Pengenalan
Terletak di Barat Daya negeri Johor, Tangkak adalah merupakan sebuah daerah daripada 10 daerah yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Ia bersempadan bersempadan dengan negeri Melaka di bahagian utara. Tangkak memiliki kawasan seluas lebih daripada 1,905 kilometer persegi. Ini menjadikannya antara daerah yang terbesar di negeri Johor. Ibu daerah Tangkak ialah Bandar Tangkak.
Daerah Tangkak sebelum ini dikenali sebagai Muar Utara. Daerah ini asalnya adalah bahagian utara daerah Muar yang dipisahkan dengan bahagian selatan oleh Sungai Muar. Daerah ini meliputi bandar Tangkak, Tanjung Agas, Sungai Mati, Kesang, Serom, Sagil, Bukit Gambir dan Kundang.
Lokasinya yang berdekatan dengan kawasan Gunung Ledang (Mount Ophir) yang terkenal sebagai salah satu taman negara terindah di Malaysia menjadikan namanya sentiasa bermain di bibir orang ramai.
Sejarah Tangkak
Daerah ini merupakan sebuah penempatan yang telah lama dibuka. Selepas itu ia dibangunkan oleh Dato’ Muhammad Salleh bin Perang iaitu Dato’ Bentara Luar pada akhir kurun ke-19. Nama asalnya pada masa itu adalah Chohong, kemudiannya ditukar kepada Tangkak.
Asal Usul Nama Tangkak
Chohong (nama lama bagi Tangkak) mula diterokai dan dibuka Orang-orang dari Pagar Ruyung pada abad ke-19. Cohong adalah perkampungan di negeri Melaka yang terletak tidak jauh daripada Tangkak yang telah dibuka pada abad ke 18 sebelum pembukkan Tangkak. Kumpulan yang membuka Tangkak telah menyusuri sebuah anak sungai di hulu Sungai Kesang mudik ke hulu menuju ke arah Gunung Ledang. Di tebing sebelah kiri sungai tersebut terdapat sebuah bukit. Mereka telah meredah hutan yang berpaya menuju ke bukit tersebut dengan merangkak melalui akar-akar dan rotan yang menjalar di hutan berpaya tersebut.
Setelah perkampungan baru (Tangkak) berjaya dibuka, kumpulan peneroka ini sering berulang alik dari tempat baru tersebut ke tempat asalnya Cohong. Apabila diajukan pertanyaan “Engkau duduk tang mana?”, maka dijawab mereka: “Aku duduk tempat tang merangkak sana! Oleh kerana sering disebut perkataan “tempat merangkak” atau “tang merangkak” maka akhirnya diringkaskan menjadi sebutan Tangkak.
Sistem Pentadbiran Moden
Pada tahun 1901, Kerajaan Johor telah mewujudkan sistem pentadbiran moden dan Pusat Pentadbiran di Cohong dipindahkan ke bandar Tangkak. Taraf daerah telah diberikan dan pentadbirannya bergelar Pegawai Daerah. Ketika itu Negeri Johor mempunyai Sistem Pesuruhjaya Kerajaan yang mengetuai pentadbiran daerah yang besar dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir daerah yang kecil.
Selepas perang dunia kedua berakhir, sistem pentadbiran daerah sebelumnya telah diubah. Jawatan Pesuruhjaya Kerajaan telah dihapuskan dan Pegawai Daerah ditugaskan mentadbir Daerah Besar, manakala Penolong Pegawai Daerah mentadbir daerah kecil. Tangkak masih merupakan daerah kecil pada ketika itu.
Daerah Tangkak telah menjadi daerah baru secara rasmi pada 9 Jun 2008. Ia telah dirasmikan sendiri oleh Sultan Johor pada ketika itu iaitu Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail.
Pada asalnya, nama daerah ini ialah daerah Ledang diambil bersempena dengan nama Gunung Ledang yang merupakan gunung tertinggi di negeri Johor. Pada 7 Disember 2015, Sultan Johor ketika itu iaitu Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar telah mengurniakani perkenan nama “Tangkak” sebagai menggantikan nama daerah Ledang.
Jarak Tangkak daripada Kuala Lumpur dan kawasan sekitar
Jarak dari Tangkak ke ibu kota negara, Kuala Lumpur pula adalah lebih kurang 150 kilometer. Tol daripada Kuala Lumpur ke Tangkak melalui Lebuhraya Utara-Selatan (Sungai Besi – Tangkak) adalah RM15.83 dengan menggunakan kereta persendirian. Kedudukan lokasi yang tidak jauh daripada ibukota ini menjadikan destinasi ini mudah diakses melalui rangkaian jalan raya utama.
Jarak antara Tangkak ke Melaka pula adalah lebih kurang 54KM. Jarak daripada Tangkak bedekatan seperti Muar adalah lebih kurang 37KM manakala jarak antara Tangkak ke Segamat pula adalah lebih kurang 51 KM melalui Sagil dan Kebun Baharu.
Penduduk Tangkak
Merujuk kepada Bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Tangkak ialah seramai lebih kurang 163,449 orang dengan kepadatan penduduk 167 orang perkilometer persegi yang dimasukkan ke dalam kategori sebagai taburan penduduk padat.
Majoriti penduduk di daerah ini merupakan kaum Bumiputera yang mana ia mewakili lebih 66 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina dan diikuti India. Lebih daripada lima peratus penduduk merupakan bukan warganegara.
Agama
Majoriti penduduk di daerah Tangkak beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar adalah agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar adalah agama Hindu yang dianuti penduduk berbangsa India. Selebihnya adalah mereka yang menganut agama Kristian dan beberapa agama lain serta tidak beragama.
Tangkak Map / Peta Tangkak
Tempat menarik di Tangkak
Rekreasi / Outdoor
Air Terjun Gunung Ledang Tangkak (Air Terjun Taman Negara Johor)
Salah satu tempat menarik di Tangkak yang sentiasa menjadi tumpuan ramai ialah Air Terjun Gunung Ledang. Air Terjun Gunung Ledang (ATGL) ialah lokasi tarikan pelancongan yang terletak di Daerah Tangkak, Johor. Kawasan ATGL ini berdekatan dengan Taman Hutan Lagenda Gunung Ledang yang telah diwartakan dan diuruskan oleh Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) pada 27 Oktober 2005. Saat ini, kawasan Air Terjun Gunung Ledang (ATGL) bakal dikenali sebagai Taman Negara Johor Gunung Ledang (Air Terjun) dalam rangka pengambil alihan oleh pihak Perbadanan Taman Negara Johor pada 1 Jun 2022 yang lalu.
Kawasan ini merangkumi kawasan rekreasi dan pembangunan seluas 10,353 hektar. Kawasan Taman Negara Johor Gunung Ledang (Air Terjun) ini awalnya dikelola oleh syarikat Mainly Realty Sdn. Bhd. (MRSB) melalui perjanjian penswastaan yang ditandatangani antara MRSB dan Kerajaan Negeri Johor pada 14 Mac 1992, untuk tempoh 30 tahun (berakhir pada 13 Mac 2022) untuk tujuan rekreasi.
Fasiliti / Kemudahan
Di dalam kawasan rekreasi ini, terdapat berbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung seperti kawasan parkir untuk motorsikal, kereta, dan bas. Selain itu, turut disediakan pondok pengawal, surau, kedai cenderamata, kawasan gerai jualan, tempat rehat, gazebo, chalet penginapan, dewan tertutup, kolam renang, kawasan pondok, dan pejabat pengurusan taman. Sebagai kemudahan baru, beberapa unit buggy juga disediakan untuk pengunjung secara percuma.
Perkhidmatan ini khas untuk membantu para pengunjung yang lanjut usia atau kanak-kanak untuk menikmati kawasan rekreasi ini. Buggy akan membawa pengunjung dari pintu masuk hingga ke kaunter tiket, memendekkan perjalanan mereka dan memberi kemudahan yang mesra pengguna.
Kolam Puteri
Kawasan air terjun yang dinamakan Kolam Puteri ini terletak kira-kira 120 meter di atas kaki Gunung Ledang. Perjalanan dari kaki gunung ke Kolam Puteri mengambil masa kira-kira 15 minit, dengan jarak sejauh satu kilometer yang dapat dilalui dengan berjalan kaki. Anda akan menempuh perjalanan melalui trek pejalan kaki yang dikelilingi oleh hijauan hutan yang rimbun. Bagi mereka yang merasa keletihan, ada bangku duduk yang disediakan untuk beristirahat sebelum meneruskan perjalanan.
Gerai Jualan
Terdapat 8 unit gerai jualan yang menawarkan pelbagai makanan, minuman, barangan runcit, dan peralatan rekreasi yang boleh dibeli oleh pengunjung sebelum memulakan aktiviti rekreasi.
Kadar Harga Kemasukan (Harga Tiket Masuk)
Kadar harga kemasukan ke kawasan rekreasi ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Enakmen Perbadanan Taman Negara Johor 1989 (Peraturan-Peraturan Fi Taman Negara Johor 2016) seperti berikut: [Sertakan kadar harga kemasukan yang relevan di sini].
Warganegara | Pelajar / Warga Emas | Dewasa | OKU |
RM3.00 | RM5.00 | PERCUMA | |
Bukan Warganegara | RM10.00 | RM20.00 | Free |
Parkir | Motocar/4×4 | Motorsikal | Bus/Lorry |
RM3.00 | RM1.00 | RM6.00 |
Waktu dibuka
Kawasan Air Terjun Gunung Ledang ini dibuka pada tepat pukul 9 pagi. Jika kalian datang sebelum waktu tersebut, kalian memang tidak akan dibenarkan masuk dan terpaksa menunggu sehingga tibanya pukul 9 pagi.
Penulis pernah ke sini sewaktu cuti sekolah yang lepas. Oleh kerana takut tidak dapat tempat yang best jika datang lambat, penulis telah tiba seawal pukul 8.30 pagi. Akibatnya kami terpaksa beratur panjang dengan kereta masing-masing kerana pagar kawasan rekreasi masih belum dibuka.
Pengalaman di Air Terjun Gunung Ledang Tangkak
Penulis sangat berpuas hati sewaktu singgah di sini. Kawasan semulajadi air terjun yang sejuk dan masih belum tercemar sangat mendamaikan. Deruan air yang mengalir deras menghempas batu menjadi muzik yang mendamaikan telinga seharian di situ.
Jika kalian ingin menikmati kawasan air terjun yang lebih indah, kalian gagahkan diri ke point Kolam Puteri. Di sini lebih indah dan terdapat kawasan air yang lebih luas untuk kalian berendam.
Terdapat juga satu lubang yang dalam di kawasan air terjun ini. Kedalamannya melebihi ketinggian orang dewasa. Pengunjung yang datang kesini biasanya akan mencabar diri turun ke lubang yang dalam ini sehingga ke dasar.
Awas, perbuatan ini agak bahaya. Pastikan kalian tidak mudah gugup dan berani serta pandai berenang jika ingin melakukan aktiviti ini. Jangan lakukannya secara berseorangan. Pastikan ada rakan berdekatan yang bersedia untuk bertindak jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Jadi, jka kalian ke daerah ini dan punya masa yang terluang, amat rugi jika kalian tidak merebut peluang ke kawasan rekreasi Air Terjun Gunung Ledang yang di anggap salah satu tempat menarik di Tangkak.
Tempat makan menarik di Tangkak
Mencari kedai makan paling sedap di tangkak? Senarai yang kami sediakan di bawah adalah senarai tempat makan menarik di Tangkak yang boleh kalian cuba:
Restoran Nasi Ayam Ali
Kepada kalian yang menggemari Nasi Ayam, kalian boleh mencuba menu tersebut di Restoran Nasi Ayam Ali. Restoran ini memang terkenal dengan hidangan Nasi Ayam yang memikat selerai. Jika kalian tidak suka bersesak dengan palanggan lain, kalian datang awal sedikit sebelum aktu makan tengahari. Ini adalah kerana di waktu makan tengahari, restoran ini memang sentiasa penuh dengan pelanggan yang menikmati keenakan hidangan yang disajikan di restoran ini.
Yang menjadikan Nasi Ayam di sini lain daripada tempat lain adalah ayamnya. Ayam yang digunakan untuk hidangan Nasi Ayam ini adalah ayam madu yang mempunyai rasa yang manis dan lezat. Sup cendawan dan sambal buatan sendiri yang sedap menjadi tambahan yang menarik minat ramai pelanggan untuk menikmati hidangan nasi ayam di restoran ini.
Selain hidangan ayam madu, mereka juga menyajikan hidangan ayam blackpepper yang tidak kurang lazatnya. Jika kalian menginginkan hidangan yang lebih ringan, sate di Restoran Nasi Ayam Ali adalah pilihan yang tepat. Dihidangkan bersama nasi impit dan timun, sate ini enak dicicah dengan kuah kacang yang lazat.
Alamat: 1978, Jalan Muar, Kampung Padang Lalang, 84900 Tangkak, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, 12 tengah hari – 9 malam
Warung D’Mampir
Ingin menikmati hidangan tempatan yang tidak hanya sedap pada rasanya tetapi juga mamu bayar? Kalian boleh singgah dan cuba hidangan-hidangan di Warung D’Mampir. InsyaAllah, dijamin anda akan menyukai pelbagai hidangan di sini.
Salah satu hidangan yang paling popular di restoran ini ialah Nasi Lemak. Yang istimewanya, Nasi Lemak di sini disajikan dengan sate sambal sotong. Meskipun berbeza dari yang lain, kelazatannya telah membuatkan ramai menjadi ketagih!
Selain Nasi Lemak, Sate, Bihun Sup, dan Mi Bandung juga tersedia di sini. Semua hidangan yang ditawarkan adalah sangat berharga mampu milik. Yang pasti, tidak melebihi RM 10 pun!
Alamat: Jalan Payamas, Taman Sentosa, 84900 Tangkak, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu & Khamis, 7 pagi – 11 malam
Restoran Ikan Patin Durian Condong
Tidak dapat dinafikan, jika ingin mencuba masakan Ikan Patin terutama Ikan Patin Masak Tempoyak, Temerloh Pahang lah tempatnya untuk mendapatkan hidangan yang lazat tersebut.
Tapi jika kalian bertandang ke daerah ini, ada satu restoran masadan Ikan Patin yang tidak kurang lazat rasanya berbanding dengan yang kat Temerloh. Kalian bleh singnah ke Restoran Patin Durian Condong.
Masakan Ikan patin di restoran ini dikenali sebagai yang terbaik dan telah mendapat pujian dari pelanggan-pelanggannya. Ia juga merupakan ikan patin sungai, yang memang terjamin kesegarannya dan keasliannya.
Pelbagai jenis hidangan ikan patin boleh kalian pilih – masak tempoyak, digoreng rangup, dimasak stim, atau dipais. Kalian boleh pilier Sahara mengikut citarasa kalian. Kami mengesyorkan anda mencuba ikan patin pais. Selain sedap, aromanya yang wangi mampu menggugat selera sesiapa sahaja!
Alamat: Kampung Durian Chondong, 84900 Tangkak, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 petang – 11.30 malam
Restoran DJKR
Jika bercakap tentang Mee Bandung, mesti fikiran akan secara otomatik teringat negeri Johor, terutama Mee Bandung Muar.
Tetapi jika kalian sedang berada di Tangkak, kalian tak perlu pun ke Muar untuk mengecapi Mee Bandung yang lazat walaupun jarak antara daerah ini dan Muar tidaklah begitu jauh.
Di daerah ini sendiri ada restoran yang menyajikan Mee Bandung ala Johor selazat Mee Bandung Muar. Tak percaya? Kalian boleh singnah di Restoran DJKR yang terletak di Taman Ledang. Hampir semua pelanggan yang datang ke sini pasti mencari Mee Bandungnya.
Agak-agak apa sebabnya Mee Bandung di sini begitu digemari dan menjadi sebutan ramai?
Kuah Mee Bandung di Restoran DJKR ini sangat pekat, kaya dengan rasa, dan dihidangkan dengan banyak udang. Pendek kata restoran ini memang tidak kedekut udang. itulah salah satu keistimewaan utamanya.
Selain Mee Bandung, kalian juga boleh mencuba Nasi Ayam. Menu yang berbeza, tetapi sama-sama lazat!
Alamat: Jln Sialang, Taman Ledang, 84900 Tangkak, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang – 2 pagi manakala Ahad 5 petang – 12.30 tengah malam
NMR Briyani Gam
Satu lagi menu hidangan yang sangat sinonim dengan negeri Johor adalah Nasi Briyani Gam. Jika Mee Bandung terkenal di Muar, Nasi Briyani Gam pula sangat dikenali di daerah Batu Pahat
Namun, di sini, ada sebuah restoran yang menyajikan menu Nasi Briyani Gam yang hampir setaraf dengan yang terdapat di Batu Pahat. Kalian boleh singgah di restoran NMR Briyani Gam. Di sini, terdapat beberapa jenis briyani gam yang boleh dicuba, termasuklah Briyani Kambing dan Briyani Ayam.
Kedua-duanya benar-benar sedap! Rasanya semakin “terangkat” jika disantap bersama kuah kari dan papadom. Selain Briyani Gam, restoran ini juga menyediakan hidangan lain seperti Roti Arab yang boleh anda pesan.
Alamat: Jalan Mahkota, Taman Ledang, 84900 Tangkak, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, 7 pagi – 11 malam
Nasi Goreng Udang Selambak
Biasanya kalau sebut Nasi Goreng, kalian mesti rasa ini menu biasa-biasa saja. Kat mana-mana pun boleh dapat.
Ya, betul tu. Tapi kat restoran ni ada hidangan Nasi Goreng udang yang tidak hanya rasanya sedap malah didatangkan sekali dengan udang. Bukan sedikit udangnya, tapi banyak..!
Singgahlah ke Restoran Nasi Goreng Udang Selambak untuk menikmati hidangan tersebut. Nasi goreng yang disajikan dalam sajian besar ini bukan sahaja dapat memuaskan perut, malah rasanya pasti memikat selera. Kalian rugi jika datang bertandang ke Tangkak tetapi tidak mencubanya!
Alamat: 73, Jln Sialang, Kampung Tanjung Batu, 84900 Tangkak, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari, Selasa – Sabtu (12 tengah malam – 12 tengahari, 4.30 petang – 12 tengah malam) manakala Ahad (12 tengah malam – 12 tengah hari) & Isnin (4.30 petang – 12 tengah malam)
Gerai Mee Bandung Muar Sup Tulang Tangkak
Lokasi gerai ini agak strategik. Ini adalah kerana setibanya anda dari bas atau teksi, gerai Mee Bandung Muar Sup Tulang Tangkak sudah pasti akan kelihatan di hadapan anda.
Dari namanya saja, sudah jelas menu-menu yang menjadi kegemaran di sini – Mee Bandung Muar dan Sup Tulang! Mee Bandung yang disajikan mendapat pujian setaraf Mee Bandung di Muar. Betul ke? Kalian kena cuba sendiri.
Alamat: Perhentian Bas & Teksi Tangkak, 84900 Tangkak, Johor
Pirate Corner Tangkak Route 23
Apabila anda mengajukan soalan kepada penduduk di sini tentang hidangan yang popular di daerah ini, pasti Nasi Goreng Ayam Berlada akan menjadi salah satu menu yang terpilih. Kalian boleh mencuba hidangan ini di Pirate Corner Tangkak Route 23.
Ayam berladanya agak pedas namun masih tetap menggugat selera. Selain itu, restoran ini juga menyajikan hidangan lain seperti Nasi Lemak dan Sup Tulang yang tidak terkalah lazatnya.
Alamat: No. 2 & 3 Aras 1, Jln. Anjung Emas, Pusat Perniagaan, Anjung Emas, 84900 Tangkak, Johor
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 3 petang – 12 tengah malam
Roti Canai Terbang Ari Tangkak
Pak Ari ataupun Zahari memang mahir membuat roti canai. Roti Canai beliau simple tapi lembut dan sedap. Lebih istimewa apabila Pak Ari menunjukkan kebolehan menebar Roti Canai sambil melempar ke udara dan menangkapnya kembali.
Selain roti Canai, Warung Roti Canai Terbang Ari Tangkak ini juga menyediakan pelbagai makan lain lagi seperti Nasi Lemak, Mee Bungkus, Soto Kambing, Soto Ayam, Mee Rebus Jawa, Mee Sup, Kari Kambing, Laksa Penang, Roti Arab, Sup Kambing, Sup Ayam, Mee Goreng, Meegun Goreng, Nasi Goreng Cina dan banyak lagi.
Semua makanan di Warung Roti Canai Terbang Ari Tangkak ni dijual dengan harga yang rendah. Jadi kalian boleh mencuba banyak menu di sini tanpa perlu risau akan kosnya.
Alamat: kampong anjung batu jaln seri makmur 84900 tangkak johor 84900 Tangkak, Johor, Malaysia
Waktu Operasi: 4.00 Petang sehingga tengah malam
Banyak lagi kedai makan sedap ataupun restoran best di Tangkak ni. Kami akan cuba update senarai yang disediakan dari masa ke semasa. Cuma untuk menentukan yang mana kedai makan paling sedap di tangkak, itu agak susah sebenarnya. Sebabnya ia bergantung kepada tekak masing-masing. Jadi yang kami sediakan di atas ni adalah kedai makan paling sedap di tangkak mengikut citarasa kami.
Kalian boleh jadikan ia sebagai panduan. Boleh tinggalkan komen di bawah untuk memberikan pandangan kalian. Moga ianya boleh menjadi panduan lebih lengkap untuk pembaca lain.
Durian Tangkak / Tangkak Durian
Daerah ini juga terkenal dengan duriannya. Bila musim durian, terdapat banyak gerai-gerai jualan durian bermacam jenis di gerai-gerai di tepi jalan. Harga pun agak murah berbanding dengan tempat lain.
Durian Hub Tangkak
Jika kalian inginkan pengalaman yang lebih unik dan “rare” lagi, kalian boleh pertimbangkan Durian Hub Tangkak.
Ia ialah salah satu tarikan Agrotourism yang terdapat di Tangkak. Ia merupakan salah satu pengilang dan pengeksport buah-buahan terbesar di Johor, termasuklah durian dan buah naga.
Bagi para peminat durian, kalian dapat menikmati buah durian dengan sepuasnya di sini dan turut belajar cara mengopek durian menggunakan alat yang telah disediakan.
Durian Hub Tangkak: 019-6560202 (Mr Tey)
Alamat: Lot 2038, Jalan Industri, Taman Perindustrian Tiara, 84900 Tangkak, Johor
tips Travel: Kenapa Insurans Perjalanan Penting?
Penginapan di Tangkak
Ada banyak penginapan di Tangkak seperti hotel-hotel murah dan inap desa (homestay). Ataupun kalian mempunyai pilihan untuk menetap di luar bandar Tangkak seperti di Segamat, Muar dan kawasan sekitar. Cuma jika ini pilihan kalian, kalian terpaksa keluar daripada bandar lah.
Berikut adalah antara senarai hotel yang kalian boleh pertimbangkan:
1. OYO 89684 Mawaddah Inn Stay
Status: 2 bintang
Alamat: Lot 865, Jalan Muar, Kampung Anjung Batu, Tangkak Johor
Jarak: 12.21 dari pusat bandar
2. OYO 89617 Selesa View
Status: 2 bintang
Alamat: No 109, Jln Perdagangan 1, Pusat Perdagangan Bukit Gambir, Bukit Gambir, Johor
Jarak: 15.57 dari pusat bandar
3. Remember Hotel
Status: 2 bintang
Alamat: No 4-5, Jln Gambir 5, Pusat Komersil Gambir, Bukit Gambir, Johor
Jarak: 15.78 dari pusat bandar
4. MK Paradise Hotel
Status: 2 bintang
Alamat: No 12, Jln Gambir 6, Pusat Komersil Bukit Gambir, Bukit Gambir, Johor
Jarak: 15.57 dari pusat bandar
Kalian boleh sahaja mencari penginapan di Tangkak ini melalui carian di internet. Ada banyak laman web yang menyenaraikan hotel-hotel dan penginapan di sini ini seperti booking.com, expedia dan lain-lain lagi. Malah kalian boleh terus membuat tempahan melalui laman web tempahan tersebut.
Adalah dinasihatkan supaya kalian boleh merajinkan diri membaca review-review yang ditinggalkan di laman web tempahan tersebut terlebih dahulu. Ini adalah supaya kalian betul-betul berpuas hati dengan bilik dan hotel yang dipilih.
Baca: Tempat Menarik Sungai Lembing, Pahang
Penutup
Tangkak, salah sebuah daerah di negeri Johor adalah sebuah bandar kecil yang dulunya terkenal dengan perniagaan textile. Namun kini setelah perniagaan textile ini berkembang ke negeri dan bandar-bandar besar yang lain, industri penjualan textile tidak lagi hebat seperti suatu ketika dahulu.
Daerah ini jika tidak di teliti seperti tiada yang menarik selain daripada Gunung Ledang. Namun ia sebenarnya banyak tempat-tempat yang boleh dijelajahi. Banyak juga tempat menarik selain Gunung Ledang serta banyak juga tempat makan yang unik dan murah di sini.
Artikel ini memberi sedikit pendedahan tentang Tangkak yang mana kalian mungkin akan meletakkan Tangkak sebagai destinasi pelancongan dalam negeri anda selepas ini.