Pengalaman Pertama Menaiki AirAsia Dari KL ke Johor Bahru

gambar kapal terbang airasia
Ini pesawat AirAsia yang lama. Yang baru sayapnya bengkok ke atas

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jalan udara sebagai pilihan utama

Menaiki kapal terbang untuk mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain sudah menjadi tidak asing lagi pada masa sekarang. Jika suatu masa dahulu amat jarang orang menggunakan pesawat terbang untuk mengembara terutama perjalanan di dalam negara kerana tambangnya yang agak mahal, tetapi sekarang ramai yang memilih pengangkutan udara kerana ianya lebih selamat dan menjimatkan masa. Dengan adanya penerbangan tambang murah perjalanan melalui udara tidak lagi menjadi suatu perkara yang besar, Ia menjadi pilihan sebagai alternatif kepada pengangkutan darat seperti bas dan sebagainya.

Selepas berhenti kerja makan gaji 12 tahun yang lepas, aku jarang menggunakan pengangkutan udara untuk mengembara di dalam negara. Ada la sekali dua ke Langkawi dan Kuantan. Jika masa aku kerja dulu menaiki pesawat udara daripada Kuantan ke KL memang menjadi rutin bulanan aku. Ini adalah kerana setiap bulan aku di kehendaki berada di bank cawangan selama 2 minggu dan dikehendaki menghadiri kursus di KL selama 2 minggu.

Tawaran AirAsia

Everyone can fly. Slogan yang tepat dan menjadi pilihan orang ramai untuk mengembara baik di dalam dan luar negara. AirAsia menjadi pelopor penerbangan tambang murah di negara ini.

Mendapat tawaran daripada AirAsia untuk mengembara menghadiri pelancaran Miniland Chima Legoland memang tidak aku lepaskan. Ini adalah trip pertama aku dengan menggunakan AirAsia dari KL ke JB. Walaupun hati ada sedikit terdetik rasa cuak untuk menaiki kapal terbang dek kerana berita tentang MH370 yang hilang secara misteri masih panas pada ketika itu.

Secara keseluruhannya aku amat berpuashati dengan perkhidmatan AirAsia. Daripada Lapangan Terbang Tambang Murah AirAsia sehingga pesawat mendarat turun di Lapangan Terbang Senai, JB aku tidak menghadapi apa-apa kesulitan. Walaupun semasa pemeriksaan sebelum memasuki ruang menunggu prosedurnya agak ketat. Mungkin kerana kesan daripada peristiwa MH370.

gambar dalam kapal terbang
suasana dalam pesawat AirAsia

Gambar memang aku tak dapat diambil banyak kerana memang sudah menjadi prosedur AirAsia tidak membenarkan gambar diambil di kawasan tempat kapal terbang mendarat. Gambar yang ada ni pun aku curi-curi ambil.

Di dalam kapal terbang, keadaan agak selesa dengan tempat duduk bertiga yang agak selesa. Dengan saiz badan seperti aku tiada masalah untuk menyesuaikan diri di tempat duduk pesawat tersebut.

tempt duduk pesawat AirAsia
tempt duduk pesawat AirAsia

Kudapan dan air ada disediakan. Sudah menjadi peraturan, minuman dan makanan boleh didapati di dalam pesawat dengan membeli mengikut menu yang disediakan. Namun untuk perjalanan dari KL ke JB, Nasi Lemak AirAsia yang aku idamkan sebagai sarapan aku pada pagi itu tidak disediakan. Mungkin jaraknya yang dekat membuatkan AirAsia tidak menyediakan Nasi Lemak. Yang ada hanya air dan snek. Kecewa sedikit aku pada pagi itu.

nasi lemak airasia
minumn dan makanan dijual dalam pesawat

Harga tiket AirAsia

Berapa tambangnya? Kalau tanya bab tambang ni, memang susah la nak jawab. Sebabnya AirAsia ni tambangnya berbeza-beza. Contohnya tambang untuk dari KL ke JB pada 25 Mac 2014 berbeza dengan tambang KL ke JB pada 1 April 2014. Pendek kata harga tiket di AirAsia berbeza-beza mengikut masa dan promosi yang ditawarkan. Jadi rancanglah percutian anda untuk mendapatkan tambang yang lebih murah dengan AirAsia.

harga tiket airasia
Harga tiket AirAsia destinasi dari KL ke JB pada 25 Mac 2014
harga tiket AirAsia yang murah
Harga tiket AirAsia destinasi dari KL ke JB pada 1 April 2014

Komen eXplorasa

Kepada yang ingin mengembara baik di dalam maupun ke luar negara, AirAsia boleh dijadikan sebagai pilihan utama untuk perjalanan udara. Tambangnya murah dan khidmat Yang baik membuatkan aku berani mencadangkan dan mengesyorkan syarikat penerbangan tambang murah ini sebagai pilihan utama.

 37,666 total views,  1 views today

Related Stories

Discover

Kisah Sebalik Statue Manneken Pis di Brussels Belgium

Siapa dah pernah sampai sini? Di satu fountain yang ada budak kecil bertelanjang sedang...

ReLY Aplikasi Kelas Online Terbaik Untuk Anak Bakal Exam

Aku pernah ditanya: Betul ke ReLY aplikasi kelas online terbaik..?  Jawapan jujur aku: Aku tak...

Kempen Nikmati Pulau Pinang Yang Sangat Berbaloi!

Kempen Nikmati Pulau Pinang sedang berlangsung! Kempen apa pulak ni..? Boleh baca entri ni...

Restoran Patin Masak Tempoyak Sedap Di Kuala Terengganu –...

Restoran Patin Masak Tempoyak Sedap di Kuala Terengganu. Ada ke? Kalau di Temerloh banyak...

Kenapa Kita Yang Suka Travel Amat Perlu Jaga Kesihatan...

Kesan penyakit kencing manis. Apa kaitannya dengan yang suka travel? Ok, jika itu persoalan...

Bisnes Yang Kalian Boleh Buat Untuk Penuhkan Tabung Travel...

Macam boring jer kan..? Dah tak boleh nak ke mana-mana..! Nak rentas negeri pun...

Comments

  1. Salam… Gua pun dah pernah stu kali naik AirAsia 2 tahun lepas, tambang pergi dan balik dari KB ke KL. Masa itu majikan sambut birthday. Dia sponser tiket. Bolehlah naik free masa tu, cuma makan je kena tanggung sendiri. Berbaloi….
    Kamil Salleh recently posted…Berita Top: Aset Digunakan Pada MH370My Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

%d bloggers like this:
G-601VBDF9PQ