Kembara #KBBA9 COSMODERM – IKHLAS TOURS ke New Zealand – Day 3 | Blue Lake – Tarawera Lake – Kuirao Park – Agrodome – Huka Falls – Taupo Lake

Hari Ke tiga…

Tujuan utama aku ke New Zealand (NZ) sebenarnya dah tercapai… Aku dah jejakkan kaki ke Hobbiton Movie Set di Matamata. Hahaha… Tempat-tempat lain yang aku singgah lepas ni dah jadi bonus dah bagi aku..

tercapai juga akhirnya cita-cita aku nak sampai sini

So hari ni bangun seperti biasa. 5.30 pagi diorang ni dah kejutkan aku. Tidur nyenyak semalam. Kat sini sejuk. Kena pulak Puan Dianna bagi aku selimut khas yang tebal malam tadi. Syiok giller tidur… Bab bangun pagi ni memang tiada masalah sepanjang trip ni. Si SS dan Shehan ni memang bangun seawal mungkin. Nak bersolek tu ambik masa lama. So baguslah diorang ni bangun awal. Diorang dah jadi macam jam loceng gitu. Hahahah…

Tapi kalau tak der diorang pun ok. Si Ben Ashaari ni bangun awal. Subuh memang tak missed. Dah banyak kali gak aku berkelana dengan beliau. Antara trip yang pernah aku sekali dengan beliau sebelum ni adalah Trip ke Taman Negara, Trip ke Sungai Lembing, dan Trip ke LifeCo Phuket. Bab bangun pagi memang dia ni tak der masalah. Pukul 7 tu memang beliau dah siap mandi, berpakaian lengkap dengan kamera dah untuk shoot suasana pagi. So bab terlewat bangun pagi aku memang tak takut.

Sarapan di BnB Rasa Sayang

Pagi ni kami bersarapan di BnB Rasa Sayang. Awal-awal lagi En Jeff dan Puan Dianna sediakan breakfast untuk kami. Ada roti sapu, jem, yogurt, buah-buahan.. Breakfast sihat yang cukup mengenyangkan. Malah roti sapu jem tu kami siap tapau buat bekal untuk ke Taupo pagi ni.

sosej ni memang terbaik.. Sedap sangat..!

Sebenarnya ittenarary kami dah berubah sedikit. Sepatutnya petang semalam kami dah ke Taupo. Tapi oleh kerana banyak lagi tempat menarik kat Taupo ni yang belum kami lawati, En Suhaimi cadangkan kami habiskan masa melawat tepat-tempat di Rotorua dulu sebelum ke Taupo.

Tempat-tempat menarik di Rotorua

Rotorua ni antara daerah yang banyak tempat boleh dilawati di North NZ. So rugilah kalau skip melawat tempat menarik kat sini. So pagi ni kami akan habiskan masa di sekitar Rotorua dahulu sebelum singgah di Huka Falls on the way ke Taupo nanti.

Selesai sarapan, En Jeff sudi nak bawa kami ke tempat-tempat yang sepatutnya pelancong pergi jika bertandang ke Rotorua. Syukur Alhamdulillah. Ini dapat menjimatkan masa perjalanan kami. Pagi ni hujan renyai-renyai. Langit tidak seceria yang kami harapkan, tidak mesra kamera gitu. Pasrah jer la. Ada hikmahnya apa jua cuaca yang Allah berikan kepada kita. Ya tak…?

Blue Lake

Tempat pertama yang En Jeff bawa kami singgah pagi ni ialah di tasik biru, Blue Lake. Air di tasik ini kelihatan berwarna biru jika cuaca dan langit terang. Oleh kerana cuaca pagi ni tidak menyebelahi kami, maka semua tu tidak dapat kami saksikan. Namun kecantikan tasik tetap terserlah walaupun tiada fenomena air tasik biru.

Selesai snap beberapa keping gambar buat bekal balik ke Malaysia, kami mula bergerak ke atas lagi.

Tasik Tarawera

Tidak jauh daripada Blue Lake, kami singgah di satu lagi tasik yang menjadi daya tarikan pelancong di Rotorua ni, iaitu Tasik Tarawera. Kedudukannya lebih tinggi daripada Blue Lake. Pemandangannya pun lebih indah kerana selain tasik, pemandangan di sini diserikan lagi oleh imej gunung nun di hujung tasik. Ini menjadikan gambar lebih terisi.

Tasik Tarawera dari tempat lebih tinggi

Selain daripada pemandangannya yang cantik, tasik ini digemari oleh penduduk tempatan dan pelancong kerana di sini terdapat populasi ikan Trout yang boleh dipancing. Kaki pancing biasanya akan menghabiskan masa di sini memancing ikan Trout.

Kami tidak lama di sini. kami mula mengorak langkah ke destinasi seterusnya selepas berposing dan Snap beberapa keping gambar alam semulajadi dan group foto di sini. Sesungguhnya hujan renyai sedikit mengganggu aktiviti menikmati keindahan alam semulajadi pagi ini.

Kuirao Park

Ini satu lagi tempat yang wajib korang singgah jika datang ke Rotorua ni. Kat taman ni banyak telaga Thermal yang sentiasa berasap dan menggelegak airnya. Kat sini juga selain daripada lubang-lubang dan telaga thermal yang kecil, ada satu kolam thermal yang besar yang menjadi tarikan pelancong. Korang boleh berjalan mengelilingi kolam besar yang sentiasa berasap dan berbau sulfur ni dengan melalui denai pejalan kaki yang dibina khas untuk pelawat.

Unik pemandangan di sini. Boleh snap gambar berlatar belakangkan kolam thermal yang berasap dan berkabus tu. Awal-awal sakit juga apabila asyik menghidu bau sulfur (belerang). Namun lama kelamaan, ia dah jadi biasa. Lagipun fokus kita bukan pada bau tetapi pada pemandangan yang unik kat situ.

Sekali lagi… kami hanya mampu snap gambar sekadar termampu. Hujan yang turun tidak memungkinkan aku mengeluarkan kamera Sony yang baru aku beli.

Agrodome Farm

Di sinilah kami berpisah dengan En Jeff. Entah kenapa aku macam sebak sikit. Hati aku ni memang ada taman. Hehehe. Kebaikan En Jeff mengundang rasa terharu di lubuk hati aku. Bukan senang nak jumpa manusia baik dan ramah macam ni. Tak apa. Aku sedapkan hati. Ada umur aku akan jumpa lagi En Jeff.

GPS diset ke destinasi seterusnya iaitu Agrodome. Tempat ni Shehan yang nak pergi sangat. Hehehe. Nak tengok kambing biri-biri katanya. Macam la kat Malaysia tak der biri-biri.. ya tak?

Tapi korang kena datang tempat ni. Ya la alang-alang dah sampai North NZ kot. Takkan nak skip tempat yang juga menjadi tarikan pelancong ke sini. Lepas ni entah sampai entah tidak ke sini lagi. So aku ok jer dengan idea datang tempat ni. Lagipun bukan kambing biri-biri jer yang ada kat sini. Banyak lama perkara menarik yang dapat korang saksikan dan alami sendiri.

Tak lama pun drive, kami dah sampai ke Agrodome. Haaa lupa nak cakap. Hari ni giliran aku jadi Pak Supir drive Estima. Selesai ambik petak parkir, kami terus menuju ke kaunter tiket untuk masuk ke Agrodome. Harga tiket yang kami dapat selepas diskaun ialah NZD65. Kalau korang menginap di BnB Rasa Sayang, korang akan dapat satu voucher diskaun daripada En Jeff yang mana korang boleh tunjukkan kat Agrodome ni untuk membolehkan korang menikmati harga diskaun.

Memula kami disajikan dengan persembahan dalam dalam dewan. Persembahan yang melibatkan biri-biri, anjing penjaga biri-biri, kuda dan lain-lain. Korang akan dipersembahkan juga dengan demonsrasi mengetam bulu biri-biri. Malah aku siap simpan bulu biri-biri yang diketam untuk bawak balik ke Malaysia. Persembahan ni ok la. Menghiburkan. Dengan aksi-aksi haiwan yang terlibat yang telah dilatih khas.

Seterusnya kami dibawa melawat ladang ternakan dengan kenderaan khas. Sekali lagi pergerakan kami agak terhad kerana hujan yang dah agak lebat. Namun dah alang-alang sampai kami teruskan mengikuti aktiviti yang disediakan. Dalam ladang ternakan tu best juga sebenarnya. Boleh tengok kambing biri-biri yang comel dan jinak. Kat siniah aku buat pertama kali menyentuh dan mengusap Llama, binatang mirip keldai tetapi berleher panjang. Kami dibenarkan memberi makanan khas yang disediakan.

Sepanjang lawatan ke dalam ladang ni, petugas yang mebawa kami tidak putus-putus menerangkan berkenaan ladang ternakan tersebut. Kami sempat singgah di satu rumah khas untuk menikmati madu daripada bunga-bungaan di situ. Enak rasa madunya.

Madu daripada bunga. Best..!

Sebelum balik kami singgah di beberapa kedai souvenir di situ untuk melihat sendiri barangan yang diperbuat daripada bulu biri-biri. Sempat jugak aku sambar satu snowcap buat menahan kesejukan dek cuaca yang tak menentu kat sini. Lagipun snowcap aku yang aku beli kat Dieng Indonesia beberapa tahun yang lepas dah outdated. Hahaha.. So ni lah masanya nak tukar..

Kedai souvenir ni menjual barangan berasaskan bulu kambing biri-biri

Huka Falls

Hari dah beransur petang masa kami keluar daripada Agrodome tu. Destinasi seterusnya adalah Huka Falls. Air Terjun yang berwarna “rare” seperti Listerine ni terletak di pertengahan jalan ke Taupo jer. So, satu jalan jer la.

Daripada Agrodome nak ke Huka Falls ni ambik masa dalam lebih kurang 2 jam setengah ke 3 jam jugak dengan pemanduan cara NZ ni. Memandu dengan berhemah dengan kelajuan sekitar 100km/jam. Jalan ke Taupo ni adalah jalan yang panjang tanpa melalui kawasan bandar. So dinasihatkan supaya korang isi minyak siap-siap kat Rotorua sebelum ke sini. Seingat aku selepas Rotorua, sampai kat Waikato Tourists Park baru jumpa stesen minyak.

Estima kitorang ni memang tak tambah pun minyak sebelum ke sini. Sebab nampak macam banyak lagi minyak. Petang tu aku pandu. Diorang ni semua tertidur keletihan. Cuak jugak sebenarnya apabila penunjuk aras minyak Estima tinggal 2 bar lagi. Nasib baik sempat sampai. Drive sorang-sorang ni agak mencabar juga. Sesekali terhoyong hanyang jugak aku sebab mengantuk. Hahaha.

Segala rasa mengantuk dan letih hilang serta merta apabila sampai di Huka Falls. Hujan renyai belum berhenti. Tapi dek kerana kecantikan Huka Falls ni aku tak kesah pun basah sedikit. Aku pantas jer ke jambatan yang merupakan pintu masuk ke Huka Falls.

MasyaAllah..! Subhanallah..! Cantik sangat air terjun ni. Pertama kali aku tengok pemandangan air terjun cantik macam tu. Airnya biru lain macam. Itu yang terasa kelainannya. Yang pernah datang sini taulah macamana perasaan bila tengok suasana yang sangat tenang di sini.

Siap snap gambar dan rakam video (ada yang buat FB Live jugak), kami mula bergerak ke destinasi terakhir untuk hari tu. Ke Taupo.

Taupo

Hampir pukul 7 kami sampai sini, bandar kecil untuk persinggahan kami sebelum ke destinasi seterusnya pada besok hari. Ok jer bandar ni. Kecil tapi tersusun. Ada jer supermarket untuk membeli belah.

Kat sini ada kedai sukan Champion of the World. Kedai ni ada banyak barangan All Blacks. Daripada jersey, hoodie dan barangan di bawah jenama All Blacks yang lain. So boleh la korang nak borong jersey atau Hoodie All Blacks. Tapi harganya biasa jer (kalau convert dengan RM la…). Saja bagitau kot-kot korang ingat murah. Hehehhe

Tapi oleh kerana dah pukul 7 malam, hampir semua outlet-outlet tu dah ditutup. Ingat nak lepak depan tasik Taupo ni sambil mengopi. SS pun dah sudi nak belanja. Tapi kedai dah tutup. So apa lagi nak buat.. Lepak jer la depan tasik Taupo kejap ambik pemandangan kat situ.

Langit mendung. Kat sini tak der hujan tapi anginnya kuat giller kat tepi tasik ni. Boleh bergerak badan gempal aku ni kena tiup dek angin. Aku risau dak Shehan tu jer. Takut terbang pulak dia. Hehehehe..

Tasik Taupo

Tasik ni adalah tarikan utama kat Taupo ni. Tasik merupakan tadahan air untuk kawasan sekitar taupo ni. Air hujan, sungai, salji yang cair semuanya akan mengalir ke tasik ini. Tasik ini adak luas. Keluasannya hampir menyamai negara Singapura.

Tasik ini sebenarnya terhasil daripada kawah gunung berapi yang besar. Kedalamannya mencecah 186 meter. Selain daripada keindahannya, tasik ini juga menjadi tumpuan pelancong yang bertandang ke sini kerana ia berkait rapat dengan kehidupan orang asli New Zealand iaitu orang Maori. Di sebelah barat daya tasik ini, antara aktiviti yang digemri pelncong adalah melihat lukisan kaum Maori pada batu gunung.

Teringat aku akan Tasik Ohrid sewaktu melawat Balkan tempohari. Tasik yang bukan hanya menjadi tumpuan pelancong, malah menjadi penstabil ekosistem di kawasan tersebut.

Courtney Motel Taupo

Tempat bermalam kami pada malam ni. Dekat jer dengan tasik Taupo.

Selesai berehat dan mandi, kami keluar ke pasaraya Pak’n Save untuk membeli bekalan makanan untuk besok. Pasaraya ni macam pasaraya Giants atau Tesco la kalau kat tempat kita.

Kami sempat borong Coklat trademark New Zealand Whitetakker untuk dibawa balik sebagai souvenir ke Malaysia, roti dan sardin untuk kami buat sandwich buat bekalan pagi besok dan sebagai kudapan semasa dalam perjalanan ke Whakapapa besok.

kat sini nak bayar pakai mesin self service. Scan sendiri, masukkan duit macam mesin cash deposit tu

Epal juga kami beli memandangkan kualiti epal kat sini yang sangat best… manis dan rangup…!

Hari ke 3 berakhir. Tak sabar untuk ke Whakapapa untuk bermain salji besok.

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ