Han Rainforest Resort Taman Negara – Rasa Tak Nak Balik Je Bila Sampai Sini

han-rainforest-resort-penaja

Keyakinan diri yang pudar

Lama dah aku berhasrat untuk ke Taman Negara. Sejak zaman sekolah lagi. Tapi tidak kesampaian. Kemudian aku terlibat dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawa aku yang menyebabkan aku terbaring atas katil selama 6 bulan.

Dengan kemalangan dan keadaan fizikal aku yang dah tidak segagah dulu, ku kira memang tak adalah aktiviti-aktiviti lasak outdoor seperti jungle trekking ke taman negara dan sebagainya dalam kamus hidup aku.

10 tahun selepas tarikh kemalangan, aku terfikir kembali untuk mencabar diri membuat aktiviti lasak setakat yang aku mampu. Aktiviti pertama yang aku ikuti adalah mengembara ke Jawa Tengah tajaan Air Asia yang disertakan aktiviti melawat beberapa tempat yang menarik seperti mendaki ribuan anak tangga Chandi Borobudur dan memanjat Gunung Pandang Angin dan Sikunir bersebelahan dengan Gunung Merapi untuk melihat permandangan terindah mentari yang muncul di celahan banjaran Gunung Merapi.

Dan aku berjaya melalui semua cabaran tersebut. Aku berjaya mendaki tangga yang tinggi untuk ke manara paling atas Chandi Borobudur. Aku berjaya sampai ke puncak Gunung Pandang Angin untuk merakam detik indah mentari muncul dengan benang keemasan di celahan banjaran Merapi.

Kembara ke Taman Negara Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)

Diberi peluang mengikut kembara bersama sekumpulan blogger aktif daripada KBBA bermakna aku sekali lagi terpaksa mencabar diri.

Aktiviti yang tersenarai seperti jungle trekking, perkhemahan di perkampungan orang asli, rapid shooting (rapid boat) dan 4×4 aktiviti semuanya melibatkan fizikal yang kuat. Terfikir juga akan limitasi diri. Tapi kejayaan kembara tajaan Air Asia sedikit masa dulu membuatkan aku cukup yakin aku mampu harungi segala cabaran.

Ya… aku telah buat keputusan mengikuti kembara tersebut.

Han Rainforest Resort Taman Negara (HRRTN)

Bertolak lebih kurang pukul 9 malam daripada titik pertemuan di MATIC Jalan Ampang, kami berjaya sampai ke resort ini selepas 3 jam setengah perjalanan.

pembahagian Tshirt penaja sementara menunggu bas sampai
pembahagian Tshirt penaja sementara menunggu bas sampai

Resort ini adalah antara resort-resort yang terbaik yang terdapat di pintu masuk taman negara melalui kuala tahan. Resort ini agak teruk terkesan akibat banjir besar yang melanda kebanyakan negeri pantai timur beberapa tahun yang lalu.

Air naik tinggi sehingga menenggelami atap bangunan resort memang ternyata melumpuhkan operasi resort ini. Malah masa kami sampai masih terdapat kesan air banjir di dinding-dinding paling atas berdekatan atap. Berita banjir besar yang meranapkan seketika industri pelancongan di taman negara banyak terpapar di dada-dada akhbar.

Industri pelancongan Pulih kembali

Kini industri pelancongan pulih kembali. Resort ini dibaiki dengan kos yang bukan sedikit telah beroperasi seperti sediakala. Resort ini juga telah sedia menerima pelancong-pelancong dari dalam dan luar negara.

Namun apa yang sedikit dikesalkan adalah kurangnya liputan media massa tentang industri yang kembali pulih ini. Natijahnya kunjungan pelancong ke sini agak perlahan. Aku bersama blogger lain yang ikut serta kembara ini terpanggil untuk membuat perkongsian dengan pembaca bahawa resort ini secara khasnya dan taman negara secara amnya telah pulih sepenuhnya daripada kesan bencana banjir yang lalu.

Fasiliti HRTN

Bagi aku fasiliti yang dimahukan pada sebuah resort hampir semuanya ada di sini.

Bilik penginapan

han-rainforest-resort-bilik

han-rainforest-resort-bilik2

han-rainforest-resort-bilik-mandi

han-rainforest-resort-verandah

Blok Bilik Resort

han-rainforest-resort-blok B

Terdapat beberapa blog yang menempatkan bilik-bilik penginapan di sini. Ada beberapa jenis bilik yang boleh dipilih oleh pelancong seperti bilik seperti hotel biasa ataupun dorm. Pilihlah mengikut keselesaan dan bajet anda.

Mini Market

han-rainforest-resort-mini-market

Ada mini market kat sini. Jika anda tertinggal barang keperluan peribadi seperti sabun, berus gigi dan sebagainya, anda tak perlu gusar keraa semuanya ada di sini. Makanan ringan untuk alas perut seperti maggi, biskut, ais krim dan lain-lain juga ada dijual. Cuma harganya sedikit lebih mahal daripada tempat kita. Mungkin kerana jaraknya yang jauh daripada bandar mendorong kenaikan harga ini.

Cafe

han-rainforest-resort-cafe

Cafe sentiasa dibuka untuk pelancong mengisi perut.

Pusat urut

han-rainforest-resort-rumah-urut

han-rainforest-resort-hiasan-tempat-santai-pusat-urut

Ada disediakan bilik untuk urutan kepada pelancng. Aktiviti outdoor pasti akan menegangkan urat saraf dan otot-otot. Ia boleh dilegakan dengan urutan di sini.

Karaoke

di sini disediakan karaoke untuk pengunjung
di sini disediakan karaoke untuk pengunjung

Pusat karaoke dengan sistem bunyi yang agak baik juga disediakan bagi pelancong yang ingin berhibur. Ratusan lagu boleh dipilih untuk dinyanyikan.

Swimming pool?

Memang tidak disediakan. Tengoklah jenis resort. Di sini aktiviti adalah mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Hutan, bukit dan sungai. Nak mandi manda pergi mandi kat sungai terus.

Liputan telefon dan 3G

han-rainforest-resort-pencawang

Untuk membuat dan menerima panggilan tidak menjadi masalah. Namun untuk melayari internet agak menyiksakan. Terlalu perlahan. Namun pihak resort ini ada menyediakan perkhidmatan WiFi di sekitar tempat karaoke. Untuk yang ingin menggunakan internet boleh lepak-lepak di sini. Itu pun jika anda betul-netul memerlukan internet lah. Sebaiknya lupakanlah internet seketika sewaktu mendekatkan diri dengan alam semulajadki.

Pakej aktiviti bersama HRRTN

Kalau anda ke sini secara perseorangan, mesti anda tak tau nak kemana dan apa aktiviti di Taman Negara yang anda boleh sertai. Jangan bimbang..

Jika anda mendaftar di resort ini, segalanya disediakan untuk anda. Hanya perlu bertanya di kaunter pendaftaran. Anda akan diberitahu tentang segala yang anda perlu tahu. Jangan lupa sertai aktiviti yang sesuai dengan jiwa anda.

Ada banyak aktiviti yang best di sini. Semasa lawatan kami tempohari kami sempat mengikuti Jungle Trekking ke dalam hutan Taman Negara, berkhemah di perkampungan orang asli Kampung Dedari, Rapid Shooting, 4X4, Melawat Kapsul dan sebagainya. Banyak lagi yang tak sempat kami ikuti sebenarnya. Lain kali kalau berkesempatan datang lagi ke sini, aku pasti akan sertai aktiviti yang tak sempat dicuba tersebut.

Info HRRTN

Untuk maklumat terkini tentang Taman Negara dan aktiviti di HRRTN, anda boleh follow:
FB: Han Rainforest Resort.

Jangan lupa untuk singgah di laman sesawang HRRTN: http://www.han-rainforestresort.com/

Manakala untuk sebarang tempahan pakej ke Taman Negara dan segala pertanyaan lain yang berkaitan, anda bolehlah menghubungi: 09-2667888. Kemusykilan anda akan terjawab nanti.

Terima kasih yang tak terhingga kepada Han Rainforest Resort kerana sudi menaja dan memberikan layanan yang terbaik buat kami di Taman Negara.

Jom melancong ke Taman Negara. Dekat jer…!

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ