Kembara #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS ke New Zealand – Day 1

Selamat menjejakkan kaki di Auckland

Alhamdulillah… Kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland lebih kurang pukul 5.30 petang tadi (waktu New Zealand) setelah lebih satu jam transit di Gold Coast.

Daripada saat mendarat sehinggalah kami berjaya melepasi immigresen kat sini mengambil masa lebih kurang satu jam. Kat sini pemeriksaan ke atas pengunjung ke New Zealand amat ketat. Banyak perkara yang diperiksa kat sini.

Antaranya pengunjung yang masuk ke New Zealand tidk dibenarkan membawa masuk makanan seperti ayam, daging dan bahan tenusu. Begitu juga dengan buah-buahan. Mereka benar-benar menjaga perkara ni.

Aku memang tau perkara ni sebab ramai yang dah ke sini cerita pasal benda ni. Sebab tu lah aku dah siap buat senarai barangan makanan yang dibawa. Tak bawa apa sangat pun. Bawak Nasi Goreng Kampung Brahims dan Maggi jer. Serta sedikit biskut. Ini adalah untuk mengurangkan kos makan kami kat sini.

Dah buat listing pun kena cek jugak tadi kat bahagian Bio Security diorang. Diorang nak tengok jugak Nasi Goreng Kampung Brahims ni. Walaupun proses cek barang dalam beg tu tak lama, tapi sebab ramai orang yang diperiksa, proses ni drag sampai 1 jam. Pukul 6.30 petang baru lepas semua.

Ikhlas Tours

En Suhaimi big bos Ikhlas Tours dah sedia menunggu kami kat ruang legar. Memang sempoi habis En Suhaimi ni. Lepas bersalaman terus jadi mesra dan macam dah lama kenal.

En Suhaimi orang Malaysia, berasal daripada negeri Terangganu tapi dah 10 tahun menetap di Auckland. Anak-anak beliau semua membesar di sini. Ikhlas Tours ni agensi travel beliau lah…

Memang konfiden habis travel ke New Zealand dengan Ikhlas Tours ni.
Antara sebabnya ialah agensi ni kepunyaan orang kita yang memang menetap di sini dan memang arif dengan keadaann di sini.

Ikhlas Tours ni menyediakan pakej travel dengan menyertakan sekali penginapan dan kenderaan. Maknanya korang kalau ambil pakej dengan Ikhlas Tours ni, korang boleh drive sendiri kt New Zealand ni.

Jangan bimbang. Memandu kat sini lebih kurang jer memandu kat Malaysia. Malah pemandu kat sini lebih berhemah dan menghormati pengguna jalan raya yang lain mengikut penerangan ringkas En Suhaimi tadi.

big boss Ikhlas Tours, En Suhaimi yang sempoi

Kenderaan..? Jangan bimbang. Semua kenderaan yang di sediakan adalah tip top. Kami dapat Toyota Estima yang serba mewah untuk trip kali ni. Best..!

Tak tau nak tuju ke tempat menarik kat New Zealand ni? Jangan bimbang. En Suhaimi akan terangkan satu persatu secara terperinci tetang ittenarary yang beliau rangkakan untuk korang yang ambik pakej mampu milik Ikhlas Tours.

Ben Ashaari menyampaikan cenderahati TShirt Kembara KBBA9 kepada En Suhaimi

Korang akan dibekalkan dengan GPS yang dah siap disetting dengan tempat-tempat yang bakal korang singgah. Cari jer dalam GPS dan ikut jer arah yang dicadangkan oleh GPS.

Nak tau details pasal Ikhlas Tours, korang boleh picit link:

Airport Gold Star Motel

Inilah tempat bermalam kami pada malam ini. Jaraknya dekat jer dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland ni. Kalau tak silap dalam 5 minit pemanduan jer daripada airport.

Motel ni lengkap dengan dapur untuk memasak. Kalau korang nak jimatkan kos makan semasa trip korang ke sini, korang boleh lah masak sendiri. Alaa masak simple-simple jer. Tak perlulah nak masak macam kenduri bagai tu. Korang dalam trip kot. Hehehe.

Alhamdulillah… Dinner kami malam ni disediakan oleh En Suhaimi. Jimat bajet makan malam ni

Tak perlu risau tentang pemilihan hotel dan tempahan. Semuanya Ikhlas Tours yang uruskan kalau korang ambil pakej dengan diorang.

Kami sampai motel yang boleh memuatkan 6 orang penghuni ni tadi dah dekat nak waktu Maghrib. Sempat la solat Zohor dan Asar secara Jamak Ta’khir. Rehat kejap terus masuk waktu Maghrib. So kami selesaikan terus kewajipan solat Maghrib dan Isyak secara jamak takdim. Lega rasanya dan setel kewajipan utama ni.

Lepas solat semua ni lah En Suhaimi bagi penerangan tentang seluruh ittenarary yang bakal kami tempuh. Hilang segala kemusykilan dan rasa cuak untuk memandu sendiri di tempat orang. Masa ni lah korang boleh tanya beliau apa-apa soalan tentang trip korang.

Bersiar di Bandaraya Auckland

Selesai mandi semua, kami mengambil keputusan untuk test drive Estima dan GPS dengan bersiar-siar di bandar Auckland sambil mengambil gambar-gambar cantik di sekitar bandar.

Malang sikit nasib kami malam ni sebabnya banyak jalan yang sedang dibaiki. Tempat parking yang dibawa oleh GPS banyak yang tak dapat diakses sebab jalan tersebut. So kami ambil keputusan round-round dengan kereta jer la.

Tak per lah. Objektif pertama iaitu test drive Estima dan GPS kiranya berjaya lah jugak.

Bandar Auckland ni tak sibuk sangat. KAlau bandingkan dengan KL, KL lagi sibuk. BAngunan pun tak banyak yang tinggi macam KL. Kehidupan kat sini aku tengok lebih tenang berbanding KL.

Dah puas pusing bandar kami pun balik semula ke motel. Aku sempat sediakan secangkir kopi panas yang Ben Ashaari bawak dari Malaysia dan bukak Laptop uzur aku ni. Lepas ni aku bercadang nak tukar kepada Laptop baru pulak. Balik trip ni terus kerja kuat untuk dapatkan hajat aku ni.

Lalu terhasillah entri untuk hari pertama ni…

Poket Wifi Samurai by Visiondata

Internet…? Kat motel ni ada disediakan akses internet. Tapi alokasi untuk seorang penyewa hanyalah 200mb. Aku bukak semua media sosial dan jawab komen rakan-rakan dalam tu pun dah habis.

So aku try onkan pocket wifi Samurai yang kami bawak daripada Malaysia. Haaa ok la. Boleh tahan la kelajuannya. Bolehlah nak download dan upload gambar-gambar ni semua.

Walaupun quota internet yang diberi hanyalah 500mb sehari, tapi kalau korang tak guna kaw-kaw, ia mencukupi untuk korang berinteraksi dengan rakan-rakan korang di media sosial tu..

Nak tau lanjut korang picit link Pocket Wifi Samurai ni:

 

Sebab aku tak plan untuk cerita details pasal Poecket Wifi Samurai dalam entri. So korang bacalah sendiri kat situ sementara tunggu aku buat entri khas review Pocket Wifi Samurai ni.

Cosmoderm

Ok lah aku nak beradu dah. Sebelum tido aku kena sapukan krim Vitamin E Cosmoderm yang aku selalu bawak masa travel ni. Gunanya adalah untuk melembabkan kulit yang kering. Bibir yang kering merekah pun boleh disapukan krim Vitamin E ni.

 

Kat sini walaupun sejuk tapi cuacanya sejuk kering. Walaupun sejuk, kulit kita boleh jadi kering yang menyebabkan kita akan rasa tak selesa dan gatal-gatal.

So aku stop sini dulu. Besok kalau tak der aral aku kongsi pengalaman seharian aktiviti besok pulak. Besok sebenarnya adalah saat yang aku tunggu-tunggu selama ni. Melawat Hobbiton Vilage, tapak pengambaran filem The Hobbits dan Lords of The Ring… Welcome to Middle Earth…

Adios..!

799 total views, 3 views today

6 Comments

  1. umminani September 29, 2017
    • sohoque September 29, 2017
  2. mas saari September 30, 2017
    • sohoque September 30, 2017
  3. azni November 3, 2017
    • sohoque November 3, 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: