Kembara #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS ke New Zealand – Yeszaaa..! Harinya Telah Tiba..!

Ginilah kalau satu-satu plan travel tu kita dah rancang awal. Sementara nak sampai kepada tarikh travel tu memacam perasaan ada. Memula teruja dan tak sabar. Lepas tu macam boring lak. Rasa tak semangat nak pergi pun ada kadang-kadang tu. Sehinggalah seminggu sebelum tarikh berangkat. Barulah perasaan teruja tu datang kembali.

Memang gitu yang aku rasa. Tak tau lah korang rasa macam aku ke tak.. Aku ambil contoh kembara ke Kyushu Jepun. Trip ni memang dah tahu sebulan dua sebelum travel. Perasaan? Macam aku cakap tadilah. Macam graf pasaran saham pulak. Kejap turun, kejap naik. Sehinggalah seminggu sebeum tarikh berangkat tu, barulah semangat giller nak pergi.

Berlainan Kembara Europe dan Balkan aku. Aku dapat offer daripada Agensi Travel Flyworldtravel 2 minggu jer kot sebelum ikut trip ke Europe. Perasaan teruja tu tak sempat nak jatuh sebab duk asyik cari pakaian yang sesuai untuk dipakai kat sana yang berlainan cuaca. 12 hari kembara ke Europe. Balik sempat berehat 2 minggu jer sebelum aku ditawarkan lagi oleh agensi yang sama utnuk ke Balkan. Trip pun memang teruja sepanjang masa kecuali masa nak pergi tu agak down sikit. Sebabnya Ifza, anak aku yang bongsu sedang sakit. Nasib baik isteri tersayang boleh handle semua. Tabik kat isteri..!

So ni mood New Zealand sedang mengganas di jiwa. Tu la sebab entri ni dah keluar. Ni pun sempat buat entri ni kat atas Flight tadi. Saja buat entri sebab boring duduk dalam flight. Ni transit kat Gold Coast sekejap. So bolehlah publish terus entri ni.

Oh ya.. Sekarang aku, Ben Ashaari, YB Shehan dan Shiqeen Sattar sedang dalam perjalanan menuju Auckland. Flight berlepas daripada KLIA2 lebih kurang pukul 11:15 malam tadi waktu Malaysia. Kembara KBBA9 kali ni ditaja oleh Ikhlas Tour, Cosmoderm, Air Asia dan Samurai Pocket Wifi. Lebih kurang 8 jam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Gold Coast. Transit sini lebih kurang 1 jam sebelum meneruskan kembali penerbangan ke Auckland. Dijangka sampai di ibu negara New Zealand tersebut lebih kurang pukul 6.30 petang nanti waktu New Zealand. Oh ya.. Waktu New Zealand ni awal 5 jam daripada waktu Malaysia tau..

Ok.. Aku share semula ittenarary yang dah dirangka oleh Ikhlas Tours untuk kami di sana nanti. Haaa untuk makluman Ikhlas Tours sponsor penginapan dan kenderaan untuk kami. Sampai Auckland nanti kami akan memandu sendiri ke Hotel/homestay yang telah siap ditempah untuk kami. Nanti aku cerita lagi pasal ikhlas Tours ni sambil-sambil kongsi pengalaman kat sana.

Ittenarary New Zealand (North)

29 Sept – Day 1
18.30 Mendarat di Auckland
Jumpa wakil Ikhlas Tours kat sana
Terus ke tempat penginapan (N1)
*ittenarary yang ni aku rasa berubah sebab dengar cerita bos besar Ikhlas Tours turut berada di Auckland masa ni. So kitorang ambil peluang keemasan ni untuk bersuaikenal dengan En Suhaimi dan Isteri beliau Puan Zakiah.

30 Sept – Day 2
08.00 Auckland -> Matamata (Hobbiton) – 2 jam 15 minit @ 170 KM
11.00 Hobbiton Tour
15.00 Matamata -> Rotorua – 1 jam @ 70 KM
18.00 Bermalam di Rotorua (N2)

1 Okt – Day 3
08.00 Rotorua -> Whakapap – 2 jam setengah @ 180 KM
15.00 Whakapapa -> Taupo – 1 jam setengah @ 100 KM
18.00 Bermalam di Taupo (N3)

2 Okt – Day 4
08.00 Taupo -> Hamilton – 2 jam @ 140 KM
16.00 Hamilton -> Auckland – 1 jam setengah @ 125 KM
18.00 Bermalam di Auckland (N4)

3 Okt – Day 5
09.00 Checkout
10.00 Bersiar-siar di Bandar Auckland
17.00 Ke Lapangan Terbang Auckland
20.30 Bertolak balik ke Kuala Lumpur

So aku tawaqquf sini dulu kejap. Kejap lagi nak sambung penerbangan. Besok punya aktiviti aku cerita besok kalau tak der masalah internet, kalau ada masa, ataupun kalau penyakit M (malas dan mood tiada) tak datang melanda. Hehehe.

Waalaikumussalam.

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ