Nasi Lemak Dan Roti Canai Restoren Pak Hassan Kampung Baru

Di tengah isu kangkung yg sedang hangat ni teringin pulak nak makan nasi lemak yg ada sayur kangkung. Fikir punya fikir teringat satu restoren yang pernah dicadangkan oleh seorang rakan yang terletak di Kampung Baru.

Nama Restoren ini ialah Restoren Pak Hassan Kampung Baru. Menu di restoren ini ialah nasi lemak dan roti canai sahaja. Apa yang menariknya dengan restoren ini ialah harga makanannya yang murah. Memang murahlah dengan lokasinya yang terletak di tengah-tengah hutan batu Kuala Lumpur ni.

restoren murah dan sedap di kotaraya Kuala Lumpur
Gambar daripada depan Restoren Pak Hassan Kampung Baru
gambar kedai ramai pelanggan
pelanggan yang sentiasa penuh di restoren ini
hari cuti
Restoren ini ditutup pada hari Isnin

Restoren Pak Hassan ni aku rasa ada kaitan dengan sebuah madrasah yang terletak betul-betul di belakang restoren tu. Sebab itulah harga yang dikenakan kepada pengunjung restorennya amat murah. Ada elemen sedeqah di situ aku rasa.

Nasi lemak

Nasi lemak kat sini selain daripada kosnya yang murah memang sedap. Dihiasi dengan kangkung, telur (separuh), ikan bilis kering serta sambal yang enak, nasi lemaknya dikukus dengan sempurna menjadikannya relai, tidak melekat di antara satu sama lain.

set lauk nasi lemak
set asas nasi lemak
kangkung celur
Kangkung Celur dan timun sebagai pilihan pelanggan untuk dipadankan dengan Nasi Lemak
lauk nasi lemak
Ayam Goreng Berempah, Sambal Sotong, Ayam Rendang, Daging Rendang dan telur goreng adalah antara pilihan lauk untuk Nasi Lemak
gambar nasi lemak sedap
Nasi Lemak Ayam Rendang Restoren Pak Hassan Kampung Baru

Set nasi lemak berlaukkan ayam rendang dengan air Teh O Ais yang aku makan untuk sarapan pagi hanyalah berharga rm5. Murah bukan?

Roti canai

Roti canai biasa, roti telur dan roti sardin ada disediakan di restoren ini. Roti canai ditebar di satu sudut restoren berdasarkan pesanan yang diterima.

gambar chef roti canai
2 orang penebar roti canai diguna pakai untuk menampung pesanan yang bertali arus

Apa yang menarik tentang roti canai di restoren ini ialah kuahnya. Kuahnya ialah kuah kari kaki ayam. Ia disediakan di dalam satu periuk besar dan pelanggan bebas untuk mencedok sendiri kuah kari tersebut.

roti canai restoren pak hassan
Roti Canai yang enak di Restoren Pak Hassan Kampung Baru
roti canai kari kaki ayam
Roti canai yang enak lebih sedap bila dimakan dengan kari kaki ayam di sini

Sekeping roti canai dan segelas teh O, harganya hanyalah RM2 sahaja. Jimat bukan?

Sesiapa yang berkerja di tengah bandaraya Kuala Lumpur dan ingin berjimat bolehlah makan di sini. Hanya RM5 sahaja untuk sarapan.

Siapa kata makan di bandaraya KL semuanya mahal? Restoren Pak Hassan yang sempoi dan murah ini adalah buktinya.

restoren pak hassan dalam foursquare
Restoren Pak Hassan ada dalam aplikasi Foursquare.
tips dari foursquare
Anda boleh baca komen-komen positif daripada pelanggan yang pernah datang dan makan di sini di dalam aplikasi Foursquare

Jom cuba nasi lemak dan roti canai di restoren ini.

 Nasi lemak paling popular di KL – Nasi Lemak Antarabangsa

Nota: eXplorasa dalam usaha menjadi top food blogger Melayu, akan cuba menjejaki restoren-restoren yang murah dan best bermula dengan entri ini untuk rujukan pembaca

Baca juga: Sedekah Subuh

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

    • eh murah la tu rm5 kalau dlm bandar KL bro hazman.. tpt lain silap2 dgn menu cam tu kena rm10 wooo. kalau nak bajet lg makan la roti canai dan teh O. rm2 jer

  1. saya dah cuba juga, tapi ada juga yg saya suka di depan kuarters cikgu di taman tun dr ismail, memang sedap..sambal dan nasi boleh minta lebih tanpa extra charge…ayam berempah pun power..kira kalau untuk harga rm4.50 sebungkus kira murah dan berbaloi la.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ