Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel Di Musim PKP

Macamana cara simpan duit untuk travel masa PKP ni? Ramai yang nak buat tabung travel dan penuhkan sedikit sedikit, tapi tak ramai yang ada idea nak buat macamana. Tambah-tambah lagi masa covid 19 ni.

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas negeri pun tak boleh, inikan pula nak pergi bercuti. Usahkan nak ke luar negara, nak jalan-jalan cari makan dalam negara sendiri pun tak boleh.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pernah keluarkan kenyataan, yang kita terpaksa hidup Bersama-sama dengan COvid-19 ni sekurang-kurangnya 2 tahun lagi. Mungkin boleh berlanjutan sehingga

Bersabarlah semua.. Itulah ujian kita sekarang. Bukan kita di Malaysia sahaja, malah semua penduduk bumi diuji.

Bukan industri pelancongan sahaja lumpuh, malah banyak industri lain yang terkesan akibat pandemic ini. Apa yang kita boleh buat adalah biasakan diri dengan normal baru. Disiplin dan sentiasa berwaspada perlu sebati dalam diri.

Susun semula perancangan kewangan

Jadi sementara keadaan pulih, bolehlah kita susun semula perancangan kita terutama perancangan kewangan. Perancangan-perancangan yang sudah dibuat seeloknya direview semula mengikut kesesuaian keadaan sekarang.

Yang paling utama, tunai mesti ada untuk terus kita survive dalam keadaan ekonomi yang lembab sekarang. Itu yang paling utama. Di masa ini, siapa yang punya banyak cash dialah raja. Macam-macam benda dia boleh buat dengan bijak mengambil peluang di kala orang lain tidak berduit.

Jadi yang minat travel, di samping mencari pendapatan untuk keluarga, cari juga pendapatan untuk kita ketepikan sebagai tabung travel kita. Kumpul sahaja dahulu. Nanti sampai masa sempadan negara dibuka sebab Covid-19 durjana telah pergi meninggalkan kita, boleh la kita terus melepaskan rindu untuk travel.

Masa tu duit tabung dah banyak. Boleh la rancang untuk travel jauh sikit…!

Cara Simpan Duit Untuk travel Atau pendapatan tambahan masa Covid-19

Yang masih ada kerja dan gaji, bersyukurlah.. Kalian masih punya sumber pendapatan yang tetap. Yang terkesan kerjanya akibat Covid-19 ini, bersabarlah banyak-banyak..! Kalian bukan berseorangan dalam perkara ini. Ramai lagi yang senasib dengan kalian.

Yang pasti itu bukanlah pengakhiran hidup kalian. Ada hikmah yang amat besar disebalik nasib yang menimpa kalian.

Hidup mesti diteruskan demi anak-anak dan keluarga tercinta. Kalian mesti move on. Sedih sekejap sudah. Lepas tu buangkan segala rasa sedih dan bina kekuatan baru dengan perancangan baru.

Antara pendapatan sampingan yang kalian boleh buat dalam masa PKP ini ialah berniaga secara online. Pendapatan ini kalian boleh peruntukkan sebagai salah satu cara simpan duit untuk travel:

1. Jual produk secara online (cara simpan duit untuk travel melalui cara atas talian)

Tak ada produk sendiri tak apa. jual produk orang lain dulu dan ambil komisen. Ataupun kalian boleh juga menceburkan diri dalam bidang jualan produk secara affiliate.

Mengikut statistik yang dibuat oleh syarikat perniagaan atas talian yang besar seperti Lazada dan Shopee, transaksi online pada musim Covid-19 ini meningkat beratus kali ganda berbanding pada hari-hari sebelum Covid-19.

cara simpan duit untuk travel - jual produk secara atas talian
menjadi peniaga online lebih mudah jika ada asas bagaimana orang yang berjaya melakukannya

Dan musim PKP ni lahir ramai peniaga online yang berjaya meraih pendapatan yang lumayan.

Kalau tak ada ilmu perniagaan online, kalian tak perlu risau. Kalian boleh belajar cara berniaga online secara spesifik di Lazada, Shopee ataupun Tik Tok. Kalian boleh dapatkan ebook cara berniaga tersebut dengan ebook-ebook yang ternyata sudah melahirkan ramai usahawan secara online.

Untuk belajar ilmu macamana nak berniaga dengan shopee, kalian boleh rujuk ebook ini:

Cara berniaga di Tik Tok daripada A-Z (klik banner)

Manakala untuk belajar selok belok perniagaan di Lazada pun, kalian boleh refer ebook ini:

Langkah demi langkah berniaga di Lazada (click banner)

Hasil daripada aktiviti promosi dan jualan ini nanti kalian boleh jadikan sebagai salah satu cara simpan duit untuk travel kalian.

2. Penghantar pesanan makan (cara simpan duit untuk travel dengan food delivery)

Yang suka adventure dan punya motosikal pula, kalian boleh mendaftar sebagai penghantar makanan seperti grabfood, lalamove, foodpanda dan lain-lain. Ini pun dapat beri income kepada kalian. Dan ia juga boleh kalian jadikan sebagai cara simpan duit untuk travel kalian

cara simpan duit untuk travel, jadi penghantar pesanan makanan seperti food [anda, grab food, dan lain-lain
gambar hiasan. kalau di Malaysia, Food Panda dan Grab Food adalah pelopor

Ataupun kalian boleh deal direct jer dengan restoran ataupun kedai runcit dan sebagainya untuk jadi runner mereka.

Kalau sehari kalian dapat RM80, 5 hari kerja kalian dah dapat RM400. Sebulan (4 minggu) kalian berkerja dapat RM1600.

Kalau berjimat, banyak juga duit yang boleh masuk tabung travel kalian nanti. Kalau boleh peruntukkan sebahagian besar pendapatan daripada usaha ini ke dalam tabung travel kalian, ia memang jadi cara simpan duit untuk travel yang terbaik ni..!

3. Jadi penulis (cara simpan duit untuk travel sebagai penulis online/offline)

Kalian boleh ambil upah untuk menulis artikel, iklan, menjaga media sosial syarikat-syarikat tertentu dan sebagainya. Orang sekarang panggil ‘ghost writer’ – orang yang ambil upah dengan menulis untuk orang lain tanpa dedahkan diri beliau.

Cara ini cuba dilihat sebagai cara simpan duit untuk travel yang effektif.

cara simpan duit untuk travel, salah satunya adalah dengan menjadi penulis
Ghost writer ataupun penulis upahan menjadi semakin popular di Malaysia

Ini pun boleh buat duit sampingan. Cuma untuk menjadi penulis ni, kalian perlu ada sedikit kemahiran, ilmu dan pengalaman dalam bidang penulisan ni. Kemahiran itu boleh digilap, janji ada minat. Jadi mulakan menulis daripada sekarang.

4. Menceburi bidang perniagaan saham (cara simpan duit untuk travel dengan main saham)

Kalian boleh belajar dan mula main/trade saham. Sekarang banyak kaunter saham yang turun harga. Ini adalah peluang terbaik untuk yang tahu selok belok pasal saham untuk mula memasuki pasaran.

Maksudnya kalian boleh beli saham-saham tersebut dengan modal yang rendah. Kalian carilah kaunter saham yang jatuh harganya di bawah nilainya yang sebenar untuk kalian beli.

Kalian joinlah group saham yang banyak ada kat channel telegram dan whatsapp tu. Carilah group yang betul-betul tau pasal market share ni. Cari group yang turut disertai oleh para remisier untuk ambil nasihat mereka tentang kaunter yang bakal kalian beli.

Untuk permulaan kalian boleh beli dan baca dahulu ebook ni:

ebook asas memulakan perniagaan saham (klik banner)

Ia adalah ebook asas macamana nak mulakan trading saham.

cara simpan duit untuk travel dengan meibatkan diri dengan jual beli saham
ebook asas saham oleh Abang Ensem yang diberi sekali dengan pembelian Listing Saham Terkurang Nilai

Bisnes saham ini jika tahu ilmunya, dan kena pada masanya ia bukan sahaja boleh jadi sebagai alat ataupun cara simpan duit untuk travel kalian, malah boleh jadi income utama kalian. Namun kalian perlu ingat.. Tiada yang mudah dalam apa jua bisnes sekalipun. Ilmu, usaha secara istiqamah itu k=adalah kunci utama..!

Baca juga: Travel Checklist yang penting untuk kalian buat sebelum memulakan travel

Hadam.. Kemudian mulakan usaha!

Ok lah. Abam Hoq bagi yang ni dulu untuk kalian hadam macamana nak cari duit sampingan untuk kalian menabung untuk mengisi tabung-tabung kewangan yang kalian bina tu. Cara simpan duit untuk travel yang dinyatakan akan membantu mempercepatkan tabung travel kalian penuh kerana ia menjadi sumber pendapatan sampingan kalian selain daripada duit yang kalian dapat daripada pekerjaan hakiki kalian.

Idea ni bukan sesuai dengan semua orang. Dan idea bukannya idea yang kalian boleh ikut kemudian duduk sahaja goyang kaki tanpa buat apa-apa. Usaha itu wajib ya..

Ok. Hingga ke entri seterusnya.. Bye..!

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ