Sate Berwarna warni, Sate Yang Tengah Viral Dan Trending Sekarang

Hari raya menjelang tiba. Malah Pengumuman hari raya aidilfitri tahun 2016 telah pun dibuat selepas waktu mghrib tadi. Seperti yang telah diduga, hari raya pada tahun ini jatuh pada 6hb Julai 2016.

Maka besok adalah hari terakhir kita berpuasa. Tinggallah bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Moga segala amal ibadat kita di bulan Ramadhan ini diterima dan diredhai oleh Allah. Moga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan Ramadhan di tahun hadapan pula.

Oh ya apabila bercakap tentang hari raya pasti tidak boleh lari daripada bercakap tentang menu makanan serta kuih muih yang bakal disajikan oleh setiap rumah yang menyambut aidilfitri.

Antara yang menjadi kemestian adalah adalah sate. Tadi saya terbaca satu keratan akhbar tentang sate berwarna warni di Kemaman Terengganu yang semakin mendapat sambutan ramai.

Zaman ini zaman ‘rare’ dan ‘hipster’. Apabila ada kelainan begini memang ia pantas menjadi sebutan dan akan mendapat perhatian. Tambahan pula rasa sate ini sedap seperti sate biasa ataupun mungkin lebih lazat daripada yang asli.

Sate berwarna warni
Sate berwarna warni yang sedang trending dan viral

Untunglah pengasas sate berwarna warni ini, Zulhanif Hazman Muhammad yang mula menghasilkan sate ini dengan menggunakan resepi keluarga sejak bulan Mac tahun ini. Katanya, di bulan biasa permintaan terhadap sate ini adalah sekitar 15k cucuk. Namun di bulan puasa ini permintaannya naik secara sekali ganda. Ini membuktikan orang ramai sudah apa itu sate berwarna-warni.

Sate ini ada 4 warna iaitu merah, hijau, biru dan kuning. Bayangkan sate ini disusun di dalam pinggan. Pasti amat menarik bila diambil gambar. Fuuuh tak sabar rasanya nak menempuh suasana ini.

Harga untuk sebatang ataupun satu cucuk sate ayam adalah RM0.70 manakala untuk sate daging ia dijual dengan harga rm0.90. Harga ni normal untuk secucuk sate pada zaman sekarang.

Komen eXplorasa

Unik…! Saya memang teruja ni. Jika tiada aral saya akan singgah di Kemaman untuk mencari kedai sate ini dalam perjalanan balik ke KL selepas raya minggu hadapan.

Dapat merasa sate ini yang sedang menjadi viral dan trending ni sudah cukup memuaskan hati saya sebagai penggemar makanan untuk dikongsi bersama pembaca blog ini.

Susunan pelbagai warna sate ini pastu amat menarik apabila diambil gambarnya dan dikongsi di laman media sosial seperti instagram, facebook dan twitter.

Jadi nantikan review sebenar explorasa untuk sate yang unik dan berwarna warni di Kemaman yang sedang menjadi trending dan viral sekarang!

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATE 80 PRO OFFICIALLY LAUNCHES ALONGSIDE ‘SEE, TRULY...

Huawei’s latest Mate flagship returns with powerful imaging capabilities, intelligent performance and a refined...

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE ARRIVAL OF...

A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. KUALA LUMPUR,...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ