak sekarang memang penuh aktiviti sehariannya. Kita yang tengok ni pun naik penat. Apatah lagi diorang yang menanggungnya.

Balik sekolah rendah tengahari, siap-siap then terus ke sekolah agama. Petang pukul 6 baru balik. Daripada sekolah nak sampai rumah dengan kesesakan lalulintas lagi, paling awal pukul 7 jugak sampai rumah.

Mandi, solat maghrib, makan malam.. Kalau ada tuisyen secara fizikal, terus kena keluar belajar lagi. Pukul 10 malam baru habis. Lepas tu baru boleh rehat. Tidur..! Penatkan? Tak der rehat langsung.

Kalau join kelas online ni, sebelah malam tu dah boleh rehat. Belajar kat rumah, duduk kerusi empuk boleh la berehat sambil-sambil belajar tu. Otak jer penat sikit. badan dah tak penat dah..!

Kos 

Dari segi kos pun memang jimat. Dengan pakej-pakej yang ditawarkan, ia sebenarnya lebih murah belajar secara online daripada belajar secara fizikal.

Fleksibel

Paling best ambil pakej belajar secara online dengan ReLY ni ada keanjalan masa belajar. Dengan pilihan pakej-pakej yang disediakan, kita sebenarnya boleh memilih pakej mana yang sesuai dengan kita dan anak kita.

Bukan waktu belajar fleksibel sahaja boleh dipilih, tenaga pengajar pun kita boleh pilih mengikut citarasa kita. Best kan? Yang penting pakej-pakej yang kita pilih tu nanti tidak menganggu masa kita.

video rakaman ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik

Haaa.. ini pun point best..! Kalau kita tertinggal kelas, rakaman ada disediakan di dalam aplikasi ReLY. Kita boleh tonton video rakaman untuk kelas yang kita terlepas.

Jadi kita sebenarnya tak terlepas pun kelas tu sebab apa yang kita tonton tu adalah kelas yang kita terlepas. Cuma kita tak ada interksi jer dengan cikgu yang sedang mengajar.

Best ke best? Hehehe

Pakej-pakej ReLY

Untuk yang baru mendapat info tentang ReLY, ini adalah antara banyaknya pakej-pakej yang ditawarkan:

Ada 3 pakej khas untuk dipilih oleh ibubapa dan anak-anak. Lain pakej lain harganya. Kepelbagaian pakej ini diharap dapat menyokong usaha ReLY untuk menjadi aplikasi kelas online terbaik di Malaysia
ReLY Aplikasi Online Terbaik – Pakej Mampu Milik
ReLY Aplikasi Online Terbaik – Pakej Fokus
ReLY Aplikasi Online Terbaik – Pakej Guru Icon

Haaa.. Banyak tu pakej-pakej yang disediakan. So korang pilihlah mengikut masa korang dan citarasa korang.

Follow ReLY

Supaya tak terlepas info-info dan pengumuman penting daripada ReLY, korang boleh follow media sosial ReLY di bawah:

ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik | Penutup

Jika korang ada anak yang masih bersekolah rendah. Yang sedang berada dalam darjah 3, 4, 5 dan 6, entri ini adalah khas buat korang. Sebabnya kelas yang disediakan di aplikasi ReLY adalah bermula daripada darjah 3.

Buat korang yang gemar travel, ReLY ini sangat sesuai untuk gaya hidup korang. Sebabnya, kalau korang travel tanpa membawa anak sekali, korang boleh tinggalkan anak-anak di rumah dengan “peace of mind”. Korang dah tak perlu risau dah pasal pelajaran anak-anak. Korang tak peru risau dah tentang tuisyen anak-anak.

Dengan aplikasi ReLY ni korang boleh login sendiri dan lihat progress apa yang anak dah belajar.

Kalau korang mengembara dengan turut membawa anak sekali, korang juga tak perlu risau. Janji ada capaian internet kat tempat korang berada, anak korang akan dapat turut serta mengikuti kelas tuisyen yang telah didaftarkan.

Ataupun in case anak anda terlepas kelas disebabkan perbezaan waktu tempat travel korang, korang boleh login aplikasi ReLY dan tonton semula video rakaman kelas pada bila-bila masa sahaja.

Nampak tak betapa ReLY ni sesuai untuk korang especially yang suka travel..?

So tunggu apa lagi. install dan langganlah ReLY sekarang juga…!

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ