Pertama Kali Mencuba Masakan Mexico di Restoran Sombrero Bukit Jelutong

sombrero-bersama-pemilik

Ada rupanya restoran masakan Mexico di Shah Alam. Tak jauh daripada rumah saya pulak tu. Selama ni lalu di sekitar kawasan tu tak ada pula nampak restoran ini.

Hari Khamis minggu lepas, eXplorasa dan geng #BloggerKakiMakan yang lain singgah di restoran Sombrero, sebuah restoran yang menyajikan masakan ala Mexico. Restoran ini diperkenalkan kepada kami oleh Tuan Rafidi, pengusaha agensi pelancongan bajet Japan Budget Trip. Sekalung terima kasih diucapkan kerana memperkenalkan restoran masakan Mexico yang pertama kali direview oleh eXplorasa.

sombrero - orang - mexico

Minggu lepas memang best. Kami telah berpeluang mencuba masakan di restoran yang menyediakan masakan authentic luar negara. Bermula daripada Restoran Sari Ratu Subang Parade yang menyediakan masakan padang, Indonesia (beberapa hari sebelum), kami kemudiannya membuat review di restoran ini, dan selepas itu kami ke restoran rasa Korea pula yang terletak di Solaris.

Restoran Sombrero Bukit Jelutong Shah Alam

Bertempat di D’Vida Business Centre Bukit Jelutong Shah Alam, restoran ini agak strategik lokasinya. Ia senang untuk dicari kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. Mercutanda yang popular dan senang untuk dijumpai. Lot kedai di sini adalah tempat yang agak baru dibuka sempena dengan pembinaan kondominium mewah dan perumahan yang sedia ada di sekitar situ. Kawasan ini juga menjadi tumpuan para jemaah masjid selepas selesai solat Jumaat untuk menikmati makan tengahari.

Susun Atur restoran ini

Pertama kali melangkah masuk, saya sudah dapat rasakan suasana yang cuba diciptakan oleh pemilik restoran ini. Restoran citarasa Mexico, semestinya akan lengkap dengan suasana dan hiasan ala Mexico. Antara perhiasan pertama yang menangkap mata saya adalah 2 buah topi besar yang dipakai oleh orang Mexico seperti yang sering dilihat di kaca TV. Ia tergantung di sudut kanan restoran ini.

sombrero - hiasan - dinding - 4

sombrero - hiasan - dinding - 3

Kemudian mata saya melirik kepada satu persatu sudut-sudut dinding yang lain. Ternyata hiasan-hiasan dinding yang lain pun dipadankan dengan tema Mexico.

sombrero - hiasan - dinding - 1

sombrero - hiasan - dinding - 2

Restoran ini tidaklah besar saiznya. Namun, pemilik bijak menyusun meja makan yang terdiri daripada meja dengan kerusi biasa dan coffee table serta sofa, menjadikan restoran ini tidak sesak. Ia juga jelas menampilkan kebersihan premis ini yang sememangnya dititikberatkan oleh pemiliknya.

Menu-menu restoran ini

Oleh kerana ini adalah kali pertama kami membuat review di restoran Mexico, kami menyerahkan kepada pemilik restoran ini untuk mencadangkan menu yang terbaik untuk kami cuba. Berikut adalah menu-menu hasil cadangan pemilik restoran ini:

Cheezy con Pollo / Carne

sombrero-cheesy-con-pollo

Ini adalah nachos. Ia sedikit berlainan daripada nachos di tempat lain disebabkan ia disertakan dengan daging cincang di atasnya. Nachos yang rangup yang dipakejkan sekali dengan Mexican Cheese serta daging cincang menjadikan menu ini menarik untuk dicuba

Flaming Tacos

sombrero-flaming-tacos

Satu lagi menu pembuka selera ala Mexico. Menu ini  kelihatan lebih sihat kerana ia disertakan dengan sayur salad segar. Ditambah lagi dengan daging cincang dan cheese serta habanero sauce menu ini juga menarik untuk dijadikan pilihan pembuka selera. Tambahan pula ia di datangkan dengan potato wedges.

Buritto Machaca

sombrero-burrito-machaca

Ini ialah antara menu yang berasaskan nasi. Nasi bersama daging cincang dan salsa dibungkus di dalam tortilla yang rangup. Hidangan ini didatangkan bersama potato wedges.

Fajita Con Mariscos

sombrero-fajita-con-mariscos

Haa… yang ini ialah feveret saya. Ia adalah menu berasaskan ikan Salmon. Salmon, sayur salad dan cheese dibungkus di dalam tortilla yang rangup, dengan rasa sedikit pedas memang membuatkan saya jatuh hati dengan hidangan ini. Saya memang peminat salmon.

Chili Dog Carne

sombrero-chilli-dog-carne

Ini adalah hotdog daging yang bersaiz sederhana besar. satu set hidangan menu ini mengandungi hotdog daging, potato wedges dan slow cooked bean.

Philly Cheesesteak

sombrero philly cheese steak

Ini pula menu di dalam kategori yang sama seperti di atas. Roti panjang diletakkan daging tenderloin steak yang dicincang di dalamnya dan ditambah dengan cheddar cheese.

Sopa de Pollo

sombrero-sopa-de-pollo

Ini adalah sup ayam yang dicampurkan dengan bahan-bahan sayuran yang lain. Hidangan ini disertakan sekali dengan tortilla. Nampak seperti menu yang simple, tetapi enak bila dimakan sewaktu ia masih panas.

Arroz (Rice) Carne Machaca

sombrero-arroz-carne-machaca

Ini pula satu lagi menu yang berasaskan nasi. Ia disertakan sekali dengan sayur salad, nacho chips, daging cincang dan slow cooked bean. Sesiapa yang gemarkan makanan berasaskan nasi boleh mencuba menu ini.

Sizzling Fajita

sombrero-sizzling-fajita

Ini adalah hidangan hot plate. Untuk menu ini anda akan dihidangkan dengan daging, ayam dan udang yang digrill seenak rasa. Sos sour cream cheddar dan chunky guacamole turut disertakan bersama roti tortilla.

Anda boleh membungkus bahan-bahan ini dengan roti tortilla dan memasukkan sos-sos yang disediakan untuk dimakan. Memang enak rasanya. Ini juga menu pilihan saya.

Minuman

Cafe de Olla

sombrero-cafe-de-olla

Untuk mendalami lagi rasa Mexico, anda boleh mencuba kopi ini. Ia diadun dengan biji kopi arabica yang dibawa khas daripada sana. Memang “kaw” rasanya!

sombrero - kopi - arabica

biji kopi arabica
biji kopi arabica

Kami sempat juga mencuba Manggo Fruitie Smoothie, Peach Fruitie Smoothie dan Pina Colada Mocktail.

Pina Colada Mocktail
Pina Colada Mocktail

Kemudahan lain

Parkir

Parkir di kawasan ini tidak menjadi satu masalah kerana kawasan ini masih agak baru dibuka. Masih banyak lot-lot kedai yang masih kosong.

Masjid

Masjid Tengku Ampuan Jemaah hanya terletak lebih kurang 200 meter daripada restoran ini. Pelanggan yang ingin menunaikan solat tidak perlu bimbang. Pergi saja ke masjid yang serba moden ini.

Tandas

Tandas ada disediakan dibahagian belakang restoran ini.

Maklumat lain Sombrero

Alamat:

RESTORAN SOMBRERO
D’Vida @ Bukit Jelutong
No. 2-G-03 D’Vida Business Center
Jalan Bazar U8/101
Seksyen U8, Bukit Jelutong
40150 Shah Alam

Laman web : www.sombrerofoods.com

Facebook : www.facebook.com/SombreroFoods

Instagram : www.instagram.com/SombreroFoods

Twitter :  www.twitter.com/SombreroFoods

Waktu operasi:

  • Isnin – Jumaat – pukul 12.00tghari – 11.00mlm
  • Sabtu dan Ahad – pukul 9.00 pagi – 11.00 malam. waktu solat Jumaat ditutup dari pukul  1.30ptg – 2.00ptg.

Lokasi

Komen eXplorasa

sombrero-selfie

Memang unik. Sesiapa yang nak rasa kelainan dalam menikmati makan tengahari ataupun makan malam mereka, anda bolehlah mencuba restoran ini. Menu Mexico yang jarang kita jumpa di negara ini dapat memberi variasi pilihan makanan kepada anda.

Mintalah pandangan daripada pemilik restoran jika anda ragu-ragu untuk mencuba menu yang ada. Saya terpesona dengan menu berasaskan ikan salmon Fajita Con Mariscos dan Sizzling Fajita. Jika selera anda seperti saya, anda boleh mencuba menu-menu terebut.

Secara keseluruhan, saya amat berpuashati menikmati makanan di sini. Keunikan dan kelazatan makanan dengan harga yang berpatutan membuatkan saya tidak teragak-agak untuk mencadangkan restoran ini kepada anda.

Rating

Restoran Sombrero Bukit Jelutong Shah Alam
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ