Sabah memang indah
Bagi Abam Hoq, antara negeri di Malaysia yang ingin Abam pergi lagi berulangkali ialah Sabah. Kenapa? Sebab Sabah Negeri Di Bawah Bayu ni sangat best. Banyak tempat yang boleh dilawati. Di Kota Kinabalu sendiri banyak tempat yang boleh dinikmati keunikannya.
Makanan lautnya yang murah dan banyak pilihan banyak di Kota Kinabalu. Abam suka makan di restoran berhampiran dengan pasar besar tu. Ada ada banyak restoran tepi laut tu. Pilih jer nak makan apa, semuanya ada di sini. Malah makanan laut yang tak pernah Abam tengok di semenanjung juga ada di sini.
Di Sabah, ada Kundasang. Yang belum pernah pergi ke luar negara seperti New Zealand dan sebagainya, datang ke Kundasang ni semacam ‘teaser’ untuk ke New Zealand. Keindahan Kundasang memang memukau mata. Dengan pemandangannya yang menghijau berlatar belakangkan Gunung Kinabalu, dengan iklimnya yang sejuk seperti berada di negara 4 musim, layaklah Kundasang ini digelar New Zealand Malaysia.
Sabah juga kaya dengan pulau-pulau yang cantik yang menjadi dambaan peminat alam semula jadi. Pulau-pulau di Sabah ni tersenarai di dalam antara pulau tercantik di dunia.
Pengalaman ke Sabah
Abam pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah pada September 2019 yang lalu iaitu seminggu sebelum Abam ke Turki. Masa ni saja bercuti bawa keluarga sekali. Sebabnya nanti ke Turki, Abam pergi atas lesen kerja, jadi tak dapat nak bawak diorang.
Lama dah nak datang Sabah ni sebenarnya. Tapi masa belum mengizinkan sehinggalah bulan Disember tahun lepas.
Untuk itinerary Trip Sabah kali ni, kami dah plan, sesampainya kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kami akan terus ke Kundasang. Flight kami sampai di Airport Kota Kinabalu lebih kurang pukul 5.15 petang (kami daripada Kuching Sarawak setelah menghabiskan 3 hari explore Kuching).
Buat pengetahuan korang, di Sabah ni bukan macam di semenanjung. Di sini malamnya lebih awal. Di sini pukul 5 petang tu dah hampir senja. Jadi untuk yang pertama kali ke sini, nak pergi ke Kundasang tu agak mencabar.
Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih 2 jam juga. Dah la tak biasa dengan jalan ke sana, hari juga beransur gelap. Jadi kami tak berani nak ambil risiko untuk memandu sendiri. Kami tau ada banyak pengusaha kereta sewa di Kota Kinabalu ni. Cuma kami tak tau nombor telefon untuk menghubungi mereka.
Nasib baik ada rakan kami di Sabah yang suaminya buat part time membawa pelancong di Sabah. Jadi kami bayar beliau untuk bawa kami ke Kundasang selama 3 hari. Kami dah berurusan sebelum sampai Sabah lagi.
Alhamdulillah, puas hati keluarga Abam dapat menikmati suasana sejuk dan indah di Kundasang. Kami pasti akan datang lagi nanti.
Kereta sewa, perkara yang korang wajib setelkan sebelum ke Sabah.
Apa yang Abam nampak, antara perkara yang korang perlu beri perhatian apabila bertandang ke Sabah ni ialah tentang pengangkutan. Sebabnya tempat-tempat yang menarik di Sabah ni bukannya dekat-dekat antara satu sama lain. Dan korang kena pergi ke tempat-tempat tu kalau dah alang-alang sampai di Sabah.
Rugi kalau tak cover semua tempat. Sebabnya tak tau lagi bila pulak korang akan diberikan kesempatan untuk bertandang ke sini lagi.
Jadi apa yang korang kena buat ialah korang kena kenalpasti dan simpan nombor telefon pengusaha kereta sewa di Kota Konabalu Sabah untuk dihubungi jika korang ke sana kelak.
DAENG CAR RENTAL & TOURS (Daeng)
Kalau tanya Abam, Abam recommend korang berurusan dengan Daeng Travel. Ia adalah salah satu Agensi Perlancongan yang telah berdaftar dengan MOTAC , MATTA dan MITA (Lesen KPK/LN : 8529). Ibu Pejabat Daeng Travel adalah di Kota Kinabalu Sabah. Daeng Travel juga mempunyai cawangan di Semporna, Tawau, Sandakan & Ranau.
Selain agensi pelancongan, di bawah DAENG CAR RENTAL & TOURS (Daeng), ia juga menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang terbaik untuk memudahkan percutian korang.
Abam senaraikan 5 sebab kenapa korang perlu pilih Daeng:
1. Menawarkan harga yang murah dan promosi
Apa yang bestnya dengan Daeng Car Rental & Tours ni, harga yang ditawarkan kepada korang sangat berpatutan dan ia juga biasanya ada promosi yang luar biasa.
Berikut adalah Promosi yang mereka tawarkan untuk tahun 2020 ni:
- Diskaun 5% dalam sewaan 3hari dan keatas.
- Harga Promo 2020
- Voucher code TAHUN 2020 sebanyak RM20
- Cashback RM20 semasa menerima kenderaan – staff Daeng akan menerangkan jika berkelayakan dan bagaimana cara mendapatkan Cashback tersebut.
Fuuuh untung korang yang pergi Sabah tahun ni. Kalaulah Abam tau pasal Daeng ni masa pergi dulu alangkah bestnya.
Korang nak tau apa kereta yang korang boleh sewa? Ni Abam bagi senarai harga kenderaan dan harga sewaannya:
Jenis Kenderaan | Harga Asal (seharian) | Harga Promo 2020 | Diskaun 5% (3 hari sewaan) |
Viva 1.0 (A) or similar | RM105.00 | RM95.00 | RM270.00 |
Axia 1.0 (A) or Similar | RM115.00 | RM109.00 | RM310.00 |
Saga 1.3 (A) or Similar | RM125.00 | RM119.00 | RM339.00 |
Myvi 1.3 (A) or Similar | RM125.00 | RM119.00 | RM339.00 |
Bezza 1.3 (A) or Similar | RM145.00 | RM129.00 | RM367.00 |
Myvi 1.5 (A) or Similar | RM155.00 | RM139.00 | RM396.00 |
Alza 1.5 (A) or Similar | RM185.00 | RM159.00 | RM453.00 |
Persona 1.6 (A) or Similar | RM195.00 | RM169.00 | RM481.00 |
Vios 1.5 (A) or Similar | RM210.00 | RM179.00 | RM510.00 |
Exora 1.6 (A) or Similar | RM235.00 | RM190.00 | RM541.00 |
Honda City 1.5 Or Similar | RM245.00 | RM199.00 | RM567.00 |
Avanza 1.5 (A) or Similar | RM235.00 | RM209.00 | RM595.00 |
Innova 2.0 (A) Or Similar | RM289.00 | RM239.00 | RM681.00 |
Van Hiace 2.5 (M) & Van Urvan (M) | RM300.00 | RM259.00 | RM738.00 |
Hillux 3.0 (A) or Similar | RM380.00 | RM299.00 | RM852.00 |
Fortuner 2.5 (A) or Similar | RM550.00 | Rm500.00 | RM1425.00 |
Starex 2.0 (A) or Similar | RM580.00 | RM559.00 | RM1593.00 |
Vellfire 2.4 (A) Or Similar | RM900.00 | RM0.00 | RM0.00 |
2. Staff yang peramah
Staff Daeng ni memang professional. Korang akan dilayan dengan sebaiknya jika berurusan dengan mereka. Tidak lokek dengan senyuman, korang pasti akan terasa dihargai
3. Kenderaan sentiasa bersih dan baru apabila delivery
Kita kalau sewa kenderaan, kalau boleh nak condition yang tip top. Kereta berbau dan kotor memang boleh rosakkan mood travel.
Dengan Daeng korang tak perlu bimbang pasal ni. Korang tunggu jer di tempat yang dijanjikan. Kenderaan yang dihantar pasti terbaik dari segi kebersihannya.
4. Berdaftar dengan MOTAC (Lesen KPK/LN : 8529)
Yang ni Abam Hoq suka. Sebabnya Abam sendiri terlibat dengan Agensi Pelancongan. Kalau nak pilih agensi pelancongan atau yang sewaktu dengannya, kalau boleh pilihlah syarikat yang berdaftar dengan MOTAC. Sebabnya apa-apa yang berlaku nanti korang ada tempat untuk mengadu.
Sekarang ni banyak sangat kedengaran kes-kes penipuan pakej pelancongan dan sebagainya. Biasa syarikat yang ada lesen di bawah MOTAC ni payah nak menipu. Sebabnya mereka syarikat yang agak stabil dan benar-benar nak buat bisnes.
Nak dapatkan lesen dengan MOTAC bukan senang juga tu. Ada syarat-syarat yang perlu diikuti dan bayaran tahunan yang bukan sedikit.
5. Paling penting, rescue team yang cekap
Daeng sentiasa bersiap siaga untuk perkara-perkara kecemasan. Jika ada berlaku kecemasan dalam travel korang, mereka ada rescue team sendiri yang pantas bertindak untuk menangani keadaan yang berlaku.
Jadi korang tak perlu rasa risau kalau berlaku apa-apa masalah seperti kerosakan kenderaan dan sebagainya.
Review daripada pelanggan Daeng:
Servis yang bagus. Kereta baru dan bersih. Semua ni menolong melancarkan perjalanan saya ke Kundasang. good job daeng car rental & tours
~ Effa Rozaini
Banyak lagi komen positif dan recomendation daripada individu yang pernah menggunakan perkhidmatan kereta sewa Daeng ni. Korang boleh baca kat sini
Cara tempahan
1. Korang masuk ke laman web Daeng:
2. Buat pencarian kereta sewa korang di ruangan yang disediakan.
3. Buat tempahan dengan hanya bayaran deposit rm50/100.
Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi hotline mereka – Car rental : 0143557102 (Asrul)
Sekarang korang dah tau pasal Daeng ni. Jadi korang boleh simpan contact no mereka ataupun korang bookmark entri ni untuk rujukan korang jika korang ke Sabah nanti.
5 sebab yang abam bagitau tadi adalah sebab terbaik kenapa korang perlu menggunakan perkhidmatan kereta sewa Daeng yang terletak di Kota Kinabalu Sabah ni.
Moga perkongsian ini memberi manfaat dan memudahkan trip ke Sabah korang.