Sungguh Mudah Menikmati Seafood Dengan Khidmat Penghantaran Brolly

Makanan laut ataupun seafood ni kalau kena dengan cara masakannya memang best. Dulu kalau nak makan makanan laut aku akan cari restoran-restoran yang memang dah menjadi buah mulut dalam menu makananan laut. Antara tempat yang biasa aku tuju ialah restoran di Pantai Remis Kuala Selangor dan Pelabuhan Kelang. Memang puas hati makan kat sana.

Tapi baru-baru ini aku diperkenalkan oleh kawan dua buah restoran makanan laut yang pada aku memang terbaik dan sedap masakannya. Restoran tersebut adalah Crabhut di Cyberjaya dan Brolly di tengah bandaraya KL. Kedua-dua restoran tersebut aku dah cuba. Aku sangat berpuashati..!

kenangan makan lobster di Crabhut Cyberjaya
kenangan makan lobster di Crabhut Cyberjaya
kenangan makan di Brolly
kenangan makan di Brolly

Sebenarnya Crabhut dan Brolly ini di bawah pengurusan yang sama. Ada lagi satu restoran yang juga menyajikan makanan laut sebagai menu utamanya iaitu Crab Factory yang terletak di Petaling Jaya. Ketiga-tiga restoran ini kini menjadi tumpuan warga kota untuk menikmati masakan makanan laut. Menu yang lain dari yang lain di samping pelbagai pilihan makanan laut di situ serta cara hidangan berselerak yang unik menjadi tarikan utama pelanggan ke situ.

Semenjak merasa makanan di kedua restoran itu tempohari, aku memang terfikir untuk ke sana lagi dengan membawa keluarga sekali. Tapi disebabkan sibuk dengan kerja masing-masing maka hajat untuk ke sana masih tertangguh.

Sehinggalah aku mendapat tahu yang restoran-restoran tersebut telah menaik taraf restorannya dengan menyediakan perkhidmatan tempahan secara online. Ini sudah bagus! Order online saja. Tak payah pergi sana. Tapi bila aku cek, ada satu masalah. Masalahnya ialah ketiga-tiga restoran tersebut jauh daripada rumah aku di Shah Alam. Ia di luar radius penghantaran.

Hmmm macamana nak buat ni ek? Lalu aku mendapat satu idea. Aku gunakan address tempat kerja isteri aku je. Isteri aku berkerja di bangunan Ambank Jalan Yap Kwan Seng. Tak sampai 1km pu daripada Brolly.

Lalu aku pun melawat laman web Brolly dan mula membuat pesanan online. Ada beberapa isu yang berlaku dalam proses aku membuat pesanan secara online. Aku akan ceritakan satu persatu di dalam cara-cara dan langkah aku membuat pesanan online.

Cara-cara order ataupun buat pesanan online delivery di My-Brolly

1. pergi ke laman web Brolly: http://www.my-brolly.com

laman-web-brolly

2. Di laman Homepage klik kotak menu (lihat anak panah)

list menu

3. Bila senarai menu sudah keluar cari “ONLINE DELIVERY”. Sila skroll sampai bawah.

online delivery

4. Cari ruangan Brolly dan klik “ORDER NOW” di sebelahnya.

order now

5. Kemudian akan keluar senarai menu. Pilih menu dengan klik “ADD”

senarai-menu-1

senarai-menu-2

6. Di dalam menu yang kita pilih akan ada item-itemnya berserta harganya sekali. Anda boleh pilih dari situ.

add menu 1

Skroll ke bawah untuk dapatkan senarai item

add-menu-2

7. Dalam menu itu juga kita kena pilih sos. Klik Next selepas pilih item.

add sos

8. Di dalam menu itu juga ada pilihan lain selepas anda klik “NEXT”. Anda boleh “Add on” Corn, Mushroom, Potatoes dan lain-lain. Jika anda tak nak, klik “NEXT”

add-other-items

9. Ada “Add on” lagi jika anda mahu. Anda boleh pilih nasi kat situ.

add-rice

10. Ok. Pilihan menu bersama itemnya sudah selesai. Tapi jika anda terfikir nak tambah menu lagi, anda tak perlu risau. Pergi semula ke langkah no. 5. Ulang semula langkah tersebut dengan pilihan tambahan anda. Jika dah berpuas hati klik saja “CHECKOUT”.

checkout

11. Jika anda ada Kod Promo, sila masukkan kod promo di sini. Jika tiada teruskan dengan klik “proceed to checkout”.

proceed-to-checkout

12. Isikan butiran anda. Emel dan nombor telefon amat penting kerana Brolly kan menghantar emel sejurs sebelum penghantaran dibuat. Dan penghantar akan menelefon kita apabila sampai ke alamat penghantaran.

isikan-details

13. Isikan maklumat penghantaran

maklumat-penghantaran

Kadang-kadang alamat anda tidak dapat dikesan di dalam halaman lokasi. Contohnya aku telah isikan alamat Ambank Jalan Yap Kwan Seng, tetapi halaman lokasi laman web ini tak dapat mengesan alamat tersebut.

Jadi aku tukarkannya ke alamat KLCC yang berjarak 500 meter daripada situ. Apabila aku mendapat panggilan telefon mengatakan pesanan dah sampai, baru aku bagitahu alamat sebenar.

Perbezaan alamat ini jika dekat tempatnya aku rasa tak mengapa. Tapi kalau jauh jaraknya, mungkin akan memberi sedikit masalah.

14. Isikan butiran alamat billing

billing-address

15. Isikan maklumat tambahan jika anda ada pesanan khas

maklumat-tambahan

16. Pilih cara pembayaran – kad kredit, Paypal ataupun kad debit

payment-method

Untuk pengguna kad debit, anda perlu pastikan yang kad debit anda dibenarkan oleh bank anda untuk transaksi secara online sebegini. Jika tidak anda perlu menelefon bank anda dahulu untuk mohon diluluskan transaksi online.

Ramai yang sangkut kat sini. Aku pun sangkut.

17. Selesai…! Anda bolehlah menunggu penghantar membawakan pesanan anda. Biasanya mereka amat menepati waktu. Kecuali ada hal-hal yang memang tak dapat dielakkan, pesanan anda akan tiba tepat pada waktunya.

Komen eXplorasa

Terbaik… Memang menyenangkan. Pelanggan tidak perlu ke restoran lagi untuk makan seafood yang lazat. Hanya pesan secara online. Anda akan jimat masa dan wang dengan tidak pergi ke restoran.

Secara keseluruhan aku berpuashati dengan sistem pesanan online Brolly ini. Ada sikit-sikit sangkut terutama di langkah terakhir iaitu payment method tu aku dapat terima. Ini adalah kerana ianya disebabkan oleh bank, bukan sistem Brolly.

Jadi kepada anda yang ingin menikmati seafood yang lazat tanpa perlu bersesak menempuh jem dan gigih mencari parkir, anda boleh buat pesanan macam aku ni.

Kod Promo khas untuk pembaca eXplorasa

Berita baik untuk pembaca blog eXplorasa. Kalau anda buat pesanan online sekarang, anda layak mendapat diskaun sebanyak RM100. Tapi ia hanya terpakai untuk pembelian bernilai RM300 ke atas sahaja.

Caranya and masukkan Kod Promo “SOHOQUE” apabila diminta di halaman berkenaan (rujuk langkah no 11). Kod Promo ini hanya sah sehingga 30 Jun 2016 sahaja. Cepat order sekarang di My-Brolly untuk dapatkan diskaun!!!

Inilah hasil pesanan online di My-Brolly kami…

brolly-online

Anak-anak pun suka. Makan kat rumah je. Tak perlu bawak diorang ke restoran. Mudah!!!

brolly-online-anak-suka

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ