Sunway Pyramid adalah salah satu pusat membeli belah yang sering menjadi perhatian pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara. Pusat membeli belah yang terletak bersebelahan pusat Taman Tema Air terkenal, Sunway Lagoon dan Hotel Sunway Resort and Spa ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Di samping merupakan gedung membeli belah yang serba lengkap, pusat membeli belah* ini juga menyediakan restoran-restoran dan tempat makan yang best dan sedap yang bertaraf dunia.
eXplorasa pernah beberapa kali membuat review di restoran-restoran yang terpilih di sini. Antaranya ialah restoran yang berasaskan makanan laut yang popular di sini.
Baru-baru ini kami berpeluang membuat review di sebuah restoran yang berpusat di Miami yang sedang mengukir nama di kalangan penggemar-penggemar makanan di Malaysia iaitu Restoran Miami Grill.
Miami Grill Sunway Pyramid (MGSP)
Restoran ini merupakan rangkaian restoran francais global yang berpusat di Miami Amerika Syarikat. Restoran ini menawarkan menu makanan ala Amerika dan MGSP ini adalah rangkaiannya yang pertama di Malaysia. Lebih membanggakan lagi, ia juga menjadi rangkaian yang pertama di Asia.
MGSP dimiliki oleh Hani Maju sdn Bhd iaitu syarikat Bumiputera Melayu Islam. Dengan sebab itu segala sumber makanan di sini dipastikan HALAL untuk disajikan kepada pelanggan yang sering memenuhi runagn restoran ini saban hari. Setakat entri ini ditulis, pihak restoran ini masih lagi menantikan kelulusan sijil HALAL oleh JAKIM demi untuk meyakinkan lagi pelanggannya. Permohonan sudah dibuat cuma dek kerana prosedur JAKIM yang cukup ketat dalam mengeluarkan sijil tersebut, ia mengambil masa yang agak lama.
Bukan itu sahaja. Restoran ini tidak langsung menggunakan MSG di dalam masakan menu-menunya. Ia dimsak secara asli tanpa nbahan pengawet dan kimia.
Konsep MGSP
MGSP adalah konsep makanan barat yang lebih menumpukan kepada menu-menu seperti burger, pasta dan lain-lain lagi. Ia sama seperti yang anda boleh dapati di restoran asalnya di Miami yang dimiliki oleh penyanyi dan pencipta lagu yang tidak asing lagi iaitu Pitbull.
Susun Atur dan Kebersihan MGSP
Berada di premis ini terasa seperti berada di Miami yang terkenal dengan pusat hiburan dan pantainya yang indah. Mana taknya, lukisan dinding di sekeliling restoran ini dihias dengan pemandangan pantai dan alat luncur air. Jika ada latar belakang muzik deruman ombak pasti suasana bersantai di pantai lebih terasa. Ia amat sesuai dengan tema yang diterapkan. Feel memang terasa.
Susunan kerusi dan meja yang diatur secara sistematik dengan jarak yang sesuai di antara meja ke satu meja yang lain sungguh menyenangkan pelanggan untuk berjalan di sekitar dlam restoran ini. Anda boleh memilih untuk duduk di bahagian depan restoran ataupun untuk dapatkan lebih privasi anda boleh memilih tempat duduk ke dalam sedikit.
Kebersihan di sini dijaga dengan teliti. Meja-meja yang telah digunakan terus dibersihkan setelah pelanggan selesai meninggalkan restoran. Hiasan dinding yang unik menggambarkan suasana pantai membantu menambahkan keceriaan restoran ini.
Menu-menu di MGSP
Garden Salad
Hidangan sihat ini mengandungi sayur-sayuran yang segar yang diletakkan sos pilihan yang menyelerakan. Malah ia datang sekali dengan roti pita untuk menambahkan lagi variasi rasa hidangan ini.
Philly Cheesesteaks Nacho Cheese
Menu ini didatangkan dengan roti panjang yang diletakkan isi daging cincang yang telah diperap sesedap rasa dan digrill. Daging segar ini memang juicy. Sungguh teruja di saat memakannya.
Di atasnya pula turut dihidangkan sekali dengan Nacho Cheese dan Onion Ring yang sangat rangup.
turut dipadankan di dalam set ini ialah Spiral Fries dan juga Coleslaw.
Philly Cheesesteaks Fajita
Set menu yang sama dengan Philly Cheesesteaks Nacho Cheese. Cuma ia disertakan dengan Cheddar dan tomato yang dipotong dadu menggantikan Nachi Cheese dan Onion Ring.
Seperti set di atas ia juga turut dihidangkan bersama Spiral Fries dan Coleslaw.
Hidangan ini sesuai dimakan 1-2 orang. Memang mengenyangkan. Kedua-dua set ini boleh dipadankan dengan air minuman yang boleh diisi semula.
Grill Wings
Ini adalah set kepak ayam yang digrill. Besar-besar saiz kepak ayamnya. Rasanya sangat menyelerakan dengan perapan rempah BBQ.
Krispy Wing
Kepada yang menyukai kepak ayam yang digoreng rangup. anda boleh memilih untuk menikmati menu ini. Rasanya juga dijamin sedap.
Mousaka Greek Lasagna
Ini adalah menu terakhir yang kami cuba pada sesi kali ini. Lasagna yang sungguh lembut dan sedap. Walaupun perut sudah penuh dengan menu-menu yang sebelumnya, tapi menu ini tetap kami habiskan dek kerana rasanya yang enak.
Menu lain
Selain daripada menu-menu yang telah kami cuba, ada banyak lagi menu lain yang ada di sini seperti aneka burger yang menyelerakan dan lain-lain lagi. Kami akan bertandang lagi ke sini di masa mendatang untuk mencuba menu yang lain pula.
Perut yang penug pada sesi kali ini todak memungkinnkan mencuba kesemua menu yang ada.
Menu untuk kanak-kanak
Oh ya… restoran ini juga menyediakan set menu khas untuk kanak-kanak. Pastinya menu sihat juga dihidangkan untuk kanaka-kanak.
Portion hidangan yang dibuat sesuai untuk kanak-kanak. Jadi tak perlulah ibubapa yang membawa anak-anak ke restoran ini memesan menu untuk orang dewasa yang pastinya disediakan dalam portion yang lebih besar sesuai untuk orang dewasa.
Harga juga lebih murah untuk set menu kanak-kanak.
Info lain MGSP
Miami Grill
Address:
LG2.127, Blue Atrium, Sunway Pyramid
Laman web :Â www.miamigrill.com.my
Facebook :Â www.facebook.com/miamigrillmalaysia
Instagram :Â https://instagram.com/miamigrillmy
Lokasi
Komen eXplorasa
Bagi saya restoran ini melepasi jangkaan saya. Saya pada mulanya menyangka restoran ini hanyalah satu lagi restoran makanan segera seperti McDonald ataupu KFC. Namun jangkaan saya ternyata meleset. Ia lebih daripada itu.
Dari segi menu dan konsep memang ia berbeza dengan kedua-dua restoran yang saya sebut tadi.
Tambahan pula restoran ini ini adalah halal walaupun menu-menunya berorientasikan menu barat daripada Miami.
Konsepnya jelas dapat dizahirkan melalui hiasan dinding dan perabot yang lain. Terasa seperti makan-makan di Miami je. Jika ada muzik deruman ombak sesekali, pantas suasananya lebih terasa.
Saya sangat sukakan menu Philly Cheesesteaks Nacho Cheese kerana daging cincang perapnya yang sungguh segar dan juicy. Jika anda ke restoran ini buat pertama kali dan masih ragu-ragu untuk memilih menu apa, anda boleh bermula dengan memesan menu ini. Pasti ia tidak akan memusnahkan mood berselera anda.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
Suka tgk muka abang hoq lah waktu nak makan hehehehe…
Mahamahu recently posted…Cabaran Makan Pedas HotFM Memang Mencabar Mental
hehehehe.. abam hoq memng menghargai makanan