Struktur muka bumi pantai di sebelah negeri pantai timur agak sedikit berbeza dengan struktur muka bumi di sebelah pantai barat. Pantai di negeri-negeri pantai timur seperti Terengganu, Pahang dan Kelantan biasanya lebih luas dan landai. Ia menjadikan pemandangan pantai begitu mempesonakan.
Begitulah dengan Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu. Bertandang ke sini akan memberikan anda kenangan keindahan pantai yang akan terpahat di ingatan. Pemandangan di pantai yang indah dan mendamaikan boleh membuatkan anda lupa seketika kesibukan kerja seharian.
Pantai negeri kelahiran aku ini memang tidak pernah jemu untuk aku kunjungi. Kali terakhir aku singgah di sini adalah 3 bulan lepas iaitu pada bulan November. Aku pulang ke kampung untuk menjenguk keluarga di sana. Biasanya di akhir tahun seperti bulan Oktober hingga Disember ni hujan sudah semakin kerap turun kerana ia sudah di dalam musim tengkujuh.
Apa yang membuatkan Pantai Batu Buruk jadi tumpuan pelancong? Ini adalah antara faktor-faktornya:
Lokasi
Lokasinya yang berada di bandar Kuala Terengganu menyenangkan pelawat untuk menziarahi pantai ini. Akses ke sini amat senang. Jika anda memandu dan sedang berada di pusat bandar Kuala Terengganu, anda akan mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk sampai ke pantai ini jika trafik tidak sesak. Kenderaaan awam seperti bas dan teksi memang banyak melalui kawasan pantai ini. Jadi amat senang untuk bertandang ke sini.
Infrastruktur
Oleh kerana pantai ini berada di dalam kawasan bandar Kuala Terengganu, infrstruktur yang disediakan amat lengkap. Trek jogging dan tempat riadhah ada disediakan di sini
Restoren
Kawasan sekitar terdapat banyak gerai makanan dan restoren masakan tempatan, thai, makanan barat dan makanan segera seperti KFC dan A&W ada terdapat di sekitar pantai ini. Anda tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengisi perut yang pasti akan meminta diisi setelah penat bermain di pantai ini
Tarikan Lain
Padang permainan kanak-kanak, pentas persembahan kebudayaan dan kawasan menunggang kuda juga terdapat di sini untuk pengunjung yang mencari kelainan selain daripada bermain air.
Jadi kepada pelancong yang datang ke Terengganu, Negeri Cantik Budaya Menarik, anda boleh lah datang ke sini untuk menikmati susana pantai yang mendamaikan. Aku percaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, pantai ini akan menerima kunjungan pelancong dengan lebih ramai lagi. Selamat melawat Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.
Nota: Dah banyak blogger cerita pasal Pantai Batu Buruk ni. Aku cerita lagi untuk banyakkan entri travel aku demi mengejar cita-cita menjadi top travel blogger melayu.
fuhh..teringin gak nak pergi sana.
titan recently posted…Banyak blog atau satu blog?
Gambar cup kertas KFC tu nampak memang good idea la bor….
hazman aka species1980 recently posted…HAZMAN vs FOOD – Restoran Al Zahara NILAI (Arabian Food)
Tq bos
Tertinggal satu part..makan kepok tepi pantai..layannnn..hehehe
Hafiz Rahim recently posted…Ular Sawa Besar di Putrajaya
Tu la. Hari tu x sempat nak makan kopok
Pegi ar bro. Cantik tpt dia
Saya tak pernah sampai lagi kat sini. Sebelum ni ada juga terfikir nak ke sini tapi lebih suka ke pulau kapas. Walaupun agak jauh, lebih tenang berbanding Pantai Batu Buruk yang saya rasa agak sesak nak tempuh.
Amran recently posted…Erti darurat
Ya bro. Pulau kapas kena plan betul2 kalau mau pergi. Batu buruk ni singgah jer kalau kebetulan ke k trg
seronok dapat bercuti bersama keluarga
Mus recently posted…Malaysia Airlines Memenangi Kategori Asia’s Leading Airline – World Travel Awards
alhamdulillah. diberi kesempatan masa oleh Allah.. 😉
Dulu ke sini siap main layang-layang. 🙂
akubiomed recently posted…Dapat tiket Pratonton Churpremiere RoboCop
tengok pantai dan air laut rasa macam dah lama tak bawa anak-anak pergi main pantai.
kena cari masa untuk piknik ni..
ejam recently posted…Daging Kambing Produk Sejuk Beku.
kat kampung bro ada pantai tak?
Pntai Batu Buruk. Mestilah kena singgah kalau ke KT.
Terbaiklah gambar2 ni boh!
hafizmd recently posted…4 Teknik Rangsang Leptin Untuk Mudah Kuruskan Badan!
tq boh…
Kampungku..memang best…hati2 main air ye!
niza yusof recently posted…Tips Hilangkan Gatal Dengan Herbal Blend
ooo ya ka.. skrg musim hujan, tak leh main air