Review 5 Hipster Cafe Dalam Satu Hari Dengan Ketchup Blogger Speed Run

Ketchup platform yang amat berguna untuk netizen

Customer behavior… Ataupun perangai customer ni memang kompleks. Untuk mendapat customer baru dan buatkan dia terus menerus menyokong produk dan servis kita bukan senang. Siap ada kajian khas tentang perkara ini.

Masa aku belajar kat university dulu pun ada subjek yang diberi nama customer behaviour. Subjek di bawah subjek teras pemasaran (marketing) di kulliyah economic & management.

Kena pulak sekarang dengan teknology dan gajet yang canggih, perangai pelanggan lagi susah kita nak paham.

Sekarang mereka lebih cenderung membeli dan window shopping serta mengkaji produk secara online sahaja.

Sebab itu jika satu laman sesawang yang mereka pergi itu ada semua maklumat mereka cari, mungkin jualan akan terjadi di situ.

Ketchup Community (ketchup)

Menyedari hakikat inilah ketchup diwujudkan. Program ini adalah platform yang dibuat khas untuk memudahkan pelanggan dan pemilik cafe berjumpa (secara online). Pihak ketchup akan mengumpulkan cafe2 yang setuju berkolaborasi dan mempromosikan menu-menu signature mereka di dalam laman sesawang ketchup:

www.ketchup.com.my

laman sesawang interaktif Ketchup
laman sesawang interaktif Ketchup

Di samping itu juga ketchup turut melibatkan blogger-blogger aktif daripada Kelab Blogger Ben Ashaari yang turut memainkan peranan mempromosikan cafe2 yang berkolaborasi dengan ketchup di dalam blog-blog mereka.

Review mereka juga akan dikongsikan oleh ketchup di dalam laman sesawang dengan meletakkan pautan-pautan artikel review tersebut.

Apabila banyak cafe beroperasi nanti, platform ini akan menjadi one stop center untuk kaki-kaki lepak cafe untuk melihat menu-menu lazat dan memilih sendiri cafe yang mereka suka untuk lepak bersama family dan rakan.

Sungguh mudah. Informasi hanya di hujung jari.

Selain laman sesawang anda boleh juga follow ketchup di:

Facebook: www.facebook.com/KetchUpCommunity/
instagram: @ketchup_my

Blogger Speed Run

Kerjasama ini dibuat dibawah program khas yg dipanggil Blogger Speed Run. Seramai 36 bloggers akan turun untuk membuat review kepada 36 buah cafe yang kebanyakkannya berkonsepkan moden hipster.

can-you-ketch-up

EXplorasa dan 5 lagi blogger daripada KBBA telah dijemput untuk program di hari pertama ini. Turut bersama-sama kami adalah beberapa orang influencers dari Faces of Malaysia yang dijemput khas.

Sebanyak 5 cafe telah kami terjah pada hari sabtu yang lalu. Cafe-cafe yang terpilih adalah antara cafe hipster ataupun restoran yang paling best dan sedap di Taman Tun Dr Ismail KL.

Sungguh meriah! Kawasan yang menjadi tumpuan hari tersebut adalah kawasan Taman Tun Dr Ismail.

Jom ikuti terjahan Blogger Speed Run kami:

1. Chequers

destinasi pertama, Chequers
destinasi pertama, Chequers

Sampai juga aku ke sini. Selama ni aku perhati je rakan-rakan post gambar menu kat sini di instagram dan fb. Kali ini aku sampai dan berjaya merakam detik santapan kami. Baru puas hati!

Chequers, sebuah restoran ala Amerika yang menyajikan menu waffles yang dihasilkan sendiri (hand made) dengan menggunakan bahan-bahan premium tempatan dan seasonal.

Checquers menawarkan pelbagai jenis sarapan, makan tengahari dan makan malam yang pasti digemari oleh pelbagai umur. Pengalaman makan di sini akan menjadi lebih berbaloi dengan layanan mesra dan harga yang berpatutan.

Chequers menggunakan resipi yang unik dengan bahan utama keju berkualiti yang menjadikan waffle ringan dan berwarna keemasan.

Dengan menu-menu unik dan tersendiri seperti di bawah, anda pasti berpuas hati dengan pengalaman anda di sini.

image

image

image

image

Menu di atas adalah Double deck croque monsiuer, Moo Moo waffle burger, Melting moments

2. Quar/tet

Tempat lepak-lepak bersama rakan taulan dan sanak saudara dengan persekitaran yang mesra.

Nama ini dipilih berdasarkan semangat dan minat dalam setiap apa yang dibuat setiap hari. Quar/tet cuba untuk memastikan kualiti dan kesegaran sentiasa terjaga dalam setiap hidangan mereka.

Banyak menu-menu yang sedap di sini. Banyak juga menu yang aku minat kat sini. Tak cukup masa nak lepak lama-lama di cafe ni pada hari tu.

smoked salmon bagel
smoked salmon bagel

french toast
french toast

Eggs rockkafella
Eggs rockkafella

3. The grumpy cyclist

Memang hipster sangat cafe ni. Unik sangat.

Para peminat sukan berbasikal, di sinilah tempat yang seharusnya anda lepak. Aku sangat pasti ia sangat sesuai dengan jiwa anda.

Apa tidaknya. Semua hiasan baik di dinding ataupun hiasan lain semuanya berhubung kait dengan basikal. Malah di satu sudut bilik, siap ada store basikal.

Menu-menu yang disajikan pun tidak kurang enaknya. Terus terang, aku sangat suka dengan konsep cafe ini.

oliver james
oliver james

potato pista
potato pista

4. Pickle and fig

Satu lagi cafe yang aku pasti korang pun suka. Cafe yang agak luas tetapi simple. Namun tetap mengekalkan konsep hipsternya.

Selain daripada menu-menu makanan yang best-best, minuman juga ada banyak pilihan di sini.

pickle n fig

rotkraut pastrami

panini

coronation chicken

Menu di atas: Coronation chicken, Panini, rotkraut pastrami

5. Thursday

Walaupun ruang cafe ini tidak terlalu besar, namun ia juga agak unik dari segi konsepnya. Suasana yang redup dan tenang menjadikan tempat ini sesuai untuk lepak-lepak sambil layan internet.

Menu-menu yang kami sempat cuba pada hari itu agak best. Cafe ini juga menawarkan pelbagai jenis kopi yang dibancuh khas untuk anda.

pesto fettucini
pesto fettucini

Egg Ham Pancake
Egg Ham Pancake

Komen explorasa

Platform Ketchup

Sangat bagus untuk pemilik cafe untuk “reach” potensi pelanggan mereka di luar sana. Dengan menengahkan menu signature mereka yang unik, ia akan dapat menarik pelanggan yang mengunjungi laman sesawang ketchup.

Ia juga sangat memudahkan untuk pelanggan yang ingin mencari menu-menu yang mereka ingin cuba. Dengan hiasan menu yang cantik dan deskripsi yang menarik di dalam laman sesawang ketchup, mereka boleh memilih menu dan cafe mana yang mereka suka untuk diterjah.

image

Program Blogger Speed Run

Sungguh seronok. Mau tak seronok. 5 cafe sekaligus dalam satu hari untuk di review. Memang tak pernah aku buat sebelum ini. Sebelum ini paling banyak pun 3 restoran je yang aku mampu buat.

Pelbagai konsep dan menu unik aku dapat lihat dan cuba. Yang paling bestnya detik-detik tersebut berjaya dirakam dengan jayanya. Puas hati ambil gambar!

Moga program ketchup dan Blogger Speed Run ini akan diteruskan dengan jayanya di minggu-minggu yang mendatang. Ada peluang aku pasti sertai lagi.

Loading

Related Stories

Discover

GENIUS INNOVATION IN THE HUAWEI MATEPAD PRO 12.2” DELIVERS...

Huawei Matepad Pro 12.2” - Blending premium design, PC-level features, and next-generation display innovation,...

HUAWEI’S LATEST WATCH 5 SERIES NOW AVAILABLE IN MALAYSIA,...

HuaweI’s latest watch - Redefines the limit of a smartwatch with fingertip health tracking...

HUAWEI LAUNCHES WATCH FIT 4 SERIES WITH PRO-LEVEL

The new WATCH FIT 4 Series offers advanced health tracking, outdoor sports precision, and smart...

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ