Hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga ke Sunway Pyramid. Saja jalan-jalan bawak anak-anak. Isteri pulak nak tengok kasut tahan air kat butik kasut Jelly Bunny. Musim hujan macam sekarang ni dah jadi macam trend pulak orang pakai kasut Jelly Bunny ni. Belek punya belek, berjaya juga isteri aku memborong 2 pasang kasut kat sini.
Lepas solat maghrib kami mula mencari tempat untuk makan malam sebelum berangkat pulang. Pusing punya pusing terpandang Restoren Pasar Ikan Manhattan ( Manhattan Fish Market ). Teringat yang aku dan isteri kali terakhir makan di restoren ini 3 tahun yang lepas kat MFM Ampang Park. Dah lama tu tak makan kat sini. Bila tanya anak-anak diorang pun macam teruja nak makan sini, so kira sahlah makan kat sini.
Bila nak masuk je MFM tempat penuh dengan pelanggan yang sedang makan. Kena tunggu la pulak. Tak pe lah tunggu pun tunggu lah. Sebabnya makan malam ni kira macam jamuan sambut hari lahir aku pada 8 Januari bebaru ni lah. Belum sempat buat jamuan lagi. Pada mulanya ingat nak bawa diorang ke Restoren Satay Station yang baru buka di Plaza Shah Alam. Dah buat keputusan makan kat sini, Satay Station tu bulan depan la jawabnya.
Kami sepakat pilih menu Seafood Platter. Kat dalam menu tu dah ada banyak submenu. Ada ikan, sotong, Udang, Tiram, Chips dan nasi sekali. So cukup lah untuk makan 4 orang. Si Iffah pulak merajuk tak nak makan. Nak main game kat Note 8 mama dia je. Baby Ifza memang suka Fries. So ok lah.
Tapi risau takut tak cukup, aku order lagi sepinggan spaghetti Shrimp Olio. In case tak cukup boleh la makan spaghetti tu.
Minuman pula aku pilih yang harga paling mahal. Nama pun macam catchy sikit aku tengok. So aku order la Sunset By The Bay. Ia adalah minuman hasil campuran teh dan peach serta lemon. Yang lain order soft drink je. Lagipun soft drink tu boleh diisi semula (refill). So jimat sikit bajet.
Sampai je Seafood Platter yang dipesan, pelayan MFM terus buat demonstrasi nyalakan api atas menu tadi di depan meja kami. Seronok lah anak-anak tengok. Lepas tu acara makan pun kami mulakan. Menu ini memang best. Boleh makan untuk 4 orang. Cuma tiram tu je yang bagi rasa muak sikit. So kena perah lemon yang disediakan sekali tu untuk kurangkan rasa muak tu.
Pada aku pemilihan minuman Sunset By The Bay adalah silap. Sepatutnya untuk menu yang ada rasa sedikit muak macam ni, kena pilih minuman yang agak masam. Pilihan Iqbal memesan soft drink perisa strawberi amat tepat. Sekurang-kurangnya ia boleh membuatkan rasa muak tu hilang.
Akhirnya kami dah kenyang tanpa sempat menjamah spaghetti Shrimp Olio. Aku tapau untuk dibawa pulang. Makan kat rumah pulak. Semua sekali dalam RM100 je.
Secara keseluruhan menu ni sedap. Ada banyak lagi menu yang boleh dicuba di sini. Kena ulang datang banyak kali la nampaknya untuk habiskan merasa menu dalam buku menu tu. Ok jugak tu. Nanti boleh buat review banyak-banyak. Boleh la jadi top food blogger melayu nanti. Hehehe.
Jika anda anda dah boring makan kat restoren biasa, boleh la cuba sekali sekala makan di restoren ini. Pasti ia memberi sedikit kelainan kepada selera anda.
bertimbun seafoof lam pinggan tuuu
Farzli recently posted…Aku review siraplimau.com
Tu la.jenuh makan
waaaaahhhh… aku suka! aku suka!! dulu sekali je pergi MFM.. sebab beli kupon groupon.. hehehee
KiD recently posted…Projek Mega Blogger 2014
Hahahaha. Jom pegi lg
Peh..gua tangkap leleh dengan udang tu bro.
Hafiz Rahim recently posted…Ada Apa Dengan Putrajaya – Part 1
Ada lg satu lobster bro. Lg tangkap leleh
kalau kat sini, aku cuma suka satu jenis makanan aje..yang ikan pedas tu aje. masak macam asam pedas. hoho..memang terangkat pedasnya.
titan recently posted…Melaka, Liga Super 2014 dan Blogging.
Hahahaaha. Apa nama menu tu bro?
tak ingatlah. tapi ada nasi dia..dengan ikan. Memang pedas habis. Harga kira murah gak la. haha..aku rasa itu antara yang termurah.
titan recently posted…Banyak blog atau satu blog?
telan air liur aku nengok menu ni mlm2 buat ni..hahaha
JMR recently posted…Aktiviti syok di Pantai Teluk Kemang
Owh. Besok kena pegi tu bro. Kalau nak lg best, ajak aku sekali. Heheheeh
Nice….Nampaknya kalau ko nak teruskan TRADEMARK X SUDU GARFU bersilang tu okey gak…. tapi kena tengok menu dan kedai makan la yea…. Dan seperti biasa time bakar udang tu pasti menarik perhatian kan….
hazman aka species1980 recently posted…HAZMAN vs FOOD – Restoran Texas Chicken Malaysia Kajang
tak kesah kalau tak der sudu garfu. cam td kat nasi ayam penget aku guna straw utk silang.. 😉
wah sedap ni..ble nak belanja aku ni haha
farid laham recently posted…Moto G Telah Berada Di Pasaran
hehehe. ingat nak belanja hari ni. tp ko sibuk nak ke wangsa maju tadi. hahahaha
Menu gaya Amerika tentu sedap rasanya.
akubiomed recently posted…Tak sampai seminit Milo ais licin
Hahahaha. Gaya amerika ya. Hehehehe
wah nampak sedap sangat, tapi sayang kat bandar aku tinggal ni takde kedai ni.
kalau nak rasa kena pergi lembah klang ler kot..
meleleh air liur tengok…nyum2..
ejam recently posted…SCARF Perfume Buka Peluang Jana Pendapatan Tambahan.
Mai la kl bro ejam. Kalau kena masanya leh sy belanja
Salam ziarah dan salam ukhuwah dari bunda…
Teruja betul tengok plating dia pun dah cantik…rasa mesti sedappp ni..
BUNDA recently posted…Surat Untuk Anak-Anak Ku Sayang…
Terima kasih bunda kerna sudi singgah. Salam perkenalan
sy tak pernah makan lagi di MFM.. mcm sedap jer
Mus recently posted…Malaysia Airlines Memenangi Kategori Asia’s Leading Airline – World Travel Awards
memang sedap. blh la cuba nanti
belum pernah lagi aku makan kat sini….x berkemampuan lagi…ehhehe
Faizal Fredley recently posted…Backpacker 4 Day 3 Night at Jakarta Indonesia
Ish. X der la mahal sgt bro. Jauh berkali kali lbh murah drp tiket ke jakarta 🙂
Nampaknya sangat lezat masakan seafood yang ada di Manhattam Fish Market ini apalagi Set Seafood Platter-nya, kalau dimakan sendiri bisa kenyang bahkan tak habis tu…
fauzie recently posted…Free Download : Made Reviews / Magazine Responsive WordPress Premium Themes
memang betul lazat set platter ni
Fuhhhh kena cuba nih 🙂
siti hazreen recently posted…Cuci dan Tampal Gigi di Klinik Gigi Cheng
memang kena cuba.. best!!!