Legoland Bakal Diserang Para Peminat Star Wars…!

Star Wars di Legoland Malaysia

Bila kali terakhir anda ke legoland? Aku memang dah lama tak ke sana. Kali terakhir aku sampai adalah sewaktu mengikuti trip tajaan Air Asia untuk mempromosikan trip KL – Senai nya. Sebelum tu ada la sekali dua datang bercuti bersama keluarga di sini.

Dick Yoong, Country Manager Legoland sewaktu mengumumkan pembinaan monumen terbesar Millenium Falcon
Dick Yoong, Country Manager Legoland sewaktu mengumumkan pembinaan monumen terbesar Millenium Falcon

Tiba-tiba terasa rindu pulak nak ke sana. Apatah lagi bila eXplorasa dijemput ke majlis sidang akhbar pengumuman tentang satu monumen LEGO kapal Millenium Falcon yang bakal dibina di Miniland Star Wars, salah satu taman mini di Legoland. Tak perasan pulak aku Legoland dah ada Taman Mini Star Wars sehinggalah aku terbaca artikel ‘Star Wars Miniland kat Legoland Malaysia‘ Lan Careno.

star-wars-legoland-real-stormtrooper

Ya. Inilah peluang untuk aku ke sana lagi. Kebetulan aku dapat satu voucher hotel untuk penginapan 2 hari 1 malam di Johor Bharu. Jadi cuti sekolah ni memang aku akan kesana lagi bercuti bersama keluarga.

Star Wars… Aku baru-baru ni je ikut cerita ni. Dulu kurang ikut sangat sebabnya sequel dia pelik sikit. Tak ikut turutan. Akhirnya aku yang konfius. Tapi setelah aku tonton movie terbaru Star Wars baru-baru ni, minta semakin mendalam pulak untuk ikuti ceritany daripada awal.

Pada bulan Mei 2016 ni akan ada sesuatu yang menarik di Taman Mini Star Wars Legoland. Peminat Star Wars pasti akan teruja apabila mereka bakal dihadiahkan dengan pembinaan satu monumenLEGO kapal angkasa Millenium Falcon di sana. Monumen tersebut bukan sahaja terbesar di rantau ini malah terbesar di dunia. Pasti monumen tersebut amat unik hasil kerja yang sangat teliti oleh 2 orang Master Builder anak beranak yang cukup terkenal, Daniel Steininger dan Chistopher Steininger.

Kapal Angkasa Millenium Falcon
Kapal Angkasa Millenium Falcon

Pembinaan menumen ini akan bermula pada 30 April dan dijangka siap sepenuhnya pada 3 Mei 2016. Mesti peminat-peminat Star Wars tak sabar nak tengok rupa sebenar monumen ini.

Aktiviti di bulan Mei

Ada banyak lagi aktiviti yang dirancang khas untuk pelawat di bulan Mei nanti. Antaranya ialah pertandingan ‘Build Your Own Dream Lego Star Wars Starship’. Untuk pertandingan ini anda kena muat naik gambar andaa bersama Lego Star Wars Starship di media sosial anda. Letakkan sekali hashtag wajib #MasterYourForce dan #LEGOStarWarsDays. Pemenang akan dipilih untuk gambar dan caption yang paling menarik.

Di setiap hujung minggu pula pengunjung diberi peluang untuk membina sendiri Lego Mini Mellenium Falcon dan binaan tersebut anda boleh bawa pulang sebagai kenang-kenangan.

star-wars-legoland-replika-kalap-angkasa

Untuk yang ada anak kecil, pakaikan anak-anak anda dengan pakaian ataaupun kostum salah satu watak dalam movie Star Wars. Mereka akan dibenarkan masuk ke taman tema tanpa sebarang bayaran. Percuma!.

Ada juga disediakan aktivit kekeluargaan seperti treasure hunt yang melibatkan semua LEGO Star Wars. Pasti ianya akan membawa satu kenangan yang tak dapat dilupakan untuk anda sekeluarga.

‘The Biggest Star Wars event in the region’

Bukan calang-calang event. Apa yang bakal disediakan di bulan Mei nanti adalah sesuatu yang cukup hebat. Event tersebut adalah “the biggest Star Wars event n the region”. Bukan hanya peminat Star Wars di Malaysia, tetapi jangkaannya ia akan diserbu oleh peminat-peminat yang lain dari ceruk rantau seperti Hong Kong, Indonesia, Singapore dan Taiwan.

Komen eXplorasa

Aku pun berkemungkinan besar akan ke sana di musim cuti sekolah nanti. Kebetulan aku dapat penginapa percuma 3 hari 2 malam di Johor Bahru, boleh la aku lajak ke Legoland terus nanti.

sempat memperagakan topeng Stormtrooper
sempat memperagakan topeng Stormtrooper

Untuk anda yang ingin merasai pengalaman-pengalaman pelbagai aktiviti seperti di atas, anda bolehlah merancang untuk ke sana mulai sekarang. Moga percutian anda sekeluarga ke Legoland nanti bakal menjadi percutian hebat pengikat kasih sayang sekeluarga.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke Facebook LEGOLAND Malaysia Resort atau www.legoland.com.my

Jumpa di sana!!!

Loading

Related Stories

Discover

HUAWEI BAND 10 ARRIVING SOON IN MALAYSIA!

Experience a smartwatch-like experience with the HUAWEI Band 10, the first band to offer QR...

LOCK IN YOUR HUAWEI MUST-HAVE BEFORE THE PRE-ORDER CLOSES!

Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to Bottom As Ramadan continues,...

Menu Istimewa Sempena Ramadan di Nippon Sushi dan MyViets

Rangkaian restoran tempatan Nippon Sushi dan MyViets kembali dengan menu khas Ramadan yang menggabungkan...

ELEVATE YOUR WORKPLACE EFFICIENCY WITH THE REVOLUTIONARY TABLET –...

FEATURING EXCEPTIONAL FLAGSHIP PERFORMANCE AND INDUSTRY LEADING DISPLAY TO BOOST YOUR DAILY PRODUCTIVITY KUALA LUMPUR,...

WORLD’S FIRST TRI-FOLD PHONE:HUAWEI MATE XT ULTIMATE DESIGN MAKES...

KUALA LUMPUR, 18 FEBRUARY 2025 - HUAWEI Consumer Business Group (CBG) proudly introduces the...

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ