Kampung Baru Kuala Lumpur
Kampung Baru adalah satu tempat yang unik. Selain daripada satu-satunya “kampung” di tengah-tengah bandaraya KL, ia mempunyai pelbagai tarikan. Salah satu tarikannya adalah lambakan tempat makan yang menjadi tarikan utama pengunjung.
eXplorasa sendiri pernah menerbitkan artikel review tentang nasi lemak dan roti canai yang murah dan sedap di tempat ini sebelum ini.
Nasi Lemak Antarabangsa, paling best dan popular di KL
Selain daripada itu, ada satu lagi restoran nasi lemak yang sudah wujud sejak tahun 1973 lagi di Kampung Baru. Restoran Nasi Lemak Antarabangsa, nama yang tidak asing lagi dalam industri makanan khususnya nasi lemak.
Pada hemat saya restoran ini merupakan antara restoran nasi lemak yang paling best dan sedap di Kuala Lumpur. Juga dikenali sebagai restoran nasi lemak yang paling popular di KL, jenama restoran ini menjadi menjadi satu fenomena sedikit masa dulu.
Pernah di suatu ketika, restoran ini cuba mewujudkan francais di bandar-bandar utama di Malaysia. Program ini kelihatan berjaya pada permulaannya, tetapi dek kerana beberapa kelemahan, program ini menemui kegagagalan. Inilah detik-detik hitam bagi restoran ini. Ini menyebabkan nama restoran ini sedikit tenggelam selepas itu.
Bangkit kembali
Kini, restoran ini sedang bangkit kembali. Usaha ini diperkembangkan dengan pembukaan cawangannya di Rawang dan terbaru di Miri, Sarawak. Pengurusan juga diperkemaskan di bawah pimpinan tuan punya restoran, En Halim yang berwawasan tinggi. Strategi pemasaran juga berubah mengikut perubahan pengiklanan terkini yang lebih effektif iaitu melalui hebahan di media sosial dan blog.
Dengan strategi terbaru inilah eXplorasa menerusi Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput untuk membuat sesi review di restoran ini.
Menu NLA
Nasi Lemak
Nasi lemaknya dikukus dengan begitu baik menjadikan nasinya lembut dan tidak melekat (relai). Inilah cara sebenar memasak nasi lemak. Ini adalah trademark NLA sejak dulu lagi yang menjadikan restoran ini begitu popular di kalangan penggemar nasi lemak.
Sambal
perkara kedua yang menentukan samada menu nasi lemak sedap atau tidak adalah sambalnya. Jika lazat sambalnya maka ia akan digemari ramai.
Sambal di restoran ini mempunyai rasanya yang tersendiri. Mempunyai gabungan rasa yang cukup dan tidak terlalu pedas, sambal restoran ini membuatkan nasi lemaknya mendapat sambutan.
Lauk-lauk
Sambal Sotong
Menggunakan sotong rendam, sambal ini menjadi salah satu lauk kegemaran ramai kerana sotongnya yang lembut.
Rendang Ayam
Rendang Ayam juga sedap dan menjadi sebutan. Ayamnya dimasak dengan baik menjadikan rendang ayamnya sedap apabila digandingkan dengan nasi lemak.
Rendang Daging
Bermula dengan hirisan daging yang “tidak melawan urat”, dagingnya tidak liat apabila dimakan. kelembutan daging yang telah serasi dengan rempah rendang memang menjadikannya lauk terbaik untuk dimakan bersama bersama nasi lemak.
Paru
Paru digoreng dengan tidak terlalu rangup akan menjadi pilihan utama bagi penggemar paru.
Lauk-lauk lain
Selain lauk-lauk utama tadi, lauk-lauk sampingan seperti telur rebus dan telur mata (goreng) ada juga disediakan untuk menambahkan lagi kepelbagaian lauk.
Menu-menu lain
Selain daripada nasi lemak tradisi, restoran ini turut menghidangkan menu-menu lain seperti soto, kuih koci, nasi impit dan lain-lain. eXplorasa pasti akan bertandang ke NLA lagi di lain masa untuk membuat review menu-menu ini.
Minuman
Pelbagai minuman boleh dipesan di restoran ini. Yang paling best pada saya ialah air kelapa Frutty. Namun, pelanggan perlu datang ke restoran ini di waktu petang dan malam sahaja jika ingin menikmati air kelapa ini.
Parkir
Jika anda bertandang ke sini di waktu malam ataupun di waktu puncak, parkir akan sedikit menjadi masalah. memang sukar mencari parkir di depan restoran ini.
Namun di kawasan tersebut ada terdapat parkir yang diusahakan oleh orang perseorangan. Anda akan dikenakan sedikit bayaran untuk menempatkan kereta anda di sini. Jika tiada pilihan lain, parkir ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda tinggalkan kereta anda sementara mengisi perut.
Info NLA
Laman Web:Â www.nasilemakantarabangsa.my/
Facebook:Â https://www.facebook.com/nlemak3
komen eXplorasa
Memang nama NLA adalah perintis dalam restoran yang menyediakan menu nasi lemak. Bukan sekarang malah sejak bertahun yang lalu.
Saya mula mengenali NLA kira-kira 15 tahun yang lalu sewaktu masih belajar. Dulu sewaktu belajar di Universiti, restoran ini adalah tempat yang regular untuk kami melepak di hari minggu. Kadang-kadang sampai tengah malam.
Setelah sekian lama, rasanya pada pandangan saya masih tidak berubah. Inilah yang menjadi kekuatan NLA.
Jadi, jika anda mencari menu nasi lemak untuk sesi sarapan, makan tengahari ataupun makan malam anda, saya syorkan anda singgah dan cuba NLA ini. Saya pasti, rasa dan harganya akan membuatkan anda terfikir untuk menziarahinya lagi selepas itu.
Oh ya, sehingga bulan jun ini NLA tidak akan mengenakan sebarang caj GST ke atas pelanggan yang datang ke restoran ini.
Jadi tunggu apa lagi? Ajaklah keluarga dan kawan-kawan untuk ke restoran nasi lemak yang dikategorikan sebagai antara restoran nasi lemak paling best, sedap dan popular di kuala lumpur ini.
Rating
Review oleh sohoque pada .
Rating:
rasa sekali pasti nak lagi.. terbaik!
kaaannn.. thorbaek NLA ni..
whoaaa…. dah ada come back nampaknya…. ada rezeki nak ajak kawan makan ramai nasi lemak nie baru la happening dan berselera skit kan…..
hazman aka species1980 recently posted…Sos Lada Hitam jadi pelengkap hidangan Kambing Perap Budak Kampung
joooommm.. kita pi serbu!!!!
I love nasi lemak! Masa kat kolej hari2 makan =x
Isabel recently posted…[Food] Indulge in the New Haagen-Dazs Banana Chocolate Brownie
hahaha. really. I pun suka nasi lemak. this nasi lemak antarabangsa pun best tau. sambal sotong dia best
sedapnya kelapa frutti tu…tiada caj gst tapi harga sama tak sebelum dan selepas GST?
Noriza Rahman recently posted…Cinch Shake TERBUKTI Rendah Indeks Glisemik
harga sama seperti sebelum GST. diorang tgh buat promosi utk naikkan kembali nama nasi lemak antarabangsa yang pernah menjadi leneraju dlm restoran nasi lemak suatu ketika dulu
Kelapa frutti mcam sedap sekali boleh cuba nanti bila ke sana
Khairul Zamri recently posted…Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
memang best kelapa fruitty tu. recommended
sedapnya..pernah makan sini waktu malam…ramai gle org nak kena bratuq
Zul recently posted…Cermin kereta kabur dan berkabus – Gunakan INI !!
nasib lemak kat sini mmg popular. kekuatannya pada sambal dan nasi lemak kukusnya
Bagusnya tiada kenaikan harga selepas GST. Macam kat area rumah Mek ila, masih ada nasi Lemak sedap berharga RM1.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Jom Buat Memory Card Untuk Anak
tak der kenaikan tu sampai bulan 6 ni shaja utk promosi.lps tu mungkin ada GST
pehh..
rindu gila dengan sambal paru dan sambal sotong nih..
titan recently posted…Belajar Resepi buat Taufufah dan Air Soya yang SEDAP.
sambal sotong dia memang thorbaek bro
[…] yang menjadi kunci kepada mana-mana restoran yang menjual nasi lemak. Lihat sahaja Nasi Lemak Antarabangsa yang terletak di Kampung Baru Kuala Lumpur. Ia kekal menjadi pilihan ramai bertahun-tahun lamanya […]