Tips Travel: Travel Set Cosmoderm ni sila masuk dalam senarai wajib bawa…

Apa yang perlu dimasukkan dalam senarai untuk travel…?

Dah banyak kali Abam Hoq cakap pasal benda yang wajib abam bawak kalau pergi travel ni. Tak kira lah travel oversea ke ataupun dalam Malaysia jer.

Dulu masa pergi Kyushu, abam pernah cerita tentang Travel Set Cosmoderm ni. Korang boleh singgah entri ni:

Travel Pack Cosmoderm, Set Mesti Bawa Masa Travel

travel checklist sangat penting disediakan sebelum pergi travel

Yang abam maksudkan adalah Travel Set Cosmoderm yang mengandungi losyen dan krim untuk mengelakkan kulit kita kering dan rasa tidak selesa.

Benda ni kalau travel ke luar negara abam kategorikan barang yang wajib dibawa. Sebabnya kat oversea ni cuacanya tak macam di tempat kita. Walaupun cuacanya lebih sejuk daripada tempat kita (merujuk kepada negara sebelah eropah sana) tapi ia tak bermakna nyaman bagi kulit kita. Sejuknya sejuk kering.

Kulit akan menjadi cepat kering sebenarnya di negara bercuaca sejuk tu. Kena pulak kita travel seharian dengan mandi hanya sekali sahaja (kat sana tak mandi sehari dua pun tak busuk… hehehe) dan kurang minum air masak. Ini memang akan menyebabkan kulit kering. Cuba garu pada kulit masa ni. Korang akan lihat dengan jelas kesan putih atas kulit korang tanda ia kering.

Kulit kering ni kalau dibiarkan, sebenarnya akan jadi lebih serius. Sebabnya bila ia kering ia akan memberi tindak balas dengan rasa yang tidak selesa. Perit dan gatal adalah antara masalah yang bakal timbul daripada masalah kulit kering yang tak terjaga ni.

Korang tanpa sedar akan menggaru bahagian badan yang gatal tu. Ini boleh menyebabkan kawasan tersebut melecet dan ini menjurus kepada masalah yang lain pula.

Masalah ini lebih kurang sama jer dengan cuaca Malaysia. Tambah lagi kalau korang travel dan bercuti di tepi pantai. Suasana tepian pantai yang indah dan berangin tu tanpa kita sedar memberikan masalah kepada kulit kita.

membuat aktiviti tepi pantai di bawah terik mentari akan memberi kesan pada kulit tanpa sedar (pic: UmmiNani)

Panas terik cuaca pantai akan menyebabkan kulit menjadi kering dan tidak selesa. Pancaran cahaya matahari terus kepada kulit juga menyebabkan kulit menjadi gelap dan perit terbakar.

telematch family day KBBA9

Solusi kepada masalah kulit kering semasa travel

Solusi yang paling senang. Korang dapatkan jer Travel Set Cosmoderm ni.

Set cosmoderm ni tersiri daripada 3 jenis losyen/krim yang sangat istimewa:

1. Advanced Moisture Therapy Cream

Losyen ni bagus untuk lembutkan bahagian kulit yang keras supaya lembut. Kulit keras seperti bawah siku, sekitar lutut dan tumit sangat sesuai dengan losyen ni.

Siapa yang sering mengalami tumit kaki yang pecah sangat sesuai menggunakan losyen ni. Ia akan melembutkan kulit kasar di tumit kaki dan seterusnya merawat tumit yang pecah.

2. Vitamin E Cream 3,000iu

Krim ini kaya dengan vitamin E. Dengan campuran minyak Rosehip dan minyak Zaitun, ia menjadi lebih efektif dalam melindungi kulit daripada sinar UV. Ia juga mampu kurangkan garis halus kedutan, parut dan kulit kusam.

3. Tea Tree Oil Magic Body Lotion

Ini pula krim yang diperkayakan dengan Lidah Buaya, ekstrak Chamomile dan Minyak Tea Tree. Krim ini sesuai untuk meredakan perit kulit akibat selar matahari seperti di pantai. Kulit yang tak selesa dan kering sangat bagus disapu krim ini.

Selain itu krim ini juga boleh membantu menghalau nyamuk, serangga dan pepijat katil. sangat untuk dibawa mengembara dan aktiviti outdoor.

Alamak dah panjang lebar lak aku cerita. Dah.. pergi beli Travel Set Cosmoderm ni buat standby semasa korang nak travel nanti. Serius… korang takkan menyesal nanti ada set travel ni…!

Kat mana nak beli?

Korang boleh beli online kat website Cosmoderm. Kat Lazada pun ada. Ataupun korang boleh walk in ke Farmasi Vitacare atau AEON Wellness Store. Kat sana ada produk Cosmoderm.

Harga Travel Set Cosmoderm adalah RM60. Jika beli sekarang, korang akan mendapat satu Deep Heat Cream secara PERCUMA. Krim ni sangat sesuai untuk disapukan pada kaki yang lenguh-lenguh. Travel Set Cosmoderm juga dikenali dengan Set Umrah dan Haji.

beli travel set Cosmoderm sekarang (Set Umrah dan Haji), anda akan mendapat Deep Heat Cream secara PERCUMA

Info lanjut?

Boleh singgah link di bawah:

Website: www.cosmoderm.com.my
Instagram: www.instagram.com/cosmoderm
Facebook: www.facebook.com/cosmoderm

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ