Tempat dekat memang susah nak pergi
Ada banyak tempat yang bersejarah dan menarik di Sungai Lembing, Pahang untuk dilawati. Tapi aku belum pernah sampai sana. Walaupun tinggal tidak jauh daripada situ. Walaupun aku ada seorang makcik (ibu saudara) yang tinggal di situ.
Ya… aku pernah tinggal di Kuantan sekitar tahun 2005 hingga 2010. Dah siap beli rumah sendiri kat sana. Rumah Semi-D, besar lagi. Namun hajat di hati nak bermastautin di sana terbantut dek kerana isteri aku terpaksa berpindah tempat kerja ke Kuala Lumpur. Solusi terbaik aku pada ketika itu adalah jual rumah tu dan pindah ke KL atau Selangor.
Memang ini perkara biasa. Orang luar memuji tempat menarik di kawasan ataupun kampung kita, tapi kita rasa biasa-biasa je. Macam tempat yang menarik tu bukan istimewa sangat pun.. Dan sebab terasa biasa tu lah, aku tak pernah jejakkan kaki aku ke Sungai Lembing.
Tapi jauh di sudut hati, memang aku nak datang ke sini. Dari dulu lagi sebenarnya. Tapi belum berkesempatan. Dan minggu lepas aku berjaya ke sana bersama 15 orang lagi bloggers daripada Kelab Blogger Ben Ashaari. Syukur sangat diberi kesempatan ini, kerana ternyata pengalaman aku kat sana memang sangat ohsem!!!
Jom aku bawak korang melawat tempat-tempat yang aku rasakan amat menarik di Sungai Lembing dengan entri ini…
Tempat menarik di Sungai Lembing
1. Muzium Sungai Lembing
Aku letakkan muzium ini mendahului senarai tempat menarik di sini bukan hanya sebab ianya adalah tempat pertama yang aku lawati setibanya di tempat ini. Pada aku korang kena datang kemuzium ini dahulu untuk korang dapatkan gambaran apa itu Sungai Lembing dan sejarahnya. Lepas tu barulah korang akan tau sedikit sebanyak tentang keistimewaan Sungai Lembing ini. Haaa barulah best nak explore lagi lepas tu.
Muzium ini di atas bukit letaknya. Mengah jugak nak naik ke muzium ini bagi yang memiliki badan yang agak “sado” macam aku.
Sejarah tentang sungai Lembing yang amat sinonim dengan bijih timah boleh korang dapati di sini. Aku sedikit sebanyak macam bangga je rasa bila tau sejarah sungai lembing ni. Namanya terkenal bukan sahaja di Malaysia malah di mata dunia.
Suatu ketika dahulu ia diibaratkan sebagai ‘El-Dorado Timur’ di negeri-negeri Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Kekayaan dari hasil bijih timah di Sungai Lembing diungkap sebagai “Penyelamat Mahkota Ratu England” akibat dari kemerosotan ekonomi Britain pada masa itu.
~ http://sungailembingmines.com.my
2. Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing
Lombong ini terletak tidak jauh daripada Muzium tadi. Kena pergi lagi tinggi ke atas bukit. Naik bas ataupun kenderaan la. Menapak memang penat la. Aku memang angkat tangan awal-awal mengaku kalah kalau menapak ke sini.
Aku memang terpegun bila masuk ke lombong ini. Kalau sebelum ni aku hanya tengok aktiviti melombong di bawah tanah ni di dalam TV, kini aku tengok yang real punya…! Besar lombong ini!
Kagum aku dengan orang-orang dahulu yang mampu menggali dan mencipta lombong sebegini hebat. Bekas lombong tertua, terpanjang dan paling dalam di dunia. Kedalamannya mencecah 971 meter “2,400 kaki” sehingga dikatakan lombong terdalam diantara syarikat-syarikat galian bijih timah di Asia Tenggara.
Aku sangkakan keadaan panas di dalam lombong ini. Tapi sangkaan aku meleset apabila sebahagian daripada jalan masuk ke dalam lombong ini sangat sejuk dengan angin daripada luar.
Sistem yang dibina oleh pelombong dahulu memang hebat. Mereka tak perlukan kipas angin pun. Lubang yang dibina dengan sistem dan teknik tertentu mendorong angin daripada luar masuk menjadikan sebahagian lorong tersebut nyaman dengan tiupan angin.
Masuk lebih jauh ke dalam, lebih banyak korang akan tau tentang perlombongan bijih timah ni. Di dinding ada terpapar penerangan-penerangan tentang kawasan lombong ini. Korang boleh juga bertanya kepada staf-staf yang ada di dalam lubang/lorong lombong ini.
3. Jambatan Gantung Kolong Pahat dan Noodle Shop
Jambatan gantung ni dengar ceritanya dah berusia ratusan tahun. Tapi ia masih lagi kuat. Ia sememangnya dah jadi laluan biasa bagi penduduk yang tinggal di seberang sungai tu. Orang situ siap kayuh basikal lagi lalu atas jambatan ni.
Tinggi juga jambatan ni. Ia merentasi sungai daripada jalan sebelah sini ke rumah dan kedai seberang sana. Kedai-kedai di sini yang juga merupakan kilang bagi penduduk di sini pula terkenal dengan pembuatan mee.
Mee yang diproses di sini di samping untuk kegunaan penduduk setempat, ia turut diedarkan ke luar Sg Lembing. Mee di sini agak terkenal dari dulu lagi dan mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Di samping itu, kedai-kedai di sini juga ada membuat kuih tradisional dan biskut seperti biskut kelapa dan sebagainya.
Cuma yang aku kurang berkenan sikit kat sini ialah anjing-anjing belaan bebas berkeliaraan. Anjing jinak ini menimbulkan sedikit ketidakselesaan bagi pengunjung muslim.
4. Air Terjun Pelangi
Kembali kepada alam semulajadi…!
Air terjun ini sangat indah. Memang aku jatuh hati sebaik saja terpandang air terjun tinggi yang memutih ini. Jatuhan air daripada puncak bukit tidak terlalu besar menyebabkan ia nampak lembut seperti kapas halus berterbangan. Duduk di bawah air terjun ini best. Terasa tak nak bangun je. Biarkan saja air terjun jatuh ke badan terasa seperti terapi kepada badan. Sejuk dan menyegarkan…
yang istimewanya, percikan halus air terjun ini apabila terkena sinaran cahaya matahari pagi, ia menghasilkan pelangi-pelangi yang indah. Kagum aku… ia sangat indah untuk diabadikan di dalam foto buat kenangan.
Namun untuk menikmati pemandangan yang korang takkan jumpa di tempat lain ini, korang harus berada di kawasan air terjun ini di antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi sahaja. Masa ni cahaya matahari pagi memang memancar terus ke kawasan air terjun untuk bergabung dengan percikan halus air terjun untuk menghasilkan pelangi. Di luar waktu ini matahari dah terlindung oleh bukit dan pohonan hutan.
Untuk sampai ke sini, korang memerlukan pendakian yang tidak terlalu sukar. Lengkapi diri dengan kasut yang sesuai kerana batu-batu di sini agak licin. Pendakian memang penat, tapi percayalah, sesampai saja korang di tempat air terjun ini segala penat lelah korang akan hilang dengan sekelip mata.
Dengan keindahan pelangi yang bakal korang saksikan ditambah pula dengan kesejukan air apabila badan direndam di dalamnya, penat yang korang alami tu hanyalah halangan kecil.
Jika mendaki naik terasa sedikit sukar, turun daripada air terjun ini jauh terasa lebih mudah dan cepat. Tak sempat terasa lelah pun dah sampai ke bawah.
Air Terjun Pelangi ini memang korang rindui apabila korang kembali ke kota.
5. Bukit Panorama
Aku letak di senarai terakhir. Sebabnya kami tak sempat nak naik ke sini untuk melihat pemandangan indah suasana pagi daripada atas bukit ini. Ketinggian bukit ini mencecah 330 meter daripada aras laut dan memerlukan masa selama 40 minit untuk pendakian hingga ke puncak.
Untuk melihat pemandangan terindah di waktu pagi, pendakian mesti dimulakan seawal pukul 6 pagi dan harus sampai sebelum pukul 7. Jika tidak anda hanya dapat menikmati pemandangan biasa sahaja tanpa efek fajar pagi.
XCape Resort Sungai Lembing
Sepanjang pemerhatian aku sewaktu berada di sini, ada beberapa homestay di pekan Sungai Lembing ini. Korang boleh bermalam di homestay tersebut jika itu pilihan korang.
Tapi kalau nak best, korang boleh terus dapatkan pakej daripada XCape Resort, resort tempat kami menginap 2 hari 1 malam bebaru ni. Resort ini paling dekat dengan Air Terjun Pelangi.
Resort yang agak lengkap, siap dengan kawasan tarikannya yang tersendiri seperti sungai yang dilengkapi dengan keseronokan seperti River Slack Lining, Jetty Jump, Fish Feeding, River Tubing, Water Sliding, Stand Up Paddler dan lain-lain lagi.
Jika korang mendapatkan pakej resort ini, korang hanya perlu membayar pakej berpatutan yang ditawarkan.
Segalanya akan diatur oleh pihak resort ini daripada membawa korang daripada pekan ke resort ini dengan pacuan 4 roda sehinggalah segala aktiviti lawatan ke tempat – tempat yang menarik di Sungai Lembing seperti yang tersenarai kat atas.
Penerangan lanjut tentang pakej dan resort akan aku ceritakan di entri susulan. Tunggu ya…!
Komen sohoque
Selepas trip ke Taman Negara tempohari, trip ini adalah antara trip kembali ke nature ataupun alam semulajadi yang paling menarik dan best pernah aku ikuti.
Kepada korang yang nak rasa kepuasan jiwa lari dari hiruk pikuk kota dan kesibukan kerja, aku memang cadangkan korang ke sini.
Bersatu dengan alam sekitar, tanpa talian telefon dan internet, memang membuatkan korang akan terasa hidup korang lebih tenang. Ini boleh menjadi ubat untuk penyakit stress akibat daripada kesibukan kerja dan kekalutan hidup di kota.
Setuju tempat paling menarik utk bersatu dgn alam
kaaan.. teringat masa duduk bawah air terjun tu
Bestnya bamhoq dpt p sana.. Memang hilang stress.. Kalau bujang, dkna pon nak join sama
Dkna Abza recently posted…Cendol Durian Musang King Bentong Tak Sedap!
tu la… tp memang best dkna.. siyes!
Seronoknya percutian nie…..macam nak pergi je
seronok bro… recommended
Repeat. Repeat. Wajib repeat lg ke sini..
YB Shehan recently posted…AKTIVITI KORANG WAJIB BUAT DI SG LEMBING | XCAPE RESORT | KEMBARA KBBA9
jooom
Tiap kali tengok pic air terjun tu, rasa teringin nak pi gak
Mama Kembar 3 recently posted…Kecur Air Liur Teringat Masakan Cina Muslim di Restoran Blue Ginger, Sedap!
Kena pi. Memang ohsem giller air terjun dia