Eratkan Perhubungan Kekeluargaan Di Legoland Malaysia

foto depan legoland
Pintu masuk Legoland Maaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah pengalaman aku dan keluarga pada bulan Disember baru-baru ini. Pada masa itu hasrat untuk mewujudkan sebuah blog yang bernichekan food (makanan) dan travel (kembara) telah ada di fikiran aku. Sebab itulah aku mula merakamkan detik-detik menarik sewaktu aku travel dan saat aku mengecapi kelazatan makanan yang aku nikmati. Tujuannya selepas sahaja eXplorasa ini aku lancarkan, pengisian untuk slot travel dan food sudah tersedia.

Legoland yang terletak di Nusajaya, Johor adalah satu tempat yang menjadi daya tarikan dunia kepada Malaysia. Sinonim dengan namanya, taman tema ini memang berasaskan lego iaitu blog permainan kanak-kanak yang boleh dijadikan binaan mengikut kreativiti kanak-kanak.

Taman tema legoland land terbahagi kepada 2:
– taman tema air
– taman tema adventure

Aku bersama kekuarga sempat ke taman tema adventure sahaja. Ini adalah kerana masa percutian hanyalah 3 hari. Hari pertama kami habiskan di Hello Kitty Town Puteri Harbour. Hari kedua di Legoland ini dan hari ketiga kami habiskan untuk ke Johor Premium Outlet (JPO) dan mencari tempat makan yang menarik di samping berjumpa rakan-rakan yang ada di sana.

Satu hari kami habiskan masa di sini. Namun tak semua permainan adventure dapat kami cuba. Ini adalah kerana waktu itu adalah waktu cuti sekolah. Memang ramai pengunjung ke sana. Ramai yang aku lihat pelancong daripada negara luar terutama dari Singapura, Indonesia dan Filipina.

Apa yang kurang menariknya apabila datang ketika ramai pengunjung ialah kita terpaksa beratur panjang untuk mendapat giliran untuk mencuba permainan adventure. Jadi banyak masa yang akan dihabiskan dengan beratur untuk mendapat giliran. Jika masa percutian adalah suntuk, maka datang ketika waktu percutian sebegini amatlah tidak sesuai.

beli tiket legoland
barisan panjang untuk membeli tiket. Nasib baik aku dah beli secara online
3D movie
beratur panjang untuk menonton 3D movie

Cuaca di Malaysia di kebelakangan ini agak panas. Kadang menjadi amat panas. Bertandang ke sini akan mendedahkan kita kepada cuaca yang agak panas. Agak kurang sesuai untuk anak-anak kecil. Masa kami ke sini tempohari cuaca memang menyebelahi kami. Redup dan kadang-kadang hujan renyai sekejap-sekejap menjadikan lawatan kami ke sini terhindar daripada cuaca yang panas.

rain coat
hujan renyai. kena pakai jaket hujan

Harga dan informasi berkenaan tiket Legoland Malaysia boleh didapati di laman web Legoland Malaysia. Ada juga harga promosi yang ditawarkan. Jika tiket ditempah awal secara online, anda boleh menikmati diskaun yang ditawarkan.

Ada juga hotel-hotel yang menawarkan pakej bermalam di hotel dan tiket Legoland. Ada sedikit diskaun jika anda beli pakej ini. Pengangkutan ke Legoland juga disediakan. Kami membeli pakej yang ditawarkan oleh Hotel Sentosa. Kekurangannya ialah hotel ini agak jauh daripada Nusajaya iaitu tempat terletaknya Legoland dan Hello Kitty Town.

Membawa keluarga untuk bercuti ke tempat-tempat menarik di dalam negara seperti ini akan dapat mengeratkan lagi kemesraan di antara ahli keluarga. Saban hari ibubapa keluar berkerja. Pergi awal pagi dan balik lewat petang. Ini membuatkan masa berkualiti bersama anak-anak semakin terhad. Jika tidak diberi ruang untuk aktiviti lawatan sebegini dikhuatiri anak-anak akan kekurangan kasih sayang sekaligus menjarakkan ruang hubungan antara ibubapa dan anak-anak.

selfie
selfie satu keluarga

Rancanglah percutian anda bersama keluarga tercinta. Jika anda merancang ke selatan tanahair, bertandang ke sini adalah satu idea yang bijak!

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

    • kena pandai intai peluang. kadang2 hotel berdekatan ada buat pakej utk pelanggan hotel dimana pelanggan akan dpt sedikit diskaun utk tiket legoland

  1. memang best..taman thema best jgk.. kalau menginap di hotel makan memang sedap2.. tapi peraturan dkt hotel dia agak ketat, tak boleh merokok jika tidak mahu didenda..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ