Restoran Kafe Go To School (KGTS)
Solaris Mont Kiara, satu lagi tempat santai yang menjadi pilihan penduduk kotaraya Kuala Lumpur. Tempat ini menawarkan pelbagai pilihan kepada pengunjungnya daripada hiburan, pusat membeli belah sehinggalah ke tempat-tempat makan yang unik dan menarik.
Minggu lepas, setelah menikmati menu masakan Mexico di Sombrero Bukit Jelutong Shah Alam, eXplorasa dan geng #BloggerKakiMakan singgah di Restoran KGTS yang terletak di sini. Restoran ini adalah restoran yang menyajikan pelanggannya dengan menu masakan Korea.
Restoran ini dimiliki oleh orang Melayu Islam (Muslim) dan ia semestinya halal. Walaupun menu-menunya adalah menu korea, bahannya di periksa supaya tidak termasuk bahan yang tidak halal.
Memang sungguh menarik!
Susun atur KGTS
Dari kejauhan sudah kelihatan papan tanda restoran ini walaupun ia mengambil lot yang sedikit terkebelakang. Sesampai sahaja di depan restoran, mata sudah terpesona dengan susun atur restoran berserta hiasan dalamannya.
Melangkah masuk ke retoran ini, impresi yang pertama menerpa ke fikiran adalah keunikan dan kebersihan restoran. Meja makan dan kerusi yang dibuat daripada kayu persis bangku sekolah dulu-dulu amat unik.
Manakala dinding restoran ini dipenuhi dengan menu yang di tulis dengan menggunakan kapur tulis di atas papan hitam atau papan hijau seperti zaman persekolahan membangkitkan lagi suasana persekolahan yang cuba diwujudkan oleh restoran ini.
Di satu sudut bahagian belakang disediakan satu sudut dinding untuk anak-anak melakar dan menulis kreativiti mereka di situ. Sementara ibu bapa menikmati makanan di sini, anak-anak boleh melepaskan rasa bosan mereka dengan menzahirkan kreativiti di sudut ini.
Meja makan yang disusun dengan teratur memang menyerlahkan keceriaan dan kebersihan ruangan restorn ini yang dianggarkan boleh memuatkan lebih 100 pelanggan dalam satu masa.
Menu menarik di KGTS
Sebagai pembuka selera kami memilih menu-menu di bawah untuk dicuba. Menu-menu ini adalah menu ala carte.
Salmon Rice Pizza
Perrghhh… Sangat best pizza ini! Saya adalah penggemar menu berasaskan ikan Salmon. Jadi dapat mencuba pizza ni memang sangat beruntung. Serius best!
Jika anda peminat Salmon seperti saya ini adalah menu wajib yang anda mesti cuba.
Hae Mul Pa Jeon Seafood and Spring Onion Korean Pancake
Menu ini mengingatkan saya kepada cucur sayur yang nenek saya biasa buat sewaktu saya masih kecil dahulu. Menu ini pun sedap!
Kimbab Salmon Roll
Salmon lagi. kali ini di dalam menu Kimbab pula. Jika ke restoran rasa Korea tidak ada menu Kimbab ini seperti tidak cukup menu koreanya.
Oleh kerana ianya juga berasaskan Salmon seperti Pizza tadi maka menu ini juga adalah menu feveret saya.
Menu utama
Untuk menu utama pula kami memilih set menu Bento iaitu Passion Bento. Set ini amat sesuai dinikmati untuk sekeluarga. Ia boleh dimakan untuk 5-6 orang.
Bento ialah gabungan beberapa menu yang dihidangkan bersama di dalam satu set. Biasanya diletakkan di dalam satu bekas hidangan yang mengandungi beberapa bahagian untuk menu yang berlainan.
Passion Bento ini terdiri daripada 6 menu yang berlainan. 4 daripadaya adalah side dish. Set ini disertakan sekali dengan minuman.
Set menu boleh dinikmati dengan harga RM88.00 sahaja!
Menu-menu di dalam set bento ini ialah:
Fried Chicken (Ayam Goreng)
Yang Neum With Sweet Chili Sauce
Dua menu ayam goreng yang berbeza dengan kesedapan rasa yang juga berbeza.
Yang pertama adalah amat mirip dengan ayam goreng biasa yang biasa didapati di restoran-restoran segera.
Ayam goreng yang kedua berbeza di mana di mana ia dilapisi dengan sos cili yang manis dan rasa pedas sesedap rasa.
Kimchi Bibim Guksu Cold Noodle
Ini ialah mee hoon sejuk yang diletakkan telur sebiji di dalamnya. Rasanya agak unik kerana ia terasa sejuk semasa di dalam mulut.
Jab Chae Stir Fried Korean Glass Noodle With Vegetables
Menu yang ini amat sesuai bagi penggemar noodles dan sayur-sayran. Menu ini nampaknya bukan untuk saya kerana saya memang tak suka sayur yang banyak.
Kim Male Ri Fried Glass Noodle Covered with Seaweed dan Rice Balls
Menu ini ada dua komponen iaitu Fried glass noodle yang di balut dengan seaweed dan bebola nasi (rice balls).
Fried glass noodle di dalam balutan seaweed ini memang rangup bila di makan. Rasanya pun sedap. Manakala Rice Ball pula rasanya seperti nasi pulut. Boleh dimakan bersama ayam goreng tadi.
Minuman segar di KGTS
Berikut adalah minuman jus yang tidak kurang bestnya yang kami nikmati bersama menu tadi:
Dessert
Restoran ini juga terkenal dengan ais kacang ala Koreanya iaitu Bing Su Korean Ice Kacang. Ada beberapa menu Ais Kacang di bawah menu ini.
Yang kami sempat cuba pada hari tersebut adalah Very Very Thank You Snow Milk Bingsu.
Menu ini dihidangkan di dalam mangkuk besar untuk dikongsi beramai-ramai. Apa yang menariknya dengan ais kacang ini ialah aisnya adalah daripada air susu khas yang dibekukan.
Ais ini kemudiannya dikisar dengan begitu halus dengan menggunakan mesin kisar khas yang dibawa daripada Korea. Ia dicampur sekali dengan cornflake dan juga buah strawberry serta blueberry.
Memang terbaik ais kacang ni. Dessert yang anda wajib cuba jika ke sini.
Kemudahan lain KGTS
Wifi
Kemudahan wifi ada disediakan dengan percuma. Sila minta password daripada staf restoran ini.
Tandas
Tandas yang bersih ada disediakan di bahagian belakang restoran ini. Ia memang memudahkan pelanggan
Parkir
Oleh kerana restoran ini terletak di dalam kawasan yang padat dengan pengunjung, parkir berhampiran restoran ini agak sukar diperolehi. Jadi untuk tidak merumitkan keadaan, anda boleh memilih untuk meninggalkan kenderaan di lot parkir Cold Storage ataupun SOHO KL bersebelahan dengan sedikit bayaran.
Surau
Tiada surau disediakan di premis KGTS ini. Namun surau boleh didapati di pusat membeli belah di sebelah restoran ini.
Info lain KGTS
Alamat:
8G (Ground Floor), Jalan Solaris 3, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur.
Contact : +603-2858 9627
Email address : heewooriz@gmail.com
Facebook : www.facebook.com/kafegotoschool
Instagram : www.instagram.com/kafegotoschool
Waktu operasi
Dibuka setiap hari
- Ahad – Khamis jam 10.00 pagi sehingga 11.00 malam
- Jumaat – Sabtu jam 10:00 pagi hingga 1:00 pagi.
Lokasi (Google Maps)
Komen eXplorasa
Restoran ini sangat best! Best dari banyak sudut.
Dari segi kebersihan memang saya puji. Dari segi keunikan konsep yang diterapkan iaitu konsep kembali ke sekolah juga saya amat kagum.
Dari segi menu makanan juga sudah pasti saya berpuashati. Ini adalah kerana menu masakan korea di sini memang best. Sedap. Pendek kata tak perlu pergi ke korea untuk menikmati masakan korea. Di sini ada segalanya. Malah Chef restoran ini sendiri adalah orang korea. Jadi dari segi kualiti masakan Korea memang terbaik di restoran ini.
Mengikut penerangan pemiliknya, restoran ini untuk pengunjung yang ingin bersantai. Pengunjung boleh datang dan lepak lama-lama sambil menikmati satu persatu menu-menu Korea di sini. Tidak perlu takut untuk duduk lama-lama. Sebab itu kemudahan wifi disediakan.
Dengan faktor-faktor yang wajib ada di sesebuah restoran untuk memancing pengunjung seperti yang ada di restoran ini, saya memang mengesyorkan anda untuk mencuba menu masakan Korea di sini. Harga makanan pun tidak terlalu mahal dan amat berbaloi untuk seisi keluarga.
Jadi jika anda mencari restoran Korea yang best dan sedap di sekitar Kuala Lumpur ataupun di Solaris Mont Kiara secara khususnya, restoran ini perlu anda terjah!
Baca juga: mencari sakura di jeju
Rating
Restoran Kafe Go To School
Review oleh sohoque pada .
Rating:
sedapnya!! blanje lah satu
KiD recently posted…Nikmati Hidangan Korea di Kafe Go To School Solaris Mont Kiara
ahhaaaa.. abam blogger bicara makan mahamahu jer yg mampu belanja niiii
Nak datang lagi lah makan kat sini tapi nak abang explorasa belanja lak hehehehe…
Mahamahu recently posted…Jersey Jack Gelato Dari Bahan Tempatan Menjadi Aiskrim Bertaraf Antarabangsa
hehehehe… boley, boley… janji abam blog bicara makan dapatkan pojet…
sedapnya lahai. nak p la.. Haris Anuar tengok ni.. nyummmmmmmmmmm. Tq bamhoq EXplorasa Ishak Ismail
nak pegi.. nak nak..
YB Shehan recently posted…SLING GRIP : SELFIE SEBELAH TANGAN TANPA MASALAH TERGELINCIR
sila pergi dengan kadar segera.. ajak abam aji