Scoot.. bagi yang biasa travel terutama ke luar negara pasti nama ini tidak asing lagi kepada mereka. Syarikat penerbangan Singapura yang ditubuhkan dalam tahun 2012 ini menjadi salah satu syarikat tambang murah yang beroperasi di Malaysia.
Kini syarikat penerbangan ini telah mengambil langkah lebih kehadapan apabila ia telah bergabung dengan satu lagi syarikat penerbangan Singapura iaitu Tigerair. Dua syarikat yang bergabung tersebut kini dikenali sebagai Scoot.

Antara langkah-langkah yang diambil oleh Scoot untuk menambah nilai perkhidmatannya kepada pelanggan ialah:
1. Melancarkan 5 destinasi baru
Selesai sahaja segala urusan tentang penggabungan termasuk menyatukan laman sesawang, kaunter check in, dan lain-lain, hari ini, 8 Ogos 2017, Scoot telah melancarkan destinasi terbarunya di Malaysia. Jika sebelum ini Scoot telah beroperasi di Ipoh, Kuala Lumpur, Langkawi dan Pulau Pinang, kini ia telah menambah 2 lagi destinasi iaitu Kuching dan Kuantan.
Penerbangan sulung ke Kuching dijadualkan berlepas pada 29 Oktober 2017 manakala penerbangan pertama ke Kuantan pula pada 2 Februari 2018. Penerbangan ke dua destinasi baru ini akan diadakan 3 kali seminggu daripada Singapura.
“Malaysia ialah pasaran yang sangat penting bagi Scoot. Destinasi baharu kami seperti Kuching dan Kuantan akan melengkapi rangkaian penerbangan kami di Asia Tenggara yang sememangnya kukuh. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat, kami akan terus meneroka peluang untuk membawakan pengalaman kembara unik Scoot, yang dinamakan “Scootitude”kepada lebih ramai penumpang di rantau ini.”
~ En. Lee Lik Hsin, Ketua Pegawai Eksekutif Scoot

3 lagi destinasi baru yang bakal diperkenalkan ialah Honolulu (Amerika Syarikat), Harbin (Timur Laut China) dan Palembang (Indonesia).
2. Pakaian seragam baru
Scoot juga memperkenalkan pakaian seragam Scootees (panggilan kepada anak kapal Scoot) yang baru . Warna rasmi pada pakaian baru itu iaitu kuning dan hitam memang menyerlah. Memang terasa mood gembira dan ceria yang cuba disampaikan.
Pakaian ini pada pandangan aku lebih santai dan simple. Senang Scootees nak bergerak ke sana kemari.

Fabriknya juga lebih tebal membuatkan Scootees selesa dan tidak berasa sejuk.
3. Cogankata baru
“Escape the ordinary”
Slogan baru ini menggantikan slogan lama: Get Outta Here! Nikmati yang luarbiasa (escape the ordanary) lebih sesuai dan relevan dengan pasaran global masa kini dan ia seiring dengan pertumbuhan rangkaian Scoot yang serasi dengan naluri untuk mengembara dan meneroka dunia.
Pesawat A320 pertama Scoot juga telah dilancarkan dengan nama Conscius Coupling. Ia sebenarnya adalah pesawat Tigerair yang telah dicat semula dengan warna rasmi Scoot. Pesawat lain Tigerair akan dicat secara berperingkat dan dijangka akan selesai dalam pertengahan 2018.
Haaa ini agak menarik untuk korang.. Sempena meraikan kejayaan penggabungan ni, Scoot menawarkan tambang sehala yang menarik daripada Kuantan dan Kuching.
Korang boleh layarai www.flyscoot.com untuk survey harga tiket bajet daripada Kuantan dan Kuching ke destinasi-destinasi lain.
Ada promosi tau. Taip “MYSCOOT” masa nak bayar tiket FLYBAG dan FLYBAGEAT yang terpilih. Nanti korang akan dapat diskaun RM15. Promosi bermula sekarang hingga pukul 11.59 malam pada 14 ogos 2017.

Ok, ni sedikit info tentang SCOOT
- Sebahagian daripada penerbangan kos rendah jarak sederhana hingga tinggi Singapore Airlines Group
- mula terbang pada Jun 2012
- bergabung dengan Tigerair pada Julai 2017 di bawah jenama Scoot
- mengendalikan 14 pesawat Boeing 787 Dreamliner badan lebar dan 23 pesawat angkatan Airbus 320yang baru dan moden
- 6 lagi pesawat Boeing 787 Dreamliner dan 39 pesawat Airbus A320 sedang dalam tempahan
- kini rangkaian Scoot merangkumi 60 destinasi di 17 negara (tak termasuk Kuantan, Kuching, Honolulu, Harbin dan Palembang
- Scootitude, sikap dan amalan yang murni dan unik oleh Scootees (staff Scoot)
- antara kemudahan yang disediakan oleh Scoot ialah WiFi dalam pesawat, boleh mengecas gajet di tempat duduk
- ada menyediakan sistem pengumpulan mata penerbangan KrisFlyer Singapore Airlines
- telah dipilih sebagai syarikat penerbangan kos rendah terbaik (Asia/Pasifik) oleh AirlineRating.com untuk tahun 2015, 2016 dan 2017.
- dipilih sebagai antara 10 syarikat penerbangan kos rendah terbaik di dunia pada tahun 2015 oleh Skytrax.
Dekati Scoot dengan lebih dekat di:
Laman sesawang : Flyscoot.com
Facebook: facebook.com/flyscoot
Instagram: instagram.com/flyscoot
Weibo: Weibo.com/flyscoot
ingatkan nak ajak travel dengan scooter tadi..
rupanyer naik flight..
simple betul nama dgn uniform diorang.
Haaa nnti senanglah shark nak travel. Ada route dr kuantan
johor takdak ke ? emmmm
Hahaha belum.. sabar ya. Hahaha