Restoren Nasi Berlauk Wau Bulan Bandar Baru Selayang

restoren wau bulan bandar baru selayang
Restoren Nasi Berlauk Wau Bulan Bandar Baru Selayang (gambar: http://sharinginfoz.blogspot.com)

Bagi aku, nasi berlauk paling best dan sedap jika berlaukkan dengan gulai ikan tongkol. Jarang aku pilih lauk selain itu. Mungkin sebab aku terbiasa dengan selera pantai timur kot. Di Pantai Timur nasi berlauk biasanya dipadankan dengan lauk gulai ikan Tongkol.

Di KL ni jarang aku jumpa nasi berlauk yang betul-betul memuaskan selera pantai timur aku. Setakat ini hanya ada satu Restoren yang aku rasa paling best kalau nak makan Nasi Berlauk. Restoren yang aku maksudkan ialah Restoren Nasi Berlauk Wau Bulan yang terletak di Bandar Baru Selayang, berhampiran dengan Stadium Bolasepak Selayang dan Majlis Perbandaran Selayang.

Gulai ikan Tongkol di sini amat mirip dengan rasa gulai ikan Tongkol masakan pantai timur. Ikannya dikukus terlebih dahulu sehingga tulangnya menjadi rapuh. Kuah gulainya pula pekat membuatkan air liur kecur setiap kali teringat.

gambar nasi berlauk best
Nasi berlauk kesukaan aku di Restoren Wau Bulan
Set Nasi Berlauk yang ditambah dengan telur goreng
Set Nasi Berlauk yang ditambah dengan telur goreng

Hidangan nasi berlauk ini tidak lengkap jika tidak disertakan sayur yang dicelur. Sayur seperti terung, timun, petola ataupun labu air dicelur dengan baik. Tidak terlalu lembik dan tidak keras. Sambal belacan yang ditambah akan menyedapkan lagi nasi berlauk ini. Pendek kata memang terbaik dan best lah nasi berlauk di Restoren Wau Bulan di Bandar Baru Selayang ni.

Kepada yang tidak menggemari lauk gulai ikan Tongkol, anda tidak perlu risau kerana restoren ini yang pernah dilawati oleh krew TV3 untuk rancangan Jalan-jalan Cari Makan ada juga menyediakan pelbagai lauk lain seperti gulai daging, limpa masak hitam, gulai ayam kampung, gulai ayam biasa dan beberapa lauk yang lain. Pilihlah lauk yang anda suka.

restoren nasi cmpur
pelbagai lauk di restoren nasi berlauk wau bulan bandar baru selayang
gabar ayam goreng
Ayam Goreng Berempah

Selain daripada nasi berlauk kesukaan aku ini, ada juga menu sarapan yang lain seperti nasi kerabu yang juga menjadi pilihan kebanyakan pengunjung restoren ini, nasi dagang, nasi goreng, nasi lemak, laksa kuah merah, laksam dan sebagainya. Roti canai juga ada disediakan di restoren ini. Pelbagai kuih muih juga boleh dipilih sebagai pencuci mulut.

restoren sarapan pagi
pelbagai sarapan pagi di restoren nasi berlauk wau bulan bandar baru selayang
gambar cili sumbat
Cili Sumbat (sarok lada) sedap jika dimakan bersama Nasi Kerabu
gambar lauk nasi kerabu
Ikan Goreng bertepung lauk Nasi Kerabu
roti canai restoren nasi berlauk restoren wau bulan bandar baru selayang
roti canai restoren nasi berlauk restoren wau bulan bandar baru selayang
ganbar kuih tradisional
pelbagai kuih muih juga ada di sini
gambar pencuci mulut
pencuci mulut

Aku akan ke sini seminggu sekali iaitu pada hari sabtu dan akan lepak di restoren ini sementara menunggu anak aku Iqbal selesai kelas Taekwondonya di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang.

gabar orang makan roti telur
Iffah memilih roti telur kali ini

Jadi kepada yang ingin merasa nasi berlauk paling best, aku cadangkan ke restoren ini untuk menikmati nasi berlauk ala pantai timur. Harga? Jangan bimbang. Harganya sangat berbaloi. Anda boleh menggunakan GPS, Waze ataupun Google Navigation sebagai penunjuk arah jika anda tidak biasa dengan kawasan ini. Anda juga boleh membaca tips yang ditinggalkan pengunjung tentang retoren ini di dalam applokasi Foursquare.

Selamat menjamu selera…

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI MATE X7, HUAWEI FREECLIP 2 AND NEW WEARABLES...

The upcoming lineup also features the latest version of the HUAWEI WATCH GT 6...

Amazfit Perkenal Active Max: Lebih Besar, Lebih Cerah dan...

Ahli terbaru keluarga Active menggabungkan reka bentuk baharu, storan yang diperluas dan bateri yang...

HUAWEI SETS A NEW STANDARD FOR PC-LEVEL PRODUCTIVITY AS...

Ultra-clear PaperMatte display, PC-Level WPS 3.0 , and intelligent stylus interaction in one portable...

Pameran Istimewa: Picasso dan Lin Xiang Xiong – Dialog...

Dipamerkan di Galeri Seni Lin Xiang Xiong, Pulau Pinang, Malaysia, sehingga 31 Mac 2026. Perbualan...

HUAWEI TEASES A PC-LIKE PRODUCTIVITY WITH THE ARRIVAL OF...

A powerful blend of PC-level productivity, upgraded display technology, and intelligent stylus features. KUALA LUMPUR,...

Level Up with Lazada’s 12.12 Gaming Haul

The season of giving is also the perfect season for upgrading. Whether you're hunting...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ