5 Sebab Kenapa Anda Wajib Singgah di Hari Terbuka Felda D’Saji

felda-dsaji

Felda D’Saji Sdn Bhd (FDSB)

Kalau bercakap tentang industri Catering, tak banyak catering yang aku kenal. Ada la aku simpan 2-3 kad perniagaan syarikat catering yang aku kutip kat majlis kenduri kahwin dan sebagainya. Tapi nama catering tersebut memang tak lekat dalam kepala aku.

Tapi ada satu catering yang memang aku ingat namanya. Felda D’Saji… Nama ini senang terakam di dalam kepala aku mungkin kerana ia bernaung di bawah syarikat besar FELDA. Siapa yang tak kenal Felda kan? Malah nama catering ini juga amat dekat dengan nama minyak masak yang aku guna, Saji.

FDSB dah bertapak agak lama di Malaysia. Ia amat sinonim dengan majlis perkahwinan di mana mereka menyediakan tempat yang amat selesa dan catering yang lazat sebagai pilihan orang ramai melangsungkan majlis perkahwinan.

dewan-perdana-felda-2
Salah satu venue perkahwinan yang menjadi pilihan

Semenjak beberapa tahun lalu, FDSB telah mengembangkan sayapnya dengan membuka banyak cawangan ataupun venue majlis perkahwinan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Setakat yang aku tahu, antara cawangan-cawangan FDSB setakat ini ialah:

  1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
  2. Dewan Merak Kayangan, Jalan Semarak
  3. Dewan Besar Tun Rahah
  4. Dewan Gemilang, Kelana Jaya
  5. Dewan Banquet Menara Felda
  6. Asmara Penchala, Kg Sg Penchala (Balinese concept)
  7. Orchard Villa, Gombak (Taman Pertanian)
  8. Kajang Perdana Avenue, Kajang
  9. Dewan D’Mahligai, Puncak Jalil
  10. Felda Villa Kuala Lumpur (Garden Concept)
  11. Casa Heliconia, jalan Semarak (Garden Concept)
  12. D’Saji KL Titiwangsa (Restoren Terapung)

Daripada 12 venue perkahwinan ini eXplorasa sempat membuat review 2 daripadanya iaitu Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak dan Asmara Penchala, Kg Sg Penchala yang menerapkan konsep ala Bali. Manakala cawangan terbarunya D’Saji KL Titiwangsa yang merupakan restoran terapung di Taman Tasik Titiwangsa, eXplorasa sempat singgah sewaktu Majlis Hari Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun lepas.

Felda D'Saji Asmara Penchala
Felda D’Saji Asmara Penchala

Hari Terbuka FDSB

Untuk tahun ini, FDSB akan mengadakan hari terbuka untuk orang ramai datang dan melihat sendiri dengan lebih dekat pejabat FDSB. Berikut adalah butiran lanjut tentang hari terbuka tersebut:

Tarikh: 15 – 17 April 2016 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Tempat: Pejabat Jualan FDSB Jalan Maktab KL
Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang.

5 Sebab Kenapa Anda Wajib Ke Hari Terbuka Felda D’Saji

Antara objektif FDSB mengadakan majlis hari terbuka ini ialah:

1. Untuk mendekatkan diri dengan orang ramai.

Orang ramai boleh datang dan mengenali dengan lebih lanjut serta mendapatkan info tentang FDSB. Ini sebagai usaha FDSB mendekatkan dan mengeratkan lagi hubungannya dengan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan yang baru.

2. Memudahkan orang ramai untuk membuat tempahan

Kepada yang berhajat ataupun sedang mencari tempat dan catering untuk mengadakan majlis perkahwinan ataupun majlis besar yang lain, anda boleh datang ke sini untuk perbincangan lanjut dan boleh terus membuat tempahan.

3. Merasa sendiri menu FDSB (Food Tasting)

Jika anda datang ke sini, anda boleh mencuba sendiri menu-menu yang biasa FDSB sediakan untuk majlis-majlis perkahwinan. Jadi anda akan dapat mencuba sendiri menu-menu yang bakal disediakan dan macamana rasa menu-menu tersebut untuk anda membuat keputusan dalam memilih catering dan tempat yang bakal anda langsungkan majlis perkahwinan nanti. Dengar kata ada kambing golek nanti.

4. Menawarkan harga promosi

Untuk menghargai pelanggan yang datang pada hari terbuka ini, pihak FDSB menawarkan harga promosi untuk tempahan yang diterima di sepanjang hari terbuka tersebut berlangsung. Sekurang-kurangya orang ramai yang berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan nanti dapat menjimatkan kos perkahwinan mereka dengan menempah di hari terbuka ini.

5. Memudahkan orang ramai menguruskan majlis perkahwinan mereka

Untuk mengadakan majlis perkahwinan, bukan hanya venue dan menu makanan sahaja yang harus difikirkan. Door gift, kad jemputan dan fotografi juga perlu difikirkan. Kos semua ini juga perlu dimasukkan ke dalam akaun.

Untuk yang datang ke hari terbuka ini, anda boleh terus mendapatkan khidmat nasihat dan anggaran kos serta contoh-contoh material tentang semua itu. Ini kerana FDSB turut berkerjasama dengan beberapa rakan penaja. Mereka adalah:

Kad Lestari

kad lestari

Untuk anda yang tercari-cari design dan material untuk membuat kad perkahwinan, anda boleh terus berbincang dengan Kad Lestari untuk tujuan tersebut. Pasti harga terbaik akan ditawarkan kepada anda sempena hari terbuka ini.

Facebook: KadLestaripage
Laman Sesawang: www.kadlestari.com/

Chenta by Raja Farah

chentabyrajafarah-instagram-2

Chenta adalah syarikat yang menyediakan cenderahati (door gift) untuk para tetamu yang datang ke majlis perkahwinan. Ada pelbagai barangan yang digubah cantik sebagai idea untuk yang datang ke sini untuk memilih sendiri sebagai cenderahati majlis perkahwinan mereka.

Instagram: chentabyrajafarah

Sweet Pictures

sweet pictures

Foto untuk majlis perkahwinan seperti sudah menjadi satu kewajipan buat pengantin yang melangsungkan perkahwinan. Detik bersejarah sekali seumur hidup itu dirasakan terlalu rugi jika tidak dirakam di dalam gambar dan video.

Di sinilah kepakaran Sweet Pictures. Anda boleh melihat sendiri hasil kerja mereka di hari terbuka ini. Harga untuk pelbagai pakej fotografi juga boleh terus anda bincangkan di sini.

Info Sweet Pictures

Sweet Studio Sdn.Bhd.
54-1, Jalan Danau Lumayan 1,Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras Kuala Lumpur.

FB: http://www.facebook.com/sweetpictures
Video: http://www.vimeo.com/sweetpicture
Web: http://www.sweetpictures.com.my
Tel : 0391746868

Objektif FDSB di atas juga menjadi sebab kenapa anda perlu singgah di Hari Terbuka ini.

Jom singgah Hari Terbuka FDSB

Jom…! Untuk yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam masa terdekat, inilah tempat yang harus anda tuju. Semua disediakan di bawah satu bumbung pada hari terbuka ini. Jangan lepaskan peluang!

Untuk yang masih tiada perancangan untuk majlis perkhwinan pun, anda juga dijemput datang untuk memeriahkan majlis. Anda boleh mengenali FDSB dengan lebih dekat dan menyimpan kad perniagaan FDSB. Mungkin di lain masa anda memerlukan, sekurang-kurangnya anda dah tahu siapa FDSB.

Lagipun menu untuk food tasting tersedia sepanjang masa sepanjang hari terbuka berlangsung. Anda boleh je datang untuk merasa keenakan makanan air tangan FDSB.

Aku akan datang pada hari Ahad jika tiada aral melintang. Pagi tu ada event Superheroes Race. Habis event tu terus boleh datang ke sini.

Jumpa anda di Hari Terbuka Felda D’Saji…!

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

  1. Sweet pictures sllu nampak dalam beberapa mjlis perkhwinan..mcm artis2 . Hehehe .. boleh war2kan la kt kawan2..sebab menarik pulak tempat ni…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ