Cafe dan menu masakan Korea sudah semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Ia seperti trend yang melanda negara ini. Segalanya tentang korea bermula daripada industri hiburan hinggalah kepada industri makanan, ada peminatnya tersendiri di Malaysia. Bukan sedikit peminatnya sehingga ia menjadi satu trend muda mudi zaman kini.
Cafe masakan Korea yang pertama saya cuba adalah cafe masakan korea di Solaris Mont Kiara. Memang janggal juga nak buat pesanan sebab semua menu-menunya lain daripada restoran yang pernah dicuba. Nak sebut nama menu pun tergagap-gagap.
Hanbing Korean Dessert Cafe Bangsar (Hanbing)

Kali ini eXplorasa mencuba cafe korea yang sedang menjadi bualan ramai, Hanbing. Cafe ini yang terletak di Jalan Telawi 3 Bangsar yang terkenal dengan kesibukannya tidak susah untuk dicari. Taip sahaja kata kunci “Hanbing Korean Dessert” di applikasi Google Maps ataupun Waze, anda pasti akan dipandu ke depan pintu restoran ini.
Cuma disebabkan Jalan Telawi Bangsar ini merupakan satu kawasan yang menjadi tumpuan ramai untuk membeli belah dan berlibur, parkir di sini menjadi amat terhad. Anda amat bernasib baik jika anda dapat parkir berdekatan dengan cafe ini.
Jadi untuk menyenangkan keadaan dan menjimatkan masa anda, saya cadangkan anda meninggalkan kenderaan anda di tempat parkir berbayar di bawah Foodcourt / medan selera yng terletak di belakang Masjid Saidina Abu Bakar As-siddiq. Jarak tempat parkir ini dengan Hanbing hanya 300 meter sahaja.
Menu Hanbing
Sudah tentu menu di sini pun berlainan kerana semua menu-menunya ala Korea. Menu-menu seperti , ramen, bibimbap, topokki dan lain-lain wajib ada di sini. Kalau ada pun menu yang sedikit sama dengan menu tempatan, ia adalah menu yang diubah sedikit untuk disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia.
Set Ramadhan – Table Cooked Topokki
Dipersinggahan kami pada kali ini, kami dicadangkan dengan menu Set Ramadhan Hanbing iaitu Table Cooked Topokki. Ia adalah bersempena dengan bulan Ramadhan yang menjelang tiba. Kiranya macam set berbuka puasa lah. Satu set Topokki ini sesuai untuk dimakan 4 orang.
Set Topokki ini agak unik. Ia didatangkan dengan bahan mentah mengikut menu pilihan kita samada set Topokki Beef, Seafood ataupun Chicken.
Kami memilih untuk mencuba Set Topokki Beef dan Seafood. Set Ramadhan – Table Cooked Topokki ini mengandungi banyak menu lain di bawahnya iaitu Fish Roe Fried Rice, Trio Korean Chicken, Big Bowl Bibimbap, Kimci Nachos dan minuman pilihan.

Pelanggan boleh memasak sendiri set Topokki ini ala steambot untuk menikmati rasanya yang lazat. Yang lebih uniknya set Topokki ini dimasak untuk dua sub-menu. Yang pertama boleh masak ala steamboat di mana semua bahan mentah dimasukkan ke dalam periuk khas yang disediakan. Masukkan sekali sosnya. Setelah beberapa minit masakan tersebut sudah boleh dimakan.

Hanya ambil bahan-bahan yang dimasak sahaja ya. Sosnya tinggalkan saja di dalam periuk kerana sos tersebut akan digunakan lagi untuk sub menu kedua – Fish Roe Fried Rice. Ambil nasi yang datang bersama pakej set Topokki ini dan masukkan ke dalam periuk yang mengandungi sos tadi. Masakkan ia seperti memasak Nasi Goreng. Apabila sos kering nasi goreng ini sudah boleh dimakan. Boleh makan begitu saja ataupun boleh makan bersama bahan-bahan yang dimasak ala steamboat tadi.

Idea di sebalik set Topokki ini ialah Hanbing mau pengunjungnya menikmati masakannya di dalam keadaan yang masih panas. Di bulan Ramadhan, pelanggan akan datang awal untuk memilih dan memesan menu pilihan mereka. Di pihak Hanbing pula, mereka peru segera menghantar menu yang dipesan. Jika tidak pelanggan mungkin akan terlepas masa berbuka. Masalah di sini ialah jika makanan tersebut di hantar panas, ia akan menjadi sejuk apabila waktu berbuka puasa tiba. Jadi ia akan memberi kesan kepada kualiti menu apabila ia dimakan ketika sejuk.
Jadi dengan set Topokki ini, masalah tersebut dapat dihindari. Ini adalah kerana pengunjung boleh memilih untuk memasak sendiri set Topokki ini. Dan mereka boleh memilih waktu untuk memasak menu ini iaitu masa hampir tiba waktu berbuka. Jadi mereka boleh menikmati makanan yang masih panas di waktu berbuka puasa nanti. Menu ini memang amat sesuai sebagai menu berbuka puasa.
Trio Korean Chicken
Menu masakan korea yang berasaskan ayam. Ayam yang digoreng dengan 3 rasa yang berbeza. Satu ayam goreng biasa, yang kedua ayam yang digoreng dengan sos pedas dan satu lagi ialah ayam yang digoreng khas dengan campuran mayonis. Pengunjung boleh pilih samada nak meratah begitu sahaja ataupun dimakan bersama dengan Fish Roe Fried Rice.
Big Bowl Bibimbap
Menu lazat ini datang di dalam set Table Cooked Topokki. Telurnya yang meleleh memang sangat menarik perhatian. Bibimbap ini didatangkan dengan sosnya yang tersendiri. Cara memakannya ialah dengan menggaulkan secara sekata sos tadi dengan bahan-bahan Bibimbap tadi. Menu yang satu ini pun sedap!
Kimci Nachos
Kepada yang menggemari meu nachos, and pasti suka mencuba Kimci Nachos. Beza dengan Nachos yang biasa anda makan ialah sos yang didatangkan bersama Nachos ini ialah kimci. Ia satu kelainan dan satu kombinasi yang hebat.
Kimci Fried Rice Cheese Base
Menu yang ini tidak termasuk dalam Set Table Cooked Topokki. Tetapi ianya sangat sedap. Persembahannya pun dahsyat dengan telur meleleh. Cukup menggiurkan!
Minuman
Anda boleh memilih air minuman yang anda suka. Kebanyakan air minuman di sini sedap-sedap semuanya. Yang paling menarik perhatian, ada Kurma Smoothies khas untuk bulan Ramadhan.
Dessert
Bingsu
Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Masa untuk menikmati dessert. Kami dicadangkan dengan signature dessert di sini iaitu Bingsu. Cafe Korea memang tak sah jika tidak menjamu selera dengan dessert Bingsunya. Jika kita terkenal dengan Air Batu Campur (ABC), orang Korea ada Bingsu. Menu yang konsepnya lebih kurang sama. Cuma ais untuk bingsu dikisar dengan begitu halus menjadikan rasanya unik sekali apabila disuapkan ke dalam mulut. Sangat mengujakan!
Ada 3 jenis bingsu yang sempat kami cuba pada hari tersebut.
Durian Musang King Bingsu Snow Ice – RM33
Blue Berry dan Cheese Cake Binsu Snow Ice – RM26
Manggo Bingsu Snow Ice – 24
Selain daripada 3 jenis bingsu yang kami cuba tersebut, cafe ini menyediakan 4 lagi bingsu iaitu Oreo Snow Ice, Injeolmi Red Bean Snow Ice, Injeolmi Snow Ice dan Green Tea Snow Ice.
Oreo Snow Ice (RM24)
Injeolmi Red Bean Snow Ice (RM24)
Info lain Hanbing
Hanbing Korean Dessert Cafe
Alamat:
33 Jalan Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi:
Isnin-Khamis: 12:00-00:00
Jumaat-Sabtu: 12:00-01:00
Ahad: 12:00-00:00
Website : hanbing.my
Facebook : Hanbing Korean Dessert Cafe
Instagram : hanbingmy
Tel : +603 2202 0238
Facebook : Hanbing Korean Dessert Cafe
Instagram : hanbingmy
Komen eXplorasa
Puas hati..! Boleh dikatakan semua menu yang dicuba kali ini sedap. Saya seperti sudah jatuh cinta dengan makanan Korea ni. Yang pasti lepas ni memang saya akan datang lagi. Paling tidak pun datang lepak sambil menikmati Bingsu pelbagai jenis tu… Sesungguhnya Durian Musang King Bingsu Snow Ice sangat lazat! Saat saya menulis review ini pun fikiran masih teringat rupa dan rasa bingsu ini.
Kepada anda yang ingin mencari lokasi berbuka puasa dan maukan kelainan menu setelah saban hari menikmati menu tempatan, anda saya syorkan ke sini. Keunikan dan kesedapan menu-menunya amat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Saya sangat teruja dengan menu-menu di sini. Saya pasti anda juga seperti saya. Jangan lupa dessert Durian Musang King Bingsu Snow Ice dan bingsu-bingsu lain tu la. Kalau anda pasti menyesal!
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Ok nyesal baca entry ni. Mujurlah dah berbuka
hahah ok jer buat berbuka besok pulak
Ok nyesal baca entry nihhh.. mujutlah dah berbuka
Krik krik krukk..bunyi lak perut lisa. Memang sedap makaman korea… heheh sni ada 1 tmpat kdai makan korea.. tp tkda la dsert sedap mcm hanbing… rasa nak try nii
Lisa recently posted…LIRIK TAKDIR CINTA OST SEINDAH TAKDIR CINTA
meh KL.. bamhoq lanje
Bingsu paling sedap pernah rasa. Yg durian tu
yup.. sblm ni pernah rasa bingsu kat restoran korea mont kiara tp mmg tak leh lawan yg ni.. thorbaekk