Legend Cherating Beach Resort Memang Best…! Lihat Tentatif Percutian Hari Keluarga Kami Ni Kalau Tak Caya…

Fuuuh sakit badan tak habis lagi ni. Siapa yang follow Abam Hoq kat Instagram (instagram.com/sohoque) dan Facebook abam (fb.com/sohoque) mesti tau apa aktiviti abam hujung minggu baru ni.

Yaa.. Hari Keluarga KBBA9 di Legend Cherating Beach Resort. Satu percutian pendek dalam negara yang sangat best…!

Siapa yang pernah singgah sini? Hotel ni dah lama sebenarnya. Aku pernah 2 kali singgah sebelum ni. Cuma dulu tak ada aktiviti yang menarik macam sekarang.

Legend Cherating Beach Resort (LCBR)

Ni sedikit Info mengenai resort ini:

Legend Cherating Beach Resort terletak di sepanjang pantai yang indah dan menawarkan 205 buah bilik dan suite yang luas dan selesa yang menghadap ke pemandangan taman, kolam renang dan Laut China Selatan yang indah. Setiap bilik mempunyai balkoni peribadi dan sambungan WiFi.

Ada 2 kolam renang besar iaitu Kolam Renang Hijau dan Kolam Renang Biru dengan kedalaman sehingga 6 kaki dan kolam renang kanak-kanak yang menyediakan keseronokan tanpa penghujungnya.

Korang juga boleh bermalas-malasan di pantai berpasir putih di sini, sewa All-Terrains Vehicle @ ATV, menikmati Banana Boat Ride atau Air Head melalui Pusat Mizi Watersports Centre kami, bermain bola sepak pantai, bola tampar pantai dan polo air; Atau cuba kemahiran menembak tepat korang di lapangan memanah.

Coconut Grove Coffee House & Terrace pula menyajikan hidangan tempatan seperti nasi goreng, nasi lemak, sate, mee mamak dan sup ekor serta makanan Cina dan Barat. Deep Sea Beach Bar adalah tempat untuk melepak sehingga larut malam.

Untuk meeting dan events, resort ini mampu menampung sehingga 2,000 tetamu dalam suasana gaya Outdoor Cocktail dan mempunyai beberapa bilik fungsi dan dua buah dewan yang sesuai untuk bengkel, seminar dan makan malam untuk pelbagai kapasiti.

Pencinta alam pasti akan teruja dengan apa yang akan ditawarkan Cherating – menyelusuri sepanjang Sungai Cherating melalui hutan paya bakau pada siang hari dan melihat Kelip-kelip di waktu malam; Dan melihat penyu antara April dan September.

Untuk pelayar ombak (Surfer), Cherating adalah tempat surfing yang dikenali di peringkat antarabangsa dan popular di kalangan pelancong pada bulan November hingga Mac.
~ sumber: http://www.legendresort.com.my/

Tentatif agak padat tapi sangat menyeronokkan. Penat tapi seronok! Wife dan anak-anak pun seronok. Banyak sebab kenapa aku cakap macam tu. Nanti aku cerita secara terperinci lagi dalam ni.

Entri ni hanyalah entri pemanas enjin. Ambil mood dulu. Banyak nak kongsi pasal LCBR ni kat korang. Entri ni aku tempek tentatif dulu.

kolam renang Legend Cherating Beach Resort yang sangat best

Ni dia tentatif daripada hari pertama hingga ke hari terakhir percutian kami di sana:

tentatif asal

Tentatif ini kemudian diubah sedikit di hari akhir untuk memasukkan slot Muck Dive Scuba:

THE PROGRAM

Friday, 18 August 2017

Check-in Afternoon
– Free at Leisure

7.00pm Dinner at Coffee House
8.15pm Depart by bus from Legend Cherating to Hafiz Firefly Tour
8.30pm Briefing by Hafiz
8.45pm Experience Firefly Tour
9.30pm Return to Resort
10.00pm Hotel Presentation at Sri Kenanga Hall
Supper at Coffee House

Saturday, 19 August 2017

6.45am Sunrise Watching
7.15am Breakfast at Coffee House
9.00am Telematch
12.00pm Lunch at Coffee House
2.00pm Depart by bus to visit Keropok Lekor Making
3.00pm Visit Turtle Sanctuary
4.00pm Mangrove Tours in Sungai Cherating
6.00pm Turtle Release at The Legend Resort Cherating
8.00pm BBQ Dinner Pirate Night Theme Party at Deep Sea Beach Bar

Sunday, 20 August 2017

7.00am Breakfast at Coffee House
9.00am Sea Rafting
11.30am Scuba Experience by Muck Dive Scuba
12.30pm Check-out Lunch at Coffee House
1.00pm Hotel Inspection
Depart from Cherating to Kuala Lumpur

So tunggu entri khas untuk hari pertama sehingga hari ke tiga nanti dengan aktiviti-aktiviti yang sangat menarik…

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ