Bukit Broga Semenyih
Bukit Broga atau Broga (juga dikenali sebagai Bukit Lalang) terletak di Timur Semenyih dan berketinggian 400Â meter dari paras laut. Bukit ini menjadi tumpuan bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Broga juga menjadi tumpuan bagi penggemar sukan pendakian. Tidak hairanlah jika ianya amat terkenal kepada pengunjung, termasuk juga saya sebagai penulis eXplorasa. Saya sendiri pernah beberapa kali datang menikmati matahari terbit di sini. Namun begitu, lawatan kali ini agak sentimental bagi aku.
Broga terbakar

Pada awal Februari lepas, kita dikejutkan dengan berita Broga yang dijilat api. Bukit ini yang menghijau sebelumnya telah bertukar menjadi hitam kesan daripada kebakaran tersebut. Saya tak berkesempatan menjengah Broga pada masa itu, dan lawatan kali ini selepas dua bulan peristiwa itu bagi saya sangat beremosi.
Pengalaman mendaki Broga selepas kebakaran
Seawal 5.45 pagi saya sudah sampai di ladang kelapa sawit dimana permulaan bagi pendakian ini. Selalunya saya parkir kereta di tepi jalan (percuma) tapi kali ni saya mencuba pakir di ladang persendirian dengan bayaran RM2.00 sekali masuk.

Tanpa berlengah, saya memulakan perjalanan. Seawal perjalanan, saya perasan ada banyak tali keselamatan baru telah dipasang sepanjang tepi gaung bagi menambah kewaspadaan pengunjung terhadap bahaya yang tak dijangka. Perjalanan pada peringkat hutan tidak lah mencabar tetapi perlu berhati-hati kerana sebarang kesilapan mampu memberi kesan kecederaan. Tambahan pula perjalanan adakalanya hanya seinci dari pinggir gaung. Walaupun gaungnya tidaklah terlalu dalam.


Memasuki fasa pendakian, juga didapati terdapat banyak tali-tali yang telah dipasang bagi memudahkan pendakian. Dengan ini, akan lebih memudahkan pendakian pengunjung. Mungkin mengambil kira bukit ini adalah lebih kepada lokasi riadah keluarga berbanding lokasi sukan mendaki, ianya telah dipasang pelbagai kemudahan bagi memudahkan pengunjung.
Setelah hampir 30 minit berjalan dan mendaki, saya dah pun sampai di puncak Broga. Secara Peribadi, saya lebih suka menikmati matahari terbit di puncak kedua tertinggi di situ. Ini adalah kerana pemandangan di situ lebih baik. Sudut fotografi pun lebih pelbagai (pada pendapat saya yang bukan jurugambar profesional). Sambil menunggu matahari memancarkan sinar, saya lepak di atas batu yang banyak terdapat di situ.



Dari pandangan saya, Broga dah hampir kembali seperti asal sebelum kebakaran. Lalang-lalang yang tumbuh memang kelihatan baru dan hijau. Namun begitu, bau kesan kebakaran masih boleh dihidu. Kesan lalang dan pokok terbakar masih kelihatan di sana-sini.



Sarapan di kaki Broga
Menamatkan kunjungan kali ini, dan seperti kunjungan-kunjungan sebelum ini pastinya acara sarapan di kaki Broga. Kali ni temanya adalah nasi lemak dan air kelapa. Harga.. Ok la, nasi lemak bungkus dengan air kelapa (cawan plastik) adalah RM4.00. Lokasinya adalah betul-betul di permulaan pendakian (selepas tempat parkir). Ada dua gerai biasanya, satu pakcik dan isterinya dan satu lagi auntie punya. Saya selalu lepak di gerai pakcik ni..



Komen eXplorasa
Bagi yang belum pernah dan ingin menawan puncak Broga, anda boleh kesana dengan mudah. Jika dari Kuala Lumpur, terus perjalanan menghala ke Bandar Semenyih. Selepas Bandar Semenyih anda akan jumpa Petronas disebelah kanan. Sejurus selepas itu akan nampak lampu isyarat dan terus masuk kiri (ada papan tanda Broga). Teruskan perjalanan sehingga melepasi University of Notingham. Dari situ, perlu berhati-hati kerana lokasinya sudah makin hampir. Laluan pendakian berada dikiri jalan berhadapan dengan pusat penternakan arnab.
Bagi yang inginkan aktiviti yang mencabar setelah bergelumang dengan tuntutan kerja, bukit ini saya rekomen untuk anda datang melepaskan tekanan. Seronok sebenarnya apabila berjaya sampai di puncak setelah bersusah payah mengharungi cabaran di sepanjang perjalanan.
Rating
Review oleh Solja Senja pada .
Rating:
yeszzaaa.. soljar senja kembali menumbang artikel di EXplorasa… tq
cc: Puaka Gondol
30 minit je pendakian..?? Buat aku rasa macam nak try je
Sembang Sukan recently posted…Masalah Telemetri Tak Halang Lewis Hamilton Catat Masa Terpantas.
boleh try bro.. stkt bro, mmg kacang ar nak sampai ke puncak
cantiknya !! Boleh wat shooting cite hindustan…
Zul recently posted…Pantai Irama Bachok, Kelantan – Cantik tapi sayang
hahahah.. kalau wat shooting citer hindustan mesti diorg bergolek2 sampai kaki bukit. hahahah
Dekat je dengan rumah Mek ila ni, tapi belum ada kesempatan untuk pergi.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…Jom Buat Memory Card Untuk Anak
mek ila pergi la sekali untuk daki…mesti pastu nak naik lagi
Saya tunggu founder blog sohoque.com pergi – dengan siap selfie ke sana… baru gempak… hehehehe
hazman aka species1980 recently posted…XES HI TEA @ BE STYLISH WITH XES di ONE CITY USJ SUBANG JAYA
saya pergi ngan writer lain pergi pun sama jer. eXplorasa bg review makanan dan tempat kaaan. heheheh
penat mndaki. kat atas makan nasi lemak. hikhik
miminadam recently posted…Giveaway | Mega Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
hehehe.. makan nasi lemak tu kat nawah ler. lps turun dah
masa mula2 dengar nama bukit broga nie mati2 ingat kat indonesia. rupanya kat malaysia je ye. memang famous, ramai kawan yang seronok hiking di sana. saya nie entah bila nak jejak. hehe.
Oja Samid recently posted…Kenapa Kita Perlukan Makeup Remover Walaupun Tak Pakai Makeup
haah la.. nama mcm kat indonesia kan.. alaaa.. pegi jer bebila.. dkt je kaaan
saya takut tempat tinggi tapi saya panjat juga bukit broga ni 🙂
Dr Fattah recently posted…Tips Temuduga Latihan Separa Perubatan Gred U29
bukit tak der la tinggi sgt ni..