Tips Travel: Travel Checklist, Ada Ni Travel Korang Akan Lebih Mudah

Dulu…

Dulu kalau nak travel, mesti aku macam gelabah semacam. Semakin dekat tarikh travel semakin gelabah pulak aku jadinya. Duk fikir apa barang nak bawak lah. Takut barang-barang yang nak bawak tertinggal lah… Memacam. Macam serabut jer otak…!

Kini…

Sekarang kalau nak travel pun aku rileks jer. Just fikir pengalaman yang bakal aku alami nanti jer. Ni 2 hari lagi nak ke New Zealand. Tapi satu apa pun aku tak buat lagi.

Dulu masa nak ke Balkan, Flight petang… Pagi tu baru aku berkemas. Tapi aku dah siap asingkan baju dah la sebelum tu…

Tapi aku tak kalut. Sebabnya aku dah tahu apa yang nak aku bawa nanti. Aku dah yakin barang-barang yang bakal aku bawak nanti takkan tertinggal kat rumah punya.

Travel Checklist

Sebab apa aku yakin sangat? Sebab aku buat Travel Checklist. Benda ni dah lama aku amalkan. Bukan saja nak travel ke luar negara, nak travel balik kampung masa cuti pun aku ada checklist ni.

Checklist ni sangat menyenangkan kerja aku. Sebabnya aku dah fikirkan senarai barangan yang nak dibawa tu awal-awal lagi. Aku tulis kat dalam smartphone aku siap-siap. Dekat nak travel nanti baru aku sediakan apa yang tersenarai dalam checklist tu.

3 Kelebihan sediakan Travel Checklist

1. Jiwa tenang

Haaa memang tenang.. Tak gelabah langsung. Sebabnya daripada awal lagi aku dah tau apa yang nak dibawa. So aku akan pastikan yang barang-barang dalam senarai tu ada. Kalau tak ada, aku akan pastikan ianya ada sebelum pergi travel. Contohnya beli baru ke…

2. tak ada barang yang tertinggal

Bila ada checklist macam ni, peluang kita nak tinggalkan barang yang wajib dibawa amat tipis. Sebabnya kita akan berulangkali periksa list tu.

3. Kehidupan sebelum pergi travel berjalan seperti biasa

Hidup kita akan diteruskan dengan normal. Tak perlu terlalu memikirkan tentang travel nanti.

Macam aku sekarang. 2 hari lagi nak fly, aku rileks jer fikir jalan untuk cari duit untuk top up duit yang ada. So kat sana nanti panjang sikit langkah kalau ada duit lebih. Yang ada sekarang hanyalah bajet untuk masuk themepark dan makan jer. Nak jugak cari bajet untuk shopping…!

Aplikasi smartphone untuk Travel Checklist

Aku memang tak suka tulis pada kertas. Sebabnya nanti entah kat mana aku letak kertas tu. Lebih-lebih lagi kalau sediakan senarai tu awal-awal.

So aku install aplikasi kat iPhone aku. Bersepah aplikasi untuk Travel Checklist ni. Taip jer kat App Store atau Play Store keyword travel checklist. Banyak yang tersedia untuk korang install. Nak yang berbayar ada, yang percuma pun ada.

travel checklist New Zealand aku yang aku buat awal-awal lagi

Setakat ni aku guna abcNotes. Best jugak aplikasi ni. Ada beberapa template percuma yang dia bagi. So aku tulis jer kat situ. Nanti bila aku dah masukkan barang tu ke dalam beg, aku akan tickkan di sebelah senarai tu. Mudah…!

Galakkan anak untuk buat Travel Checklist

Anak aku memang aku educate diorang buat checklist sendiri. Setiap orang aku nak satu checklist sebelum pergi travel. Ini aku nampak sangat berguna untuk Iqbal, anak sulung aku yang tinggal di asrama.

Dengan checklist yang dia buat, dia dah tak tertinggal dah barang-barang untuk dibawa balik ke rumah atau ke sekolah. Dia pun lebih sistematik dalam bab ni.

Aku percaya korang pun ada buat checklist macam ni. Kalau belum buat korang cuba buat. Korang akan pantas rasai ketenangan fikiran sebelum korang travel.

Baca Juga: tips travel bawa beg naik flight

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ