Berbuka Puasa Dengan Mongolian Barbeque di Restoran The Chef Shah Alam

Shah Alam memang terkenal dengan tempat makan yang best dan sedap. Setakat ni eXplorasa banyak singgah di restoran-restoran yang sedap di Seksyen 7 dan sect 13. Dengar cerita di “sebelah sana” Shah Alam (seksyen 15 ke atas) terdapat banyak lagi tempat makan yang menarik yang boleh diterjah.

Minggu lepas eXplorasa berpeluang untuk mencuba menu menarik di Seksyen 31. Ditemani oleh 3 lagi blogger yang sedang meningkat naik iaitu Afiq, Mera dan Ayue, kami bergerak seawal pukul 5.30 petang menuju ke tempat yang dituju.

Restoran The Chef Shah Alam (The Chef)

Restoran inilah yang kami tuju untuk mencuba menu-menu berbuka puasa. Restoran ini baru dibuka seminggu sebelum bermulanya bulan Ramadhan ini. Restoran yang dimiliki oleh 3 orang anak melayu yang memang berpengalaman luas di dalam bidang pemakanan (F&B) ini sangat senang untuk di cari. Lokasi restoran ini terletak betul-betul bersebelahan dengan Gamuda Walk.

Jadi kepada yang kurang biasa dengan kawasan ini boleh taip sahaja kata kunci “Gamuda Walk” di Google Maps atau Waze di smartphone masing-masing. Anda akan di bawa terus ke depan Gamuda Walk di mana anda akan nampak restoran ini dari kejauhan.

Perkara pertama yang menarik perhatian saya apabila sampai di depan restoran ini ialah papan tanda berserta logonya yang terpampang di luar restoran ini. Cantik logonya. Nampak profesional. Kombinasi warna hijau dan biru restoran ini menambahkan rasa damai dan sejuk kepada pengunjung yang datang.

restoran-the-chef-luar

Langkah pemilik memilih lot hujung bangunan untuk menempatkan restoran ini amat bijak. Selain daripada nampak lebih ekslusif, ia lebih fleksibel di mana tambahan kerusi meja boleh dibuat di bahagian anjung luar jika pengunjung ramai. Restoran ini mampu menampung seramai 200 pengunjung dalam satu masa.

susun atur yang kemas dalam restoran
susun atur yang kemas dalam restoran

Chef berpengalaman luas

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, saya sempat berborak dengan salah seorang rakan kongsi restoran ini, En Azman bin Zainal Azinam. Otai rupanya En Azman ini. Jika anda biasa dengar rangkaian outlet Delicious dan Plan B, inilah antara individu yang bertanggungjawab mengasaskannya.

Berpengalaman selama lebih 26 tahun dalam bidang catering dan menjadi chef di hotel, bidang F&B ini sangat sinonim dengan beliau. Beliau ada resipi tersendiri untuk menjadikan restoran ini dikenali ramai nanti.

Chef berpengalaman, En Zainal (kanan sekali)
Chef berpengalaman, En Azman (kanan sekali)

Menurut beliau signature menu yang sebenar hanya akan diperkenalkan selepas bulan puasa nanti. Untuk bulan puasa ini restoran ini hanya menumpukan kepada lauk pauk tradisional melayu selain daripada signature menu untuk bulan Ramadhan iaitu Mongolian Barbeque.

Antara signature menu yang bakal diperkenalkan nanti adalah Laksa Tempoyak Ipoh, Chicken Feet Chowder, Sambal Hijau, Sup Tulang Merah (Singapore), Spaghetti Sambal Seafood dan Mongolian BBQ.

Manakala untuk minuman pula restoran ini bakal memperkenalkan signature drinknya. Antaranya Air Pandan 3 Layers, Kopi Goyang, Teh Goyang, Jus 3D dan lain-lain lagi.

Buffet Ramadhan The Chef

Untuk buffet Ramadhan ini, The Chef menyediakan lebih 60 menu berbuka puasa termasuk Kambing Panggang dan Mongolian Barbeque. Semua ini hanya dengan harga RM39.90 untuk dewasa dan RM19.90 untuk kanak-kanak. Sangat berpatutan harganya!

Kambing Panggang - menu wajib buffet Ramadhan
Kambing Panggang – menu wajib buffet Ramadhan

Ini adalah antara menu-menu yang sempat kami rakamkan:

tempe goreng
tempe goreng
Nasi Goreng
Nasi Goreng
Kuey Teow Goreng
Lala goreng
Lasagna
Lasagna
Kuey Teow Goreng
Kuey Teow Goreng
Ayam Gulai
Ayam Gulai
Ayam Panggang
Ayam Panggang
Ayam Masak Merah
Ayam Masak Merah
Daging Masak Merah
Daging Masak Merah
Kentang
Kentang
Kailan
Kailan

Dessert

restoran-the-chef-tok-haji-serban

restoran-the-chef-kek-buah

restoran-the-chef-kurma

Minuman

pelbagai minuman untuk buffet Ramadhan
pelbagai minuman untuk buffet Ramadhan
signature drink Restoran The Chef Shah Alam - Air Pndan 3 Layers
signature drink Restoran The Chef Shah Alam – Air Pndan 3 Layers

Mongolian Barbeque

Menurut Chef Azman, menu ini dinamakan Mongolian Barbeque bersempena dengan Genghis Khan yang mencipta kegemilangan Mongolia pada zaman dahulu. General Perang ini tidak sempat memilih makanan secara terperinci kerana kesibukannya bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dalam peperangan. Jadi apa bahan mentah yang ada diambil dan dibakar untuk santapan.

Konsep inilah yang digunapakai untuk menyediakan menu Mongolian Barbeque. Bahan mentah seperti daging lembu, ayam, daging kambing, ikan Dory, Udang, Lala, sayuran hijau, cendawan dan lain-lain di sediakan di satu tempat berhampiran dengan tempat grill.

Sotong
Sotong
Lala
Lala
sayur-sayuran
sayur-sayuran
mushroom
mushroom

Pengunjung bebas memilih bahan mentah mengikut pilihan mereka. selepas memilih bahan-bahan mentah dan diletakkan di dalam pinggan, pengunjung dikehendaki memilih sos untuk dicampur dan dimasak (grill) sekali. Pilihan sos yang adalah ialah Mongolian Sos, Paprik Sos dan Tamarind (kunyit) sos. Lepas tu serahkan pinggan yang berisi bahan mentah yang dipilih serta sos tadi kepada chef bertugas untuk digrill. Rasanya? Fuuuh memang terbaik..! Sedap!

Info lain restoran ini

Alamat:

Restoran The Chef Shah Alam
43 Persiaran Anggerik Vanilla, Business Park 1, Seksyen 31 Kota Kemuning, Shah Alam

Tel: 03-55253707
Hp: 0123171707

Facebook: The Chef Cafe
Instagram: thechef.shahalam

Waktu Operasi:

Bulan puasa:  10  pagi – 3 petang / 6 petang  – 10 malam
Hari biasa: 7 pagi – 4 petang, 6 petamg -10 malam
Beroperasi 24/7 (tiada hari cuti)

Lokasi

Google Maps. Kata kunci: Gamuda Walk
Google Maps. Kata kunci: Gamuda Walk

Komen eXplorasa

Secara jujurnya saya suka akan restoran ini. Konsep family diningnya yang sederhana dengan warna kombinasi hijau dan biru menambahkan lagi rasa tenang.

Yang paling menarik hati saya pada kunjungan kali ini ialah menu Mongolian Barbeque. Nampak simple cara memasaknya. Tak sangka pulak ianya lazat selepas dimasak. Jika anda bertandang ke sini jangan lepaskan peluang menikmati menu istimewa ini.

Menu yang banyak termasuk kambing panggang dan menu istimewa Mongolian Barbeque dengan harga hanya RM39.90. Apa lagi yang anda mahu. Memang berbaloi-baloi.

Siapa kata tiada restoran sedap di Kota Kemuning? Siapa kata tiada tempat makan best di Shah Alam..? Ni dia restoran yang dicari-cari.

Kepada warga Shah Alam, anda patut cuba menu di restoran ini…!

Rating

Buffet Ramadhan Restoran The Chef Shah Alam
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ