Kenapa Saya Rekomen Anda Ke Restoran Selera D’Mass

restoran-selera-dmass-buku-menu

Restoran ikan bakar best dan sedap di Kuala Lumpur

Ikan Bakar… Antara menu kesukaan saya. Tapi bukan senang nak cari restoran yang menyediakan menu ikan bakar yang best dan sedap kena dengan selera kita di bandaraya Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.

Kadang-kadang terkena ikan yang berbau. Orang macam saya ni susah sikit nak komplen. Kadang-kadang ikan yang dipilih dan siap dibakar berbau dan rasa tidak segar apabila dimakan. Terus terbantut selera yang membuak-buak sebelum itu.

Nak komplen pun kadang-kadang tak sampai hati. Serba salah jadinya! Sudahnya balik dengan hati yang terbuku dengan rasa tidak puas hati.

Sebab itu saya agak cerewet dalam memilih restoran ikan bakar untuk saya nikmati menu ikan kegemaran saya.

Restoran Selera D’Mass Taman Melawati KL

restoran-selera-dmass-papan-tanda

Pertama kali saya dengar nama restoran ini. Saya dipelawa oleh seorang rakan saya untuk makan tengahari di sini.

Tidak susah untuk saya sampai ke restoran ini. Saya memang pernah beberapa kali ke kawasan ini. Namun sebagai panduan, saya gunakan juga Google Maps dengan menaip kata kunci “selera D’mass”. Ia membawa saya terus ke hadapan restoran ini.

Restoran ini dimiliki sepenuhnya oleh orang melayu dan menu-menunya pun adalah menu authentic melayu. Konsep restoran pun penuh kemelayuan.

Restoran ini seringkali dijadikan tempat untuk pengambaran drama-drama tempatan dek kerana hiasan dalaman dan kebersihannya yang boleh dipuji,

Susun atur dan hiasan restoran ini

Restoran Selera D'Mass di waktu malam
Restoran Selera D’Mass di waktu malam

Memang terbaik. Terus terang saya teruja apabila pertama kali melangkah masuk ke restoran ini. Malah daripada luar pun sudah kelihatan papan tanda yang mencerminkan tema restoran ini.

pemandangan restoran daripada depan
pemandangan restoran daripada depan

Restoran ini dari segi konsep, susun atur, hiasan dalaman dan juga kebersihannya adalah antara yang terbaik yang pernah saya singgah. Gambar makanan authentic melayu yang terpampang besar di dinding sebelah kiri ketika saya melangkah masuk memang menjadi tarikan utama restoran ini.

hiasan dinding yang menangkap perhatian
hiasan dinding yang menangkap perhatian

Warna cerah yang digunakan menyerlahkan lagi kebersihan yang sememangnya terbaik. Susunan meja yang tidak terlalu dekat di antara satu sama lain memudahkan pelanggan bergerak bebas.

susunan meja yang tidak terlalu rapat. Memang selesa
susunan meja yang tidak terlalu rapat. Memang selesa
Bahagian Dapur restoran ini
Bahagian Dapur restoran ini

Di atas meja, terdapat satu butang yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk memanggil pelayan restoran ini. Tak perlu melambai dan menjerit memanggil pelayan jika inginkan khidmat mereka.

Butang untuk memanggil pelayan restoran
Butang untuk memanggil pelayan restoran

Menu-menu di sini

Ada beracam-macam menu authentic melayu di sini. Agak mustahil untuk saya review ke semuanya. Di kesempatan ini saya saya mencuba beberapa menu yang menjadi tarikan pelanggan ke restoran ini.

Ikan Bakar Selera D’Mass

menu ikan bakar yang menyelerakan
menu ikan bakar yang menyelerakan

Antara menu yang paling mendapat sambutan di restoran ini ialah ikan bakarnya yang best dan sedap. Ada bermacam jenis ikan yang boleh dipilih. Sotong udang dan kerang juga disediakan bagi penggemar makanan tersebut.

pelbagai jenis ikan untuk dipilih
pelbagai jenis ikan untuk dipilih

Kteam dan makanan paut lain pun ada

Ketam dan makanan laut lain pun ada

Sewaktu lawatan saya ke sana baru-baru ini saya memilih untuk menikmati Ikan Talapia Merah. Untuk lauk sampingan saya memilih udang dan sayuran.

Memandangkan hanya kami bertiga yang akan menjamu selera saya memilih ikan Talapia Merah bersaiz sederhana. Udang untuk 2 orang makan dan sayur Kangkung Belacan.

Ikan Talapia Merah

Ikan air tawar ini lazat jika kena cara masakannya. Dagingnya memang lembut. Antara masakan yang sesuai dengan ikan ini ialah ia dibakar dan dicicah dengan air asam.

Ikan Talapia Merah yang enak
Ikan Talapia Merah yang enak

Air Asamnya pun istimewa. Tidak seperti air asam untuk ikan bakar di tempat lain yang cair, air asam di sini saya dapati agak pekat. Ia memudahkan air asam ini melekat pada isi ikan apabila dicicah. Rasanya pun lain sedikit daripada yang biasa saya makan.

Udang Masak Sambal Pedas

Udang ini pun terbaik rasanya. Walaupun nampak sperti pedas, tetapi sebenarnya tidaklah sepedas mana. Kanak-kanak pun boleh makan.

Udang Masak Sambal Pedas
Udang Masak Sambal Pedas

Sayur Kangkung Belacan

Memang best sayur ni. Ia adalah pelengkap kepada menu-menu di atas.

Kangkung Ikan Masin
Kangkung Belacan

Walaupun restoran ini agak terkenal dengan ikan bakarnya, namun jika anda bukan seorang penggemar ikan bakar, ataupun anda ingin merasa menu lain selain daripada ikan bakar, pilih sahaja menu-menu lain daripada buku menu yang disediakan.

Jangan bimbang. Jangan takut untuk mencuba menu lain kerana kesemua menu-menu di sini sedap-sedap belaka.

Pada kunjungan sebelum ini saya telah mencuba Kari Kepala Ikan Jenahak. Masakan kari ini semua kedai boleh sediakan. Cuma rasa yang akan membezakan.

Kari Kepala Ikan Jenahak
Kari Kepala Ikan Jenahak

Kebiasaanya Kari Kepala Ikan yang best dan sedap boleh diperolehi di restoran-restoran mamak. Tetapi jika anda ke sini anda akan dapat mencuba masakan menu kari kepala ikan yang saya anggap setara dengan restoran mamak.

set kari kepala ikan, telur dadar dan kangkung ikan masin
set kari kepala ikan, telur dadar dan Kangkung Belacan

Minuman

Pun ada pelbagai. Pilih sahaja daripada buku menu. Saya memilih Teh O Ais Limau. Sesuai dengan manu ikan bakar

Teh O Ais Limau
Teh O Ais Limau

Dessert

Ada beberapa menu yang menarik perhatian saya apabila terfikir untuk menikmati dessert selepas hidangan ikan bakar tadi.

Sate Perut ni memang terbaik!
Sate Perut ni memang terbaik!
Air Batu Campur (ABC)
Air Batu Campur (ABC)

Hari itu saya mencuba ABC di selangi dengan sate perut. Sedap ABC nya. Sate perutnya juga saya suka.

Pisang Goreng pun ada untuk minum petang
Pisang Goreng pun ada untuk minum petang

Harga makanan di sini

Yang menariknya lagi, harga menu masakan tadi adalah amat berbaloi. Harganya adalah standard restoran biasa walaupun restoran ini nampak lebih eksklusif.

harga menu berasaskan ikan Restoran Selera D'Mass
harga menu berasaskan ikan Restoran Selera D’Mass

Dengan Harga makanan yang standard restoran biasa, manu masakan yang sedap dan hiasan dalaman serta kebersihan yang amat dititik berat, saya berani membuat konklusi bahawa ianya amat berbaloi untuk di cuba.

Kemudahan lain

Sambungan WiFi memang disediakan di sini untuk memudahkan pengunjung berhubung dengan dunia maya.

WiFi percuma
WiFi percuma

Toilet yang bersih ada disediakan di tingkat atas.

Tandas di sini sangat bersih dan selesa
Tandas di sini sangat bersih dan selesa

Surau siap dengan penghawa dingin yang amat selesa juga disediakan di tingkat atas.

Tempat berwudhuk
Tempat berwudhuk

Karaoke

Di tingkat atas di sediakan ruang makan yang cukup selesa dan dihias dengan elegan sesuai untuk kegunaan jamuan dan event korporat.

Bahagian atas restoran. Sangat sesuai untuk event korporat
Bahagian atas restoran. Sangat sesuai untuk event korporat

Di sinilah di sediakan sistem bunyi yang canggih. Ia turut dilengkapi dengan ribuan senarai lagu yang boleh dipilih untuk tujuan karaoke.

set karaoke dengan sistem bunyi yang mengagumkan. Silap-silap kalah kedai karaoke yang biasa-biasa tu
set karaoke dengan sistem bunyi yang mengagumkan. Silap-silap kalah kedai karaoke yang biasa-biasa tu

Saya dah cuba berkaraoke di sini dan saya sungguh kagum dengan sound systemnya. Dengarnya pemilik restoran ini sanggup menghabiskan RM120 ribu hanya untuk sistem bunyi tersebut.

Parkir

Parkir di sini ialah parkir majlis perbandaran yang berbayar. Ia bergantung kepada masa kunjungan anda. Jika anda bertandang di waktu puncak, berkemungkinan parkir berdekatan dengan restoran agak sukar diperolehi.

Namun ia bukannya suatu masalah. Anda boleh mencari parkir yang disediakan di sekitar kawasan situ. Cuma mungkin jarak agak jauh sedikit.

Info lain

Anda boleh follow media sosial restoran ini untuk perkembangan dan pengumuman terbaru:

Facebook: Selera D’Mass

Alamat

Lot 9148, Taman Melawati,
Jln Bandar 4,
53100 Kuala Lumpur, Malaysia

No Tel: 03-4161 1114

Waktu operasi

Setiap hari (isnin – Ahad):  11:00 am – 11:00 pm

Lokasi

Komen eXplorasa

Restoran Selera D’Mass.. Antara restoran yang saya tidak ragu-ragu untuk rekomen kepada anda untuk dikunjungi.

Hiasan dalaman dan kebersihan memang terbaik di restoran ini. Ia kelihatan eksklusif dengan warna yang sungguh ceria.

Menu-menu yang disediakan seperti ikan bakar dan lain-lain sangat best dan sedap. Tidak keterlaluan saya katakan, ini adalah antara restoran yang menyediakan menu ikan bakar paling best dan sedap di KL.

Dengan suasana eksklusif, servis yang agak pantas, menu yang bermacam dan rasa yang sedap, saya agak terkejut apabila mendapati harganya seperti restoran biasa saja. Memang sangat berpuas hati.

Sesiapa yang sedang mencari restoran yang menyediakan pelbagai jenis ikan dan menu ikan bakar yang best dan sedap di sekitar KL, anda boleh mempertimbangkan untuk datang ke sini. Dengan faktor-faktor yang saya gariskan di atas, saya pasti anda pun seperti saya, berpuas hati dengan harga yang berbaloi.

Rating

Restoran Selera D’Mass
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.5 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ