Ada yang masih bercuti? Saya dah mula berkerja dah hari ni. Tapi masa memandu ke tempat kerja tadi, jalanraya masih lagi lengang. Ini bermakna ramai lagi yang masih bercuti.
Tak kira anda masih bercuti ataupun dah masuk kerja, mood anda mesti masih di dalam mood raya kan? Ramai yang macam nak tak nak je kerja hari ni. Haaa normal la tu…
Food Blogger Award anjuran Saleduck Malaysia
Ok.. Ni nak buat sedikit hebahan. Ia berkenaan dengan Food Blogger Award yang dianjurkan oleh Saleduck. Apa itu yang dimaksudkan dengan Saleduck? Kejap lagi saya cerita serba sedikit tentang itu. Sekarang nak cerita pasal Food Blogger Award dulu.
Award ini adalah yang pertama kali diadakan oleh Saleduck Malaysia. Seramai 10 orang Food Blogger (walaupun hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar ber’niche’ food) yang terpilih.
Alhamdulillah… eXplorasa terpilih sebagai salah seorang Food Blogger yang bertanding. Daripada 10 orang ini hanya 3 orang akan dipilih sebagai pemenang untuk tempat pertama, kedua dan ketiga. Masing-masing akan membawa pulang hadiah bernilai RM1,000, RM500 dan RM250.
Seperti juga kebanyakan Award yang lain, para pemenang dikira berdasarkan undian yang terbanyak yang diperolehi daripada rakan-rakan pembaca blog masing-masing. Undian bermula 1 Julai 2016 dan akan dikira pada 30 September 2016. Lama juga tempoh undiannya iaitu selama 3 bulan.
Cara mengundi Food Blogger pilihan anda
Caranya amat senang:
- Layari: http://www.saleduck.com.my/awards/food-blogger-award-2016 melalui smartphone, tablet, laptop ataupun komputer anda.
- Di sana anda akan dapati senarai 10 blogger yang bertanding. Anda hanya boleh pilih seorang sahaja untuk sehari.
- Klik sahaja kotak ‘CLICK HERE TO VOTE’ untuk Food Blogger pilihan masing-masing. Klik eXplorasa untuk memilih saya.
- Siap untuk undian pada hari itu.
- Untuk memastikan Food Blogger anda meningkat peratusan undiannya, anda boleh membuat undian pada setiap hari sehingga 30 September 2016.
Itu sahaja. Senang kan? Siapa rasa senang tu, boleh undi saya ya.. hehehehe
Apa itu Saleduck
Saleduck ni dah popular di Singapura. Dan ia sedang menempa nama di Malaysia. Saleduck adalah salah satu di antara laman sesawang yang menawarkan kod diskaun dan ‘deal’ yang terbaik kepada pembeli seperti Zalora, Reebonz, Foodpanda, Expedia dan banyak lagi. Pencinta Fesyen dan pembeli online patut menggunakan kupon yang ditawarkan di Saleduck ni.
Komen eXplorasa
Memang terkejut apabila menerima emel jemputan untuk menjadi salah seorang calon yang terpilih untuk award ini. Almaklum la, saya rasa eXplorasa masih banyak yang perlu diperbaiki.
Bila baca cara pemenang award ini dipilih, terus hasrat untuk menyertai terbantut seketika. Pemenang dikira berdasarkan undian. Terus terfikir… Siapa la yang nak mengundi eXplorasa.
Tapi bila tersedar dari perasaan negatif tu, hati terus tekad untuk menerima jemputan dari Saleduck ini. Penghargaan yang diberikan kepada saya oleh pihak Saleduck tidak sanggup saya biarkan begitu sahaja.
Jadi, tersenarailah eXplorasa di kalangan 10 Food Blogger yang terpilih itu. Harapan saya kepada para pembaca blog ini, boleh lah ringankan tangan untuk mengundi saya ya. Kalau boleh setiap hari.
Hanya ucapan terima kasih yang tak terhingga saya mampu ucapkan. Moga perkongsian eXplorasa tentang menu dan tempat makan menarik serta tempat untuk travel dan yang berkaitan dengannya dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak, eXplorasa dan anda sebagai pembaca.
Terima kasih sekali lagi.
Good Luck! Kalau menang nanti jangan lupa bagi duit raya buat pembaca blog ini 😉
Anuar recently posted…GENG GILA HARTANAH : Rahsia dan pengalaman yang didedahkan oleh 12 Orang Pakar!
hahahah… jenuh nak bg duit raya tu.. lgpun belum confirm dia bg duit ataupu barangan yg bernilai seperti yg disebutkan tu
Wahh …. Harus Undi..!! Blog carian google ni. Suka Explorasa sebab banyak info dan maklumat lengkap. Terbaik..
Semoga menang nanti yaa…
Nina Mirza recently posted…Dah jemu Menu Raya… Bihun Sup Ayam aje | Simple mudah
tq nina sifu resipi.. follow rapat che mat gebu ni
insyaAllah ada peminat setia yang sentiasa sudi… doa bro!
rozita recently posted…Kualiti Drypers makin teruk? Pelanggan menggamuk di Facebook!
tq kak.. sebab fikir positif gitu lah sy gigihkan diri masuk
RM1000 banyak tu sifu. Harap blog sarat dengan foodie ni menang. Insya allah
aameen… tq sifu