Trulia Cafe – Satu Lagi Tempat Makan Best Di Cyberjaya

Cyberjaya… Yang aku tau tempat ni adalah tempat berpusatnya syarikat-syarikat IT dan Komunikasi. Cuma sebab jarang ke sana kecuali ada temujanji dengan klien, maka aku masih samar-samar lokasi-lokasi penting di sana. Kalau datang sini mesti Waze atau Google Maps la yang akan menjadi pembantu peribadi.

Ada banyak sebenarnya cafe dan restoran serta tempat makan yang best dan sedap di Cyberjaya ni. Sebelum ni yang aku tau hanyalah restoran nasi arab Saba jer. Malah restoran Saba inilah aku pertama kali merasai nasi arab masa mereka mula-mula beroperasi dulu. Masa tu Cyberjaya masih kosong lagi. Tak banyak lagi syarikat-syarikat yang beroperasi.

Rupanya ada banyak lagi restoran yang istimewa di sini. Tidak lama dulu aku mendapat jemputan untuk sesi review menu makanan laut di Crab Hut Asia yang terletak di Shaftburry Cyberjaya. Sedap-sedap menunya.

Trulia Cafe Cyberjaya

trulia cafe cyberjaya
trulia cafe cyberjaya

Baru-baru ini pula explorasa menerima jemputan ke sesi mencuba menu-menu menarik di restoran ini. Bersama-sama kami adalah 4 lagi blogger otai daripada Kelab Blogger Ben Ashaari.

Sesi review dan promosi Trulia diadakan pada malam hari. Kalau tak kerana Google Maps memang tak sampai aku rasa ke restoran ini. Sebenarnya kawasan yang terletaknya restoran ini tak jauh pun dengan Restoran Saba tu. Tapi sebab aku buta jalan kat sini memang redah jer la.

Parkir ada disediakan di depan restoran ini. Mungkin sebab aku datang malam, parkir memang tak jadi masalah pada malam itu. Kalau siang hari terutama masa puncak aku rasa susah juga kalau nak dapat parkir di depan restoraan ini. Tapi anda tak perlu bimbang kerana anda boleh parkir kereta anda di bahagian bawah bangunan yang menempatkan restoran ini.

Konsep dan hiasan dinding

Seperti biasa, kalau ke restoran ataupun cafe konsep dahulu yang aku akan hayati sebelum membuat pesanan menu-menu menarik. Tidak nampak. Ya, aku tak nampak konsep yang cuba diterapkan oleh pemilik restoran ini. Tapi aku agak konsepnya mungkin family dining. Hiasan dinding tak banyak yang aku boleh terjemahkan untuk menyelami konsepnya. Kecuali lukisan di dinding utama sebelah kanan rstoran ini, tiada hiasan lain yang diletakkan di dinding-dinding yang lain.

Namun penjelasan pemilik restoran ini di akhir pertemuan kami tentang kegondolan dinding tanpa hiasan menjawab persoalan di kepala. Mengikut pemiliknya, restoran ini agak baru dan beliau masih mempertimbangkan konsep untuk diterapkan ke atas restoran ini. Dan kami sempat melontarkan beberapa cadangan berkenaan konsep ini untuk beliau pertimbangkan. Cadangan kami berdasarkan pengalaman review di restoran-restoran lain yang menarik.

Segala cadangan kami beliau pertimbangkan dengan baik.

Menu-menu Trulia

Antara menu-menarik yang sempat kami jamah pada malam itu adalah:

1. Bubur Nasi

Bubur Nasi
Bubur Nasi – RM7.00

Nampak macam simple jer bubur nasi trulia ni. Tapi bila makan, mak ai.. sedap! Segala rasa yang sepatutnya ada pada menu bubur nasi diletakkan secukup rasa di dalam menu ini. Suapan pertama pun sudah jatuh cinta.

bubur nasi sedap trulia cafe

2. Bihun Sup Utara

Bihun Sup Utara Trulia Cafe Cyberjaya
Bihun Sup Utara – RM7.00

Kepada yang suka bihun, bihun sup ini patut anda cuba. Sedap! Didatangkan dengan pelengkap hidangan seperti Kicap Cili dan Cili Jeruk, menu ini memang terangkat… Silap-silap sampai hirup kuah!

3. Mee Kari Ayam

Mee Kari Ayam - RM7.00
Mee Kari Ayam – RM7.00

Satu lagi mee yang aku sarankan anda cuba jika bertandang ke sini. Bab mee kari ni aku biasanya cerewet. Payah juga aku nak jumpa restoran yang menyajikan mee kari bertepatan dengan selera aku. Tapi mee kari di sini memang kena. Aku suka!

4. Grill Chicken Chop With Rice

Grill Chicken Chop With Rice RM13.00
Grill Chicken Chop With Rice RM13.00

Chicken Chop dimakan bersama nasi. Agak menarik kombinasi ini. Menu barat campur timur. Hmmm tak kesahlah, janji rasanya sedap.. dan memang ternyata sedap dan mengenyangkan.

5. Nasi Ayam dan Ayam Merah

Nasi Ayam dan Ayam Merah RM8.00
Nasi Ayam dan Ayam Merah RM8.00

Restoran ataupun cafe ini cuba membuat sedikit kelainan dengan menggandingkan nasi ayam dengan ayam merah. Bagus idea ini. Sekurang-kurangnya ada sedikit kelainan kepada nasi ayam yang biasa kita jumpa. Rasanya?… Bagi aku boleh la… Tapi aku lebih suka nasi ayam biasa tu lagi.

6. Lamb Chop with Spaghetti

Lamb Chop with Spaghetti RM16.00
Lamb Chop with Spaghetti RM16.00

Maaf menu ini mungkin komen aku sedikit tidak adil. Sebabnya aku peminat setia daging kambing. Kebiasaannya tak kira daging kambing ini dikombinasikan dengan apa sahaja aku boleh makan. Jadi Spaghetti ini aku bagi rating yang lebih tinggi. Sedap.. Aku yakin peminat kambing dan menu berasaskan spaghetti akan bersetuju dengan aku.

7. Crispy Chicken Burger

Crispy Chicken Burger
Crispy Chicken Burger

Untuk yang memilih untuk makan makanan segera seperti burger, anda boleh pilih menu burger ini. Burger Ayam rangup didatangkan bersama French Fries ini juga sedap jika kena pada hari yang mood hanya mau makan makanan segera.

Dessert

Untuk pencuci mulut, kami dihidangkan dengan Bubur Kacang Hijau dan Sago Gula Melaka.

Bubur Kacang Hijau RM5.00
Bubur Kacang Hijau RM5.00
Sago Gula Melaka RM3.50
Sago Gula Melaka RM3.50

Bubur Kacang Hijau aku sempat mencuba sedikit dek kerana perut sudah kenyang. Namun sedikit yang aku rasa itu sudah cukup menggambarkan rasa sebenar bubur kacang hijau yang sedap.

Sago Gula Melaka memang dessert kegemaran aku. Tambah pulak yang kat sini memang sedap. Apa lagi makan sampai licin la Sago Gula Melaka yang diletakkan dalam gelas khas ini.

Minuman

Cafe Latte RM7.90 dan Cafe Caramel Machiato RM8.90
Cafe Latte RM7.90 dan Cafe Caramel Machiato RM8.90

Kami dicadangkan dengan minuman ini oleh pemilik cafe. Ternyata minuman ini best!

Sebagai penutup, kami dihidangkan pula dengan Kopi dan Tea panas.

Coffee C and Tea C
Coffee C and Tea C

Info Trulia

Alamat:

Trulia Cafe Cyberjaya
Jalan Flora CBD Perdana 2 Cyber 12 Cyberjaya
Nota: Sila gunakan Waze ataupun Google Maps dengan menaip “TRULIA CAFE ( Cyberjaya )” untuk lebih menyenangkan pihak anda.

Facebook : Trulia Cafe

No telefon untuk dihubungi: +60-3-86885963/64

Waktu Operasi: 9 pagi – 9 malam (hari biasa), 9 pagi – jam 12 tengah malam (hari minggu)

Restoran ini juga mengmmbil tempahan sepertimajlis-majlis di pejabat. Untuk sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi nombor telefon di atas.

Komen eXplorasa

Antara blogger yang hadir
Antara blogger yang hadir

Pada aku rata-rata menu di sini adalah sedap. Ini berdasarkan apa yang telah aku dan rakan-rakan yang lain cuba. Untuk yang ingin mencuba menu-menu di atas, memang aku sarankan anda datang sendiri ke sini. Nikmati dan rasailah sendiri.

Apa yang instimewanya lagi, harga di sini agak murah. Dengan rasanya yang sedap, memang berbaloi datang ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan baik untuk makan tengahari maupun makan malam.

Tentang konsep restoran ini, insyaAllah pemiliknya akan membuat sesuatu supaya lebih ceria dan menonjolkan konsep yang bakal diterapkan nanti.

Yang pasti, aku akan singgah lagi di sini jika aku melewati kawasan Cyberjaya ini. Aku dah masukkan restoran ataupun cafe ini sebagai antara tempat makan best di Cyberjaya.

Baca juga: sotong masak kicap

Rating

Trulia Cafe Cyberjaya
Review oleh sohoque pada .
Rating: 4.0 (daripada 5)

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

  1. Bam hoq.. Kalau harga gini, boleh la pergi sana bawak family, tak la terlalu mahal. Kiranya mampu makan dan bayar hahahaaa..

    Tutup kul bape? Lepas futsal jom lepak sana.

  2. Baru lepas mkn kat sini…order bihun sup, bubur and spageti kambing. Mungkin lidah dan deria rasa blogger ngan kami lain. Overall taste and ambiance biase je.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ