Bila tibanya musim cuti sekolah, selalunya ibubapa yang akan pening kepala. Anak-anak pasti akan tanya ke mana nak bawa mereka berjalan cuti sekolah kali ini. Jadi mak ayah terpaksa cari tempat yang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan masa cuti sekolah mereka. Kami ada satu cadangan untuk ibubapa sekalian. Bawa anak-anak ke Farm in the City.
Baca artikel ini sampai habis untuk segala info tentang Farm in the City..
Info Ringkas Farm in the City
Zoo Mini Dalam Bandar di Selangor
Farm In The City merupakan destinasi menarik di negeri Selangor yang sangat sesuai untuk dilawati bersama seisi keluarga. Ia adalah sebuah taman haiwan peliharaan (petting zoo) ataupun zoo mini yang terkenal dengan konsep kampung Malaysia, terletak di Taman Equine, Seri Kembangan, berdekatan antara Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain daripada tarikan utamanya iaitu pelbagai haiwan jinak yang kebanyakanunya boleh disentuh, Farm in the City ini juga mempunyai dusun buah-buahan dan tumbuhan Semula jadi.
Apa yang uniknya di sini, haiwan-haiwan tersebut dibiarkan dibiarkan lepas bebas di dalam kandang yang direka khas mirip habitat asal semula jadi mereka. Ini adalah untuk memberi pengalaman yang unik kepada pengunjung terutama kanak-kanak untuk berinteraksi secara lebih dekat dan berdepan dengan Taiwan tersebut.
Di sini, kalian akan dapat melihat lebih daripada 100 spesies haiwan eksotik dan jarang ditemui yang dipamerkan, baik di belakang dinding kaca mahupun dalam kawasan terbuka. Ia merupakan tempat di mana tiada kandang besi yang menghadang, membolehkan haiwan-haiwan tersebut tinggal dengan bebas.
Kawasan kampung ini telah dihidupkan dan dibina dengan baik serta ditanam dengan lebih daripada 60 jenis pokok buah-buahan tropika dan pokok lain.
Haiwan yang unik dan jarang ditemui
Taman haiwan ini mempunyai pelbagai haiwan yang unik dan jarang ditemui seperti:
- Spesies kuda terkecil di dunia (aktiviti menunggang kuda pony disediakan)
- Spesies kanggaru kedua terkecil di dunia
- Spesies arnab terbesar di dunia
- Gagak putih yang paling unik di dunia
Antara haiwan-haiwan feveret lain termasuk monyet marmoset, kura-kura raksasa, koleksi iguana berwarna-warni, pelbagai jenis ayam eksotik, landak, penyu ‘dinosaur’ dan lain-lain penyu yang jarang ditemui, memerang, meerkat, marmot, musang, buaya dan ular (ada beberapa ular sawa raksasa dan ular bakau).
Pengasas Farm in the City
Farm in the City diasaskan oleh Dato Allan Phoon, seorang Ahli perniagaan yang cintakan binatang dan alam sekitar. Selain Farm in the City di Selangor, mereka juga mengendalikan KL Tower Mini Zoo, Phantasy Farm di Port Dickson dan Farm in the City Bentong yang baru beroperasi tidak berapa lama dahulu.
Baca: KL Mini Zoo (KL Tower)
FITC vs Zoo Negara
Ada yang membandingkan FITC dengan Zoo Negara. Farm in the City vs Zoo Negara, yang mana lebih baik.
Pada pandangan kami, perbandingan secara terus antara kedua-dua ini sebenarnya agak kurang adil. Ini adalah kerana walaupun kedua-duanya ada perkaitan rapar dengan penjagaan dan pameran haiwan, tetapi kedua-duanya mempunyai sasaran dan obejktif berlainan.
Zoo Negara atalha tempat pameran haiwan di mana pengunjung hanya boleh melihat dari jauh sahaja. Binatang dikurung di dalam andang masing-masing.
Manakala, di Farm in the City, pengunjung dapat bermesra dengan haiwan di situ. Pengunjung dapat memberi makan haiwan di situ dan merasai pengalaman bersama dengan haiwan yang ada di situ dengan lebih dekat. Di sini juga ada banyak aktiviti lain seperti dapat Menangkap ikan dalam longkang dan sebagainya. Suasana persekitaran pun lain antara keduanya.
Jadi, Farm in the City vs Zoo Negara, yang mana lebih baik? Ia terpulang kepada suasana dan pengalaman yang kalian mahukan.
Waktu operasi
Waktu Operasi
Isnin: 10 pagi – 6 petang
Selasa: Tutup
Rabu – Jumaat: 10 pagi – 6 petang
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum: 9.30 pagi – 6 petang.
Harga Tiket Farm in the City 2023
Berikut adalah harga tiket masuk Farm in the City. Bayaran masuk Farm in the City ini berbeza mengikut kategori umur seperti berikut:
MyKad | Tanpa MyKad | |
Dewasa | 39 | 58 |
Kanak-kanak (bawah 12) | 32 | 48 |
Warga Emas (lebih 60) | 32 | 48 |
Kanak-kanak di bawah ketinggian 90 cm masuk PERCUMA.
Pass Tahunan juga tersedia. Boleh layari laman sesawang Farm in the City di pautan:
Pakej Keluarga
Promosi Pakej Keluarga untuk pemegang MyKad, untuk 2 orang dewasa + 2 orang kanak-kanak, 2 cenderahati dan 2 kotak makanan haiwan, tersedia dengan harga RM132.
Promosi Harga Tiket dan Voucher
Selain menempah tiket secara atas talian di laman web Farm in the City, kalian juga mempunyai pilihan lain untuk membeli tiket. Kadang-kadang laman seb tempahan ini menyediakan promosi harga tiket dengan diskaun tertentu dan voucher bagi pengunjung yang menempah tiket Farm in the City melalui mereka.
Antara laman web yang boleh kalian semak untuk promosi harga tiket dan voucher ialah:
1. Klook.com
2. Pelago.co
Lokasi Farm in the City
Farm in the City Seri Kembangan, Selangor
Alamat: Farm In The City, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan.
Hubungi: 03-8941 3099 / 010-762 7612
Emel: enquiry@farminthecity.my
Peta Farm in the City (Farm in the City Map)
Farm in the City Bentong Pahang (The Bentong Farm)
Alamat:
Lot 5239-6241. Kampung Orang Asli Lebak Batu 3, Jalan Chamang, 28700 Bentong Pahang Malaysia
Peta Farm in the City Bentong (The Bentong Farm Map)
Cara pergi ke Farm in the City
Cara paling senang.. Kalian taip jer alamat di atas ke dalam applikasi waze ataupun google map. Kemudian kalian ikut sahaja arahan daripada aplikasi tersebut. Kalian akan dibawa sehingga ke depan pintu masuk Farm in the City.
Aktiviti di Farm in the City
Beroperasi di kawasan berkeluasan 7 ekar, Farm in the City mempunyai lebih daripada 100 spesis haiwan dari haiwan ternakan sehingga haiwan eksotik, dari dalam maupun dari luar negara. Meskipun Kawasan ini tidaklah terlalu besar, namun ia cyukup untuk melakukakan pelbagai aktivi yang dirancang bersama haiwan-haiwan di situ. Kanak-kanak pasti terraja dengan pengalaman baru mereka berinteraksi secara terus dan dekat dengan haiwan-haiwan yang lepas bebas di situ.
Di sini pegunjung akan dapat memegang dan memberi makan sendiri kepada binatang-binatang di situ. Makanan boleh dibeli daripada Farm in the City. Jika pengunjung membeli tiket pakej keluarga, harga tiket sudah termasuk harga makanan haiwan.
Taman haiwan ini telah dibahagikan kepada 11 habitat:
- Tasik Mood
- Taman Kura-Kura
- Aviari Burung
- Gua Reptilia
- Taman Arnab
- Kampung Haiwan Peliharaan
- Jungle Walk
- Taman Sayur-Sayuran & Buah-Buahan
- Savannah
- Memancing di Longkang
- Kampong Mahmood
Lain habitat lain aktiviti
Setiap habitat ini ada aktiviti yang berbeza yang boleh pengunjung lakukan. Contohnya Memancing di longkang. Pangunjung boleh menangkap ikan-ikan kecil yang terdapat di dalam longkang yang dibina khas untuk aktiviti ini. Sauk untuk menangkap ikan disediakan.
Begitu juga di Taman kura-kura. Pengunjung boleh memberi makan kura-kura di situ dan lihat mereka makan dengan keterujaan dan sukar diungkap dengan kata-kata.
Farm In The City juga turut aktif dalam pelbagai program pendidikan, usaha pemuliharaan haiwan di dalam kurungan, dan penyelidikan yang berkaitan dengan alam semula jadi, pertanian, dan persekitaran.
Farm in the City Review
Rata-rata pengunjung memang berpuashati dengan mengunjungi taman haiwan ini. Jika dilihat Farm in the City review daripada laman web pelancongan, rata-rata memberi rating yang agak tinggi kepada taman haiwan ini.
Baca juga: Strawberry Leisure Farm, Genting Highland
Penutup
Jika kalian mencari tempat untuk bawa anak-anak dan keluarga bercuti, kalian boleh cuba datang ke sini. Pengalaman yang bakal kalian dapat di sini memang jarang terdapat di tempat lain terutama untuk anak-anak yang todak pernah berinteraksi secara berdepan dan dekat dengan pelbagai spesis binatang yang jarang mereka jumpa.
Jika selama ini mereka hanya lihat haiwan-haiwan tersebut di kaca TV, sekarang mereka dapat memegang dan memberi haiwan tersebut makanan. Bayangkan betapa terujanya anak-anak kalian nanti.
Baca lagi: Prasekolah
[…] Tapi buat yang suka ala themepark, Nina rekemen korang bawak family ke Bangi Wonderland kat sini pun happening! Tempat menarik lain di Selangor : FARM IN THE CITY […]