KBBA9 Family Day @ Legend Cherating Beach Resort – Day 1

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Hari ni Jumaat, 18 Ogos 2017, Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) menganjurkan Hari Keluarga lagi. Kali terakhir Hari Keluarga KBBA9 tahun 2017 ialah di Hotel De Rhu Kuantan Pahang. Korang boleh ke entri Hari Keluarga Pertama KBBA9 di Hotel De Rhu untuk baca pasal Hari Keluarga KBBA9 yang sebelum ni.

Agak teruja jugak la aku dengan Hari Keluarga KBBA9 kali ni. Sebab utamanya adalah pemilihan tempat. Kali ni KBBA9 berkerjasama dengan Legend Cherating Beach Resort untuk mengadakan Hari Keluarga KBBA9.

Cherating memang terkenal dengan keindahan pantainya yang memutih dan landai. Jadi bila tahu Hari Keluarga KBBA9 akan dibuat kat sini, terus mood teruja on dengan sendirinya.

Bagusnya hari keluarga ni ialah blogger boleh bawak keluarga sekali pergi bercuti. So boleh la ambik hati anak dan isteri bawak diorang pergi bercuti. Asyik aku jer pergi travel dan tinggalkan keluarga kat rumah, tak best juga. So kali ni diorang pun boleh rasai sendiri pengalaman bercuti bersama.

So hari jumaat tu memang semua orang dalam keluarga aku dah cuti. Isteri dah ambil cuti siap-siap. Iffah aku cutikan dia daripada persekolahan. Ifza pun aku tak hantar ke rumah pengasuh hari ni.

Hari pertama memang tak banyak sangat aktiviti. Check in pun dah petang. So aku tak lah kalut sangat. Bertolak pun dah tengahari ke sana. Dalam pukul 12 tengahari gitu aku bertolak dari rumah.

Jarak Legend CHerating Beach Resort (LCBR) daripada KL kalau memandu kereta sendiri adalah dalam 3 jam pemanduan. Tapi sebab aku pandu secara steady dan berhenti buang air dan minum di pertengahan perjalanan, pukul 4.30 petang jugak aku sampai hari tu.

Sesampai jer di resort ni, kami terus dijamu dengan welcome drinks dan mee goreng buat alas perut. Tempat makan tu betul-betul di atas coffee house dan di depan kolam yang luas tu.

kolam renang Legend Resort Hotel yang sangat best

Dari sini tersergam pemandangan kolam renang yang menjadi kebanggaan resort ni dengan berlatar belakangkan pantai Cherating yang landai dengan pasirnya yang memutih dan laut lepas yang membiru. Perrghhh memang cantik..!

Terus rasa tak sabar nak explore resort ni dengan lebih mendalam. Anak-anak pula memang tak lepas memandang kolam renang tu. Makan pun macam dah tak lalu dah.

Free and Easy

Tengok tentatif petang tu free and easy. Haaa ni lah peluang nak terjun kolam renang..!

Kolam renang

So petang tu, lepas checked in dan angkut beg ke bilik, terus tukar baju renang dan turun ke kolam renang.

kolam renang kat LCBR ni adalah salah satu tarikan pengunjung ke sini***. Kolam terbahagi kepada 3; kolam renang untuk kanak-kanak, kolam renang untuk dewasa dan satu lagi kolam renang untuk dewasa yang mempunyai kedalaman lebih 6 kaki. Kolam renang yang ni kena pakai pakaian renang yang proper untuk mandi.

kolam renang ni agak dalam dan hanya tetamu yang memakai pakaian renang yang sesuai sahaja dibenarkan untuk mandi di sini

Pantai Cherating yang indah

So sempat lah kami ke pantai kejap petang tu. Pantai-pantai di sebelah negeri pantai timur Malaysia memang terkenal dengan pantai yang landai. Selain daripada pasirnya yang memutih, pantai jenis ini juga tidak mempunyai kedalaman yang mengejut. Maksudnya dalam air juga ia landai mengunjur ke tengah lautan. Pantai ini tidak merbahaya untuk mandi jika ombaknya tidak kuat.

Seronok anak-anak main pasir pantai dan mengejar ketam kecil yang menghuni di pantai ini.

ketam kecil macam ni banyak kat pantai ni

Yang bestnya kat sini, kolam renang dan pantai terletak sebelah menyebelah. So kita boleh mandi kolam dan laut dalam masa yang sama.

Cuma kalau nak mandi laut lepas tu nak masuk kolam renang semula, sila pastikan korang bersihkan dulu badan korang kat tempat mandi yang dikhaskan tu. Nanti korang bawak semua pasir pantai tu ke dalam kolam renang.

Senja baru kami naik ke bilik untuk bersiap untuk makan malam pulak. Mengikut tentatif pukul 7 malam dinner bermula. Coffee House LCBR kami tuju. Dinner secara buffet. Dengan perut yang memang dah lapar, kena pulak dengan lauk best dan pelbagai yang disediakan, melantaklah kami mengisi perut.

senja di kolam renang

Hafiz Firefly Tour

Pukul 8.15 malam blogger dah mula bertolak ke Hafiz Firefly Tour yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dengan bas daripada LCBR. Di sini ada disediakan aktiviti melihat keunikan Kelip-kelip di sepanjang Sungai Cherating.

Selesai briefing daripada Hafiz kami menaiki 3 bot kecil menyelusuri Sungai Cherating untuk melihat Kelip-Kelip mengedipkan cahaya dengan pelbagai rentak. Nampak seperti sama tetapi kalau perhatikan kelipan tu memang tak sama.

En Hafiz bagi briefing dulu sebelum naik bot

Kelip-kelip mengeluarkan cahaya sebagai satu cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Mengikut kajian sains, mereka berkelip secara amnya kerana 2 sebab utama:

1. sebagai salah satu cara menarik pasangan masing-masing untuk mengawan
2. Untuk memberi amaran tentang kehadiran musuh dan bahaya bencana alam yang lain.

Apa yang menariknya kadar kelajuan ataupun rentak mereka mengeluarkan cahaya adalah berlainan bergantung kepada apa tujuan mereka. Hafiz antara orang yang faham akan bahasa Kelip-kelip ini melalui pengalaman beliau mengkaji serangga ini selama belasan tahun.

Tolong jangan expect kelip-kelip berkumpul memenuhi pokok dan berterbangan dengan kelipan cahaya yang indah apabila pokok digoyang. Hafiz tidak buat macam tu hanya untuk menarik pelancong datang.

‘Memang kalau buat macam tu pelancong akan dapat tengok Kelip-kelip dengan mudah dan cantik berterbangan ke sana dan ke mari apabila pokok digoyang. Tetapi perbuatan tersebut akan mengganggu kehidupan Kelip-kelip dan lama kelamaan mereka akan berpindah daripada situ”, ujar Hafiz semasa briefing sebelum tour bermula.

jeti untuk menaiki bot

Apa yang menariknya dalam tour ni selain daripada melihat Kelip-kelip berkomunikasi antara satu sama lain dengan bahasa kelipan mereka, kita juga dapat melihat bagaimana Hafiz turut berkomunikasi dengan Kelip-kelip tersebut.

Sesekali Hafiz akan membawa botnya ke sebelah tebing sebelah sana dan mengelipkan lampu khas yang sentiasa dibawa bersamanya. Selepas itu kelihatan kelip-kelip akan berterbangan ke arahnya daripada seberang tebing sebelah sini.

Kelip-kelip ini akan terbang di atas kepala kita yang berada di atas bot kecil di tengah-tengah sungai. Ada yang hinggap di baju dan kepala pengunjung. Masa ni lah kita boleh tangkap Kelip-kelip dengan lembut tanpa mencederakan mereka. Tangkap dan kurung dengan tapak tangan… Korang akan nampak Kelip-kelip bercahaya terang di dalam tapak tangan korang.

Pengalaman ni memang sukar dilupakan dan bukan senang nak dapat moment yang rare macam ni. Seronok…! Serius seronok!

Apa yang lebih istimewa, mengikut ceritanya bukan semua orang boleh buat macam Hafiz, memanggil Kelip-kelip dengan kelipan lampu khasnya. Ada orang lain yang cuba meniru cara ini sebelum ini tetapi gagal menarik perhatian Kelip-kelip.

Banyak yang boleh dipelajari tentang Kelip-kelip dalam tour ini. Pengalaman yang sangat berharga yang takkan dapat di tempat lain. Best…!

Cuma gambar sewaktu berinteraksi dengan kelip-kelip jer tak ada. Sebabnya kami tidak dibenarkan mengaktifkan sebarang gadget yang mengeluarkan lampu yang terang seperti kamera, telefon bimbit dan sebagainya. Perbuatan ini dikhuatiri menakutkan dan mengganggu Kelip-kelip di habitat mereka.

Briefing dan ta’aruf

Dekat pukul 10 malam jugak kami sampai semula di hotel. Kami berkumpul di Dewan Sri Kenanga Hall dan En Meor, Sales Director of Sales and Marketing Legend Cherating Beach Resort membuat sedikit presentation tentang LCBR dan fasiliti-fasilitinya.

Kami kemudiannya meneruskan majlis tersebut dengan sesi ta’aruf untuk berkenalan dengan lebih dekat lagi para bloggers yang ada, terutama yang baru menyertai KBBA9. Selama ini hanya kenal di alam maya. Kali ini bersua di depan mata.

Tamat aktiviti hari pertama. Besok menanti dengan aktiviti yang lebih menarik.

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ