Freshy Freeze Outlet Ais Krim yang best di NU Sentral

foto oleh: mahamahu.com
foto oleh: mahamahu.com

Freshy Freeze

Kali ini eXplorasa menerjah outlet makanan yang lain sedikit daripada kebiasaan. Jika selama ini explorasa singgah di restoran yang menyediakan menu-menu makanan tetapi kali ini explorasa dijemput untuk menikmati keenakan rasa aiskrim di sebuah outlet aiskrim yang terletak di NU Sentral.

Outlet aiskrim yang dimaksudkan adalah freshy Freeze, sebuah jenama aiskrim yang terkenal di Thailand. Walapun outlet ini masih agak baru di Malaysia namun keupayaannya bersaing dengan jenama aiskrim yang sudah lama bertapak dan popular di Malaysia agak pantas.

Sejak diperkenalkan di Malaysia outlet ini ataupun jenama ini semakin mendapat tempat di hati peminat aiskrim. Antara faktornya adalah lingkungan harga yang lebih rendah daripada pesaingnya dengan kualiti rasa aiskrim yang setanding.

Susun atur outlet ini

Outlet ini bukanlah outlet yang besar seperti sebuah restoran. Ia cuma sebuah outlet yang menyediakan menu-menu aiskrim yang premium.

Ruangan outlet ini separuhnya digunakan sebagai kitchen (dapur) untuk menyediakan menu pesanan pelanggan manakala separuh lagi di atur meja dan kerusi dengan terususun untuk pelanggan lepak sambil menikmati aiskrim pilihan mereka.

Ruangan ini boleh memuatkan lebih kurang 20 orang dalam satu-satu masa.

Jika anda memilih untuk tidak mahu makan di ruangan ini, anda boleh menikmati pesanan anda di bahagian luar outlet ini. Di situ ada disediakan tempat duduk.

Menu aiskrim di outlet ini

Belgian Chocolate Ice-Cream

freshy-freeze-belgian-chocolate-ice-cream

Ais Krim ini dihidang di dalam cawan kertas khas. Ia boleh dinikmati di sini ataupiun dibawa pulang begitu saja.

Minty Chocolate Ice-Cream

freshy-freeze-minty-chocolate-ice-cream

Bagi yang menyukai ais krim cokelat, menu ini boleh dipilih. Ia didatangkan bersama bebola cokelat dan hirisan buah strawberry. Ais krim cokelat ini ada rasa berangin (mint).

Strawberry Cheese Cake Ice-Cream

freshy-freeze-strawberry-cheese-cake-ice-cream

Ais krim yang dikelilingi oleh bongkah keju dan hirisan buah strawberry ini sangat sesuai bagi pengunjung yang sukakan rasa cheese. Memang jelas terasa lemak berkrim cheese teradun dengan ais krim di dalam mulut dengan diselangi rasa manis-manis masam buah strawberry.

Banoffi Ice-Cream

freshy-freeze-banoffi-ice-cream

Ais krim ini sebenarnya dimasukkan pisang yang dibekukan bersama susu segar. Apabila dimakan anda akan terasa kerangupan biskut yang turut diletakkan di bawah menu ais krim ini.

Manggo Stickyrice Ice-cream

freshy-freeze-mango-sticky-rice-ice-cream

Pulut Mangga. Ini memang menu yang berasal daripada Thailand. Gabungan kedua-dua bahan ini memang mengasyikkan apabila dimakan. Tambahan pula menu ini ditambah dengan ais krim sekali. Lagilah sedap rasanya.

Menu ini memang mengenyangkan kerana adanya pulut tersebut.

Banana Flambe With French Crepe

freshy-freeze-banana-flambe-with-french-crepe

Sekali pandang, saya dah tau ini adalah pengat pisang. Cuma bezanya ia diletakkan French Crepe sebagai gravynya. Kehadiran ais krim menambahkan lagi keasyikan menikmati menu ini. Pengat Pisang yang suam-suam bercampur dengan ais krim yang sejuk memberikan kelainan rasa daripada menu-menu yang lain.

Menu ini sangat sesuai jika dinikmati sebagai minum petang.

Info lain tentang outlet ini

Alamat:
FRESHY FREEZE
Level 5 (Near GSC), NU Sentral, 50470 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
Dibuka pada setiap hari dari 11.00 pagi hingga 11.00 malam.

Facebook : www.facebook.com/myfreshyfreeze

Lokasi

Lokasi ini sangat senang untuk dicari jika anda menggunakan LRT, Komuter ataupun monorel. Ia hanya bersebelahan dengan KL Sentral. Malah ia kedua bangunan ini bersambung satu sama lain.

Komen eXplorasa

Rasa

Dari segi rasa, semua menu aiskrim yang saya cuba adalah terbaik! Sedap!

Menu pula ada pelbagai. Kita boleh pilih menu aiskrim mengikut kesukaan kita. Tunjuk saja menu yang tersenarai di dalam buku menu kepada pengambil pesanan.

Harga

Selain daripada rasa perkara ini pun penting dan menjadi ukuran samada outlet tersebut akan dikunjungi lagi ataupun sebaliknya.

freshy-freeze-best

Harga yang murah tapi rasa sederhana masih boleh diterima. Harga yang sedikit tinggi tapi rasa pun sedap juga boleh diterima. Harga menu di outlet ini adalah sederhana tetapi rasanya adalah terbaik dan sedap. Jadi memang berbaloi dengan apa yang anda bayar dan apa yang anda dapat.

Dengan faktor di atas saya berani mengesyorkan anda supaya mencuba menu asikrim di sini. Jika anda mempunyai rasa dan pilihan seperti saya pasti anda akan terasa untuk datang lagi di masa yang terdekat.

Jika anda ke sini dan mencari restoran yang menawarkan ais krim best ataupun tempat makan best di NU Sentral, Freshy Freeze pasti tidak akan mengecewakan anda.

Loading

Related Stories

Discover

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ