salah satu keistimewaan negara kita malaysia ialah kepelbagaian makanan yang terdapat di sini. Jika ditanya kepada pelancong-pelancong yang datang ke negara kita, pasti faktor ini menjadi antara faktor utama mengapa mereka suka bertandang ke Malaysia. Salah satu makanan yang terdapat di malaysia ialah makanan ataupun menu masakan Padang ataupun minang.
Sebenarnya sudah lama eXplorasa teringin membuat review menu masakan Padang ini. Tetapi tidak terjumpa restoran yang menyediakan masakan jenis ini yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam blog ini.
Malah eXplorasa pernah mencuba untuk membuat review di salah sebuah restoran masakan padang di KL. Namun niat tersebut terpaksa dibatalkan dek kerana harga di situ yang agak mahal berbanding dengan kualiti makanan dan keadaan restorannya.
Restoran Sari Ratu Prima (RSRP)
Namun ada satu restoran  masakan Padang yang berjaya menarik hati saya. Ini adalah kerana selain daripada menu masakannya yang unik, restoran tersebut mempunyai ruangan yang luas, bersih dan nampak seperti restoran eksklusif.
Restoran yang saya maksudkan adalah Restoran Sari Ratu Prima.
Restoran ini telah lama bertapak di Malaysia dan sememangnya terkenal kepada penggemar menu masakan Padang. Restoran ini juga telah mempunyai beberapa outlet di sekitar Lembah Kelang. Outlet yang sedang beroperasi sekarang adalah:
-
Ampang Point
-
Desa pandan
-
Jalan Tar
-
Kelana Jaya
-
Kota Damansara
-
subang parade
-
Food court Intermark Ampang Park
Berasal daripada Sumatera Barat, restoran ala Padang yang sudah berpengalaman selama 25 tahun ini semakin dikenali oleh masyarakat Lembah Kelang. Rasa authentic Nasi Padangnya memang terbaik di sini. Antara menu yang menjadi sebutan di restoran ini ialah Gulai Tunjang iaitu urat keting lembu dimasak gulai dan dihidangkan di dalam periuk kecil yang dihasilkan daripada tanah liat. Ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kehangatan gulai tersebut.
Buffet Minum Petang (Hi-Tea Bufet) di RSRP
Ini satu lagi kelebihan RSRP yang tidak ada pada restoran lain. Biasanya Hi-Tea hanya disediakan di hotel-hotel untuk pengunjungnya. Jarang sekali restoran menyediakan hi-tea.
Namun RSRP tampil membuat kelainan apabila ia turut menyediakan hidangan hi-tea untuk pelanggannya. Hi-tea RSRP hanya diadakan pada hari Sabtu sahaja pada setiap minggu.
eXplorasa bersama team #BloggerKakiMakan sempat menerjah sesi pra-pelancaran hi-tea yang diadakan di RSRP Subang Parade pada hari Sabtu minggu lepas.
Diadakan di ruangan bawah restoran ini, suasana hi-tea amat tenang. Dengan pelbagai menu authentic masakan Padang tersusun rapi di tempatnya, pelanggan yang datang secara berperingkat menjadikan suasana di sini tidak kelam kabut.
Makanan boleh diambil tanpa berebut-rebut. Sambil makan, pelanggan dihiburkan oleh band Sarasara Akustika yang mempersembahkan pelbagai alunan yang menyegarkan.
Menu-menu hi-tea RSRP
Menu utama
Antara menu-menu yang dihidangkan pada petang tersebut adalah:
Go gado
Daging Dendeng
Paru Dendeng
Kupang Rebus
Kerang Rebus
Ikan Siakap Masak Acar Kuning
Ayam Special
Singpaore Mee Hoon
Gulai Daging Cincang
Pucuk pPku Urap
Gulai Taucho
Nasi Goreng Indonesia
Pucuk Ubi Masak Lemak
Ayam Gulai
Udang Goreng Bumbu
Pepes Ikan
Selain daripada itu restoran ini turut memberikan gaya Cina dan gaya Barat seperti Dim Sum, kek dan pastri sesuai dengan hidangan minum petang.
Menu sampingan dan dessert
Di samping menu utama tadi, menu-menu sampingan dan dessert yang sedap juga disediakan.
Salah satu dessert yang menarik hati saya ialah Ice Teler. Ais dikukur halus dengan santan. Bahan-bahan di dalamnya adalah mewah sagu, alpukat, nangka dan kelapa.  Pencuci mulut ini** wajib anda cuba jika anda bertandang ke sini.
Setakat ini Hi-Tea buffet ini hanyalah disediakan oleh RSRP Subang Jaya. Ia akan turut diadakan di cawangan-cawangannya yang di masa akan datang.
Harga Hi-Tea Buffet RSRP
Dewasa: RM45
Kanak-kanak: RM30
Info lain RSRP
CateringÂ
Restoran ini juga menawarkan perkhidmatan katering dengan pelbagai harga yang sangat berpatutan, termasuk perkhidmatan bufet, pengangkutan dan kakitangan terlatih untuk memenuhi keperluan anda. Terdapat banyak menu buffet untuk dipilih. Pelanggan juga dialu-alukan untuk mengubah menu untuk memenuhi keperluan mereka.
Kemudahan:
Toilet dan surau turut disediakan di dalam premis restoran ini.
waktu operasi: 10 pagi – 10 malam
Alamat:
Restoran Sari Ratu
LG31 G29
Level LG, & Ground Floor
Subang Parade,
Jalan SS16/1,
Subang Jaya
Phone: +60 3 5632 4140
http://www.sariratuprima.com/locations/subang-parade/
Komen eXplorasa
Jika membicarakan tentang menu masakan Padang, restoran ini memang patut anda cuba. Masakan Padangnya memang asli hasil air tangan Chefnya didatangkan khas daripada tanah seberang.
Saya pernah makan di beberapa restoran masakan Padang sebelum ini. Selepas menikmati hi-tea buffet ini, saya tanpa ragu-ragu mengatakan restoran ini adalah restoran terbaik di dalam kategori masakan padang.
Semua menu-menu yang terhidang sedap-sedap belaka. Saya suka Paru dan Daging Dendeng. Nasi Goreng Indonesia juga sedap. Jangan lupa menamatkan sesi hi-tea anda dengan Iced Teler. Memang best!
Ditambah pua dengan faktor-faktor seperti kebersihan , keluasan restoran, dan susun atur restoran yang nampak eksklusif, restoran ini memang akan sentiasa menjadi pilihan peminat masakan Padang.
Rating
Hi-Tea Buffet Restoran Sari RAtu Prima Subang Parade
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Makanan yang banyak dan sedap! Berbaloi dengan harga.
KiD recently posted…Hi Tea Hujung Minggu di Sari Ratu Prima, Subang Jaya
jom pergi lagi hari sabtu ni…
Wowwwwwww masakan padang ni memang best lah pedas tu nikmat, ternampak ice teler tu alahaiiiiiiiii boleh book lah utk family besar makan sini, lauk pauk pun sangat meriah dengan daging dendeng tu. TQ abg hoq leh terjah nanti.
kalau nak bawak family elok sgt pi yg hi-tea ni… masaka padang kat sini memang best. restoran pun luas dan selesa. siap ada live band lagi