
Semasa menerima pelawaan seorang rakan untuk mencuba restoran ikan bakar yang boleh dikategorikan sebagai antara yang paling best dan sedap di KL, saya turut dipelawa naik ke tingkat atas Restoran Selera D’Mass ini.
Sangkaan saya tingkat atas ini pun hanya tempat makan seperti ruang di bawah yang memberi pilihan untuk pelanggan jika inginkan suasana lebih privacy. Rupanya sangkaan saya ternyata meleset. Ia bukan sekadar itu…!
Terpegun
Melangkah masuk ke ruangan atas restoran ini, hanya satu perkataan yang boleh saya luahkan tentang perasaan saya ketika itu. “Terpegun!”…

Sungguh saya terpegun dengan keadaan hiasan dalamannya yang sungguh eksklusif. Kecuali saiz ruangannya yamg lebih kecil, ruangan ini dibuat dan dihias persis ballroom di hotel-hotel besar.
Saat itu terlintas di hati saya bahawa tempat ini sangat sesuai dan terbaik untuk digunakan sebagai tempat untuk majlis korporat seperti makan malam syarikat, majlis perpisahan, majlis penyampaian hadiah dan lain-lain majlis korporat lagi.
Kenapa saya rumuskan sedemikian? Ini adalah faktor-faktornya:
1. Penghawa dingin
Ruangan ini dilengkapi dengan sistem penghawa dingin yang memang menyamankan dan amat sesuai untuk majlis korporat.
2. Hiasan dalaman, kebersihan dan susun atur
Dinding ruangan ini dihiasi dengan frame-frame yang indah. Kerusi dan meja disusun dengan rapi dan teratur. Kebersihan memang terbaik dengan lantai yang berkilat. Syilingnya dihias dengan plaster syiling yang membuatkan ruangan ini nampak professional.


Pendek kata semua ini memang memenuhi kehendak syarikat yang inginkan suasana yang professional dan sedikit formal.
3. Sistem bunyi dan karaoke yang sangat mantap
Ruangan ini dilengkapi dengan sistem bunyi yang lengkap berserta set karaoke. Set ini bukan calang-calang sistem bunyi. Ia adalah setaraf dengan sistem bunyi di premis karaoke bertaraf 5 bintang. Anggaran set ini bernilai tidak kurang daripada RM120,000.



Buktinya, bunyinya tidak pecah dan memang sedap didengar. Saya sempat berkaraoke beberapa buah lagu selepas makan tengahari tempohari. Memang dahsyat bunyinya. Mengagumkan!
Oh ya, ruangan ini adalah kedap bunyi. Walaupun saya melalak di ruangan ini, tetapi ia tidak kedengaran di tingkat bawah. Memang sedikit pun tidak mengganggu pelanggan lain yang sedang menikmati makanan di bawah.
Faktor ini juga penting untuk majlis korporat kerana ada perkara yang kita tidak mahu orang luar tahu tentang syarikat kita. Dengan sistem kedap bunyi, syarikat tidak perlu bimbang pelanggan lain mendengar maklumat dalaman syarikat.
4. Keluasan yang selesa
Ruangan ini walaupun tidak sebesar ballroom hotel, namun ia tidaklah kecil. Ia boleh memuatkan seramai 70-80 orang tetamu di dalam satu masa. Bilik yang amat sesuai untuk majlis korporat yang tidak terlalu besar.
5. Menu makanan yang sedap
Untuk majlis korporat yang meibatkan makan, menu makanan boleh terus ditempah dengan pihak restoran d’mass.
Ada pelbagai menu yang disediakan. daripada masakan panas sehinggalah ikan bakar serta dessert-dessert yang terpilih. Pelanggan boleh memilih untuk menikmati menu yang digemari.

Ataupun boleh berbincang dengan pihak restoran untuk cadangan menu yang sesuai dengan bajet syarikat.
6. Surau
Di sudut belakang ruangan ini dibina satu bilik yang dijadikan surau. Ia dilengkapi dengan penghawa dingin dan peralatan untuk solat yang lengkap.

Saya sempat bersolat asar di sini. Sungguh selesa!
Malah di depan surau ini dibina satu tempat khas untuk tetamu mengambil wudhuk seperti di surau-surau di luar sana.

7. Tandas
Bertentangan dengan surau adalah tandas yang di asingkan antara tandas lelaki dan wanita. Ini juga memberi nilai tambah kepada ruangan ini.

Kos penyewaan ruangan ini.
Kosnya hanya seminima RM300 untuk 3 jam. Sangat murah dan berbaloi. Serius saya katakan bahawa anda sukar mencari ruangan selengkap dan seselesa ini dengan kadar sewaan sebegitu.
Info lain
Alamat:
Lot 9148, Taman Melawati,
Jln Bandar 4,
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
No Tel: 03-4161 1114
Facebook: Selera D’Mass
Komen eXplorasa
Ruangan ini sangat lengkap untuk syarikat (ataupun satu kumpulan tertentu) memilih untuk mengadakan majlis korporat mereka.
Kebersihan dan hiasan dalaman yang nampak professional memang saya puji. Ia diluar jangkaan saya. Malah saya berani katakan ia melebihi benchmark syarikat dari segi kebersihan dan hiasan dalaman yang nampak professional.
Sistem bunyi dan karaoke sangat mengagumkan dan amat sesuai untuk digunakan di dalam majlis korporat yang pastinya ada ucapan dan persembahan.
Yang paling saya rasa berbaloi untuk saya cadangkan restoran ini kepada syarikat di luar sana adalah caj biiknya yang sungguh rendah. RM300 untuk 3 jam, dengan kemudahan yang sangat baik setaraf dengan hotel-hotel besar! Mana nak cari kat tempat lain.

Jadi, kepada yang sedang mencari tempat untuk diadakan majlis korporat baik anda mewakili syarikat ataupun anda ingin mengadakan majlis rasmi untuk sekumpulan orang tertentu, tempat ini memang saya rekomen.
Sangat berbaloi.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Would like to ask for quotation..
please directly contact the restoran