30 Jenis Roti Canai Di Restoran Warisan Ayah 3Q Station!

warisan-ayah-3q-pandangan-depan

Saya bukanlah penggemar roti canai yang tegar. Jika saya bersarapan dan didepan saya ada roti canai dan nasi lemak, pasti saya pantas mencapai nasi lemak. Tetapi jika tiada menu lain selain nasi lemak, ok je saya makan roti canai. Saya suka roti canai banjir kuah kari ikan.

Namun selepas menjejakkan kaki di sebuah restoran yang terletak di Selayang Height tempohari, persepsi saya terhadap roti canai telah berubah. Selepas ini jika saya ke sana lagi saya pasti saya akan memilih untuk memesan roti canai yang ada di situ berbanding dengan menu sarapan yang lain.

Restoran Warisan Ayah 3Q Station

Nama yang pertama kali saya dengar. Memang saya tak dapat nak bayangkan apa konsep yang diterapkan oleh restoran ini dengan nama ini. Sehinggalah saya tiba sendiri di restoran ini pada petang Ahad itu bersama rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari.

Tidak susah mencari lokasi restoran ini. Sebabnya di kawasan situ masih tiada restoran lain beroperasi kecuali restoran ini. Mungkin kerana tempat ini masih baru siap dibina. Belum penuh lagi diduduki oleh penyewa.

Antara soalan yang utama yang ingin ditanya terungkai apabila mengetahui bahawa nama restoran ini diambil daripada gabungan ayah dan anak. Warisan Ayah diambil sempena dengan suami Puan Aqma (pemilik restoran ini) yang gemar memasak. Manakala 3Q pula diambil sempena nama 3 anak mereka yang semuanya bermula dengan huruf Q. Malah 3Q juga boleh dibaca 3 Qul iaitu surah yang banyak dihafal dan dibaca oleh kita.

Susun atur restoran

Dari jauh sudah kelihatan papan tanda restoran ini. Melangkah masuk ke dalam restoran ini, mata terus terpaku ke arah dinding sebelah kiri. Satu lukisan dinding yang cantik dan besar memenuhi ruang di situ. Lukisan ini diserikan dengan lakaran tulisan loghat-loghat negeri di Malaysia seperti Pulau Pinang, Perak, dan lain-lain lagi. Daripada lukisan ini pelanggan sudah boleh mengagak konsep yang cuba diterapkan oleh kedai ini iaitu restoran masakan melayu.

warisan-ayah-3q-loghat-negeri2

warisan-ayah-3q-menu

Di sudut depan kedai diletakkan tempat untuk menebar dan membuat roti canai. Jika bijak menggunakan sudut ini, ia boleh dijadikan daya tarikan kepada pelanggan. Kemahiran dan kepakaran penebar roti canai boleh diketengahkan di sini.

Kerusi meja tersusun rapi hingga ke bahagian dapur restoran ini. Hiasan dalaman restoran ini jika dipadankan dengan warna cerah pasti akan bertambah seri dan menonjolkan kebersihan restoran.

Menu-menu menarik dan Sedap

Antara keunikan restoran ini ialah ia ada menyediakan 30 jenis roti canai untuk pelanggannya. Pilih sahaja di dalam buku menu jenis roti canai yang anda ingin cuba. Pasti anda akan tertawan dengan rasanya.

Menu Roti Canai

antara roti canai pelbagai jenis yang disediakan untuk kami
antara roti canai pelbagai jenis yang disediakan untuk kami

Antara Roti Canai yang sempat kami rasa pada hari tersebut ialah:

Roti Hawaii

Roti Hawaii
Roti Hawaii

Telur hancur, daging burger cincang dan sosej yang dipotong kecil dicampur sekali dengan cheese dan diletakkan di dalam roti canai. Ia seperti murtabak dengan rasa roti canai. Sebiji anda makan pasti sudah mengenyangkan.

Roti Salad

Roti Salad
Roti Salad

untuk menu ini pula telur hancur, sayuran dan mayonis diadun bersama dan dibungkus dengan roti canai. Teringat saya roti tortilla yang saya makan di restoran masakan mexico di shah alam tempohari.

Roti Jepun

Roti Jepun
Roti Jepun

Ini adalah roti telur yang dipertingkatkan. Bahan lain selain telur adalah cheese, planta dan susu pekat manis. Ia diadun bersama roti canai menjadikannya satu menu roti canai yang lain dari yang lain.

Memang mustahi untuk kami cuba semua menu roti canai di sini. Yang lain pasti akan kami cuba di kunjungan akan datang.

Untuk makluman, roti canai hanya disediakan disebelah pagi (8.00 am – 12pm) untuk menu sarapan sebelum dihentikan untuk penyediaan makan tengahari. Ia akan disambung semula selepas pukul 5 hingga malam sebagai menu makan petang dan malam.

Menu masakan panas

antara menu masakan panas ala Thai yang kami nikmati
antara menu masakan panas ala Thai yang kami nikmati

Selesai dengan menu roti canai, kami diperkenalkan pula dengan menu-menu masakan panas di restoran ini. Berikut adalah antara menu-menu yang menambahkan keterujaan kami:

Ikan Kerapu Phak Phu Nenas

warisan-ayah-3q-ikan-kerapu-phak-phu-nenas

Bukan semua restoran yang menyediakan menu masakan panas ala Thai yang sediakan menu ini. Ikannya agak besar. Harganya tak sampai RM30 pun!

Ikan Siakap Masak Stim Halia

warisan-ayah-3q-siakap-stim-halia

Menu ini memang tak pernah jemu untuk dimakan. Rasanya memang kena, sesedap rasa.

Ikan Kerapu 3 Rasa

warisan-ayah-3q-ikan-kerapu-3-rasa

Tidak lengkap rasanya bila menikmati menu masakan panas ala Thai tanpa menu ini.

Kerabu Ikan Bilis

kerabu-ikan-bilis

Fuuuh memang menyengat! Salah satu menu wajib yang anda harus cuba jika ke sini. Bukan hanya makan di sini, malah saya tapau bawa balik.

Tomyam Campur

warisan-ayah-3q-tomyam-campur

Tidak seperti sesetengah kedai masakan Thai yang lain, tomyam campur di sini penuh dengan bahan seperti udang, ayam dan sotong.

Minuman

Air Kelapa Janda Pulang

air-kelapa-janda-pulang

Selain daripada minuman biasa, restoran ini juga ada menyediakan air kelapa. Selain daripada rasanya yang sedap, namanya juga amat unik dan menarik. Air Kelapa Janda Pulang adalah air kelapa yang dicampur dengan gula melaka. Rasanya memang sedap. Saya habiskan 2 gelas air ini tanpa sedar.

Kemudahan lain

Restoran ini dilengkapi dengan tandas sendiri di bahagian belakang.

Untuk yang ingin bersolat, anda boleh menggunakan dewan di sebelah restoran ini. Dewan ini adalah sebahagian daripada restoran ini.

Parkir di sini tidak menjadi masalah. Kawasan ini belum lagi menjadi satu kawasan yang sibuk kerana masih banyak lot kedai yang belum dihuni.

Info lain

Untuk mengikuti perkembangan semasa restoran ini seperti pengumuman dan menu-menu terbaru, anda boleh like dan follow akaun media sosial restoran ini:

Instagram: Warisan_Ayah3Q

Alamat:

Warisan Ayah 3Q Station
B-G-08, P8 Avenue
Jalan SH 1/1, Selayang Heights
Selayang Selangor
Tel : 03-6128 0236 | 013-307 5369 | 013-307 5234

Landmark : Kolej Komuniti Selayang

Dari Kolej Komuniti Selayang, terus ke depan lagi. Jumpa simpang kedua yang mana anda akan nampak nampak Jalan SH1/1 di sebelah kiri. Masuk lorong kiri tu dan anda akan nampak signboard restoran ini sebelah kanan anda.

Waktu operasi

8am-12am (setiap hari)
Tutup : Sabtu

Perkhidmatan lain

Restoran ini juga ada menyediakan perkhidmatan sewa dewan (bersebelahan dengan premis restoran ini) untuk majlis-majlis keramaian. Majlis sambutan hari jadi, Aqiqah, Cukur Jambul dan lain-lain majlis yang sederhana amat sesuai diadakan di sini.

Lokasi

Lokasi restoran ini belum ada dalam Google Maps. Tetapi anda boleh mencari lokasi Kolej Komuniti Selayang dan ikut panduan di atas.

komen explorasa

Secara peribadi saya suka akan menu-menu yang terdapat di restoran ini. Pelbagai jenis roti canai yang disediakan untuk pegunjung adalah satu daya tarikan yang bakal membuatkan restoran ini meletup! Ruangan sudut membuat dan menebar roti canai di sudut depan restoran ini jika bijak digunakan seperti menunjukkan kemahiran menebar roti canai kepada pengunjung boleh menambah nilai kepada restoran ini.

top-shot

Jika anda pertama kali datang ke restoran ini dan teragak-agak untuk membuat pesanan, saya sarankan anda mencuba Roti Hawaii, Roti Salad atau Roti Jepun dahulu.

Menu masakan panas juga memang terbaik. Dengan ikan bersaiz sebesar itu, harganya hanya diantara RM25-RM30 sahaja. Sungguh berpatutan! Yang pasti menu-menu tersebut memang terbaik. Ikan Kerapu Phak phu, Kerabu Ikan Bilis dan Tomyam Campur memang saya rekomen untuk anda cuba di sini. Saya sempat tapau Kerabu Ikan bilis untuk dimakan bersama keluarga keesokan harinya.

Hiasan dalaman, susun atur dan kebersihan sudah memuaskan. Namun iika restoran ini menggunakan warna yang lebih terang, ia pasti akan lebih menghidupkan keadaan. Ia sekaligus akan menyerlahkan kebersihan restoran dan menambahkan mood ceria pengunjung.

Secara keseluruhan restoran ini berjaya memikat hati saya. Jika para pembaca ingin mencari restoran roti canai yang best dan sedap di Lembah Kelang (KL dan Selangor) ataupun secara spesifiknya di Selayang, saya tanpa segan silu mencadangkan restoran ini untuk anda terjah. Kesedapan rasa dan pelbagai pilihan roti canai yang ditawarkan pasti akan membuatkan anda teruja seperti saya.

Baca juga: roti gardenia

Rating

Restoran Warisan Ayah 3Q
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

  1. A.Salam.. Tanya sikit..kedai ayah3Q ni buka Hari Cuti public tak. Klu buka Nak pergi Hari ni. Ada sesiapa boleh bagi tahu tak!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ