Angry Birds
Angry Birds bermula dengan permainan (game) di smartphone. Permainan ini menjadi kegilaan pengguna smartphone sedikit masa dahulu. Sejak game ini diperkenalkan pada bulan Disember 2009, game ini telah dimuatturun sebanyak 2.55 billion oleh peminat game ini di seluruh dunia menjadikannya game yang paling banyak dimuatturun setakat ini.
Idea game ini telah dipanjangkan lagi dengan menerbitkan barangan-barangan di bawah jenamanya. Kemudian dibuat filem yang telah pun ditayangkan di Malaysia baru-baru ini. Kini game ini telah dibawa secara ‘live’ kepada para peminatnya dan orang ramai di Johor Bahru (JB).
Angry Birds Activity Park (ABAP) JB
Terletak di aras 3 Bangunan Pusat Membeli Belah KOMTAR JBCC, ABAP adalah satu tempat yang sangat ideal untuk membawa keluarga berhibur mengikut tema Angry Birds.
Saya dan keluarga sempat singgah sehari suntuk di sini sewaktu menghabiskan percutian di JB baru-baru ini. Memang tentatif yang kami buat sehari suntuk kami akan habiskan masa di sini. Biar anak-anak dapat menikmati permainan dan aktiviti di sini dengan sepuas hati.
Untuk ke sini anda hanya perlu mencari Bangunan KOMTAR JBCC yang terletak tidak jauh daripada hotel yang kami menginap iaitu Hotel Swiss Inn JB. Alaa taip jer ‘Bangunan KOMTAR’ pada waze anda. Mesti anda akan dipandu ke sini.
Apa yang ada di ABAP?
Macam-macam permainan yang disediakan untuk pengunjung ke sini khasnya untuk anak-anak. Yang paling seronoknya ialah ke semua permainan dan juga perhiasannya dibuat mengikut tema Angry Birds. Memang teruja la…
Permainan dan aktivity di dalam ABAP ini dibahagikan mengikut beberapa sub tema. Setakat yang saya ingat pada hari kami ke sini tempohari ada beberapa bahagian iaitu:
1. Danger Zone
2. Utopia
3. Classic
4. South Beach
5. Angry Birds Shop
Danger Zone
Di bahagian ini aktiviti-aktivitinya agak lasak. Antaranya ialah:
Laser Birds Scoot
Anak-anak boleh bermain scooter melunsuri track yang mencabar.
Space Drop Airbag
Permainan ini memang mencabar keberanian anak anda. Anak anda akan naik ke tempat yang agak tinggi dan terjun ke atas pelampung udara besar yang disediakan di bawah. Mengikut ‘feedback’ anak saya, mula-mula memang takut untuk terjun. Namun selepas mencabar diri memaksa untuk terjun, terjunan selepas itu dah menjadi satu keseronokan pula.
Utopia
Air Parkour Track
Ok kat sini anak-anak boleh buat bermacam-macam aksi. Boleh terjun, boleh lompat pelbagai gaya. Kat bawah tu ada disediakan bongkah-bongkah dan bola-bola plastik. Jatuh pun tak sakit
Anti Gravity Trampoline
Seronok juga melompat-lompat atas trampoline ni. Yang ni orang dewasa pun boleh main. Main lompat-lompat dengan anak. Seronok!!!
Bird Wire Slack Line
Kat sini pengunjung boleh belajar mengimbangi badan dengan meniti atas titian sebatang kayu yang kecil. Ibu bapa pun boeh cuba sekali.
Piggy Shooting Gallery
Pistol meriam ni boleh tembak piggy kat depan tu. Anak-anak boleh menguji ketepatan fokus mata mereka ke atas sasaran piggy tu.
Classic
Angry Birds GO! Kart Track
kat sini ada track go-kart untuk anak-anak mengambil pengalaman memandu go kart.
Bird Nest Climbing Track
ada juga aktivity untuk anak-anak main panjat-panjat di sini.
South Beach
Angry Birds Video Game
ada disediakan tempat untuk anak-anak bermain video game Angry Birds
Balance Bike Lagoon
Untuk anak-anak kecil (bawah 5 tahun) yang tak mampu bermain scooter di Danger Zone, mereka boleh bermain basikal yang lebih kecil sesuai dengan umur mereka di sini. Ada halangan berbukit sedikit untuk menjadikan permainan lebih mencabar.
Captain Black Birds Ship
Setting dibuat seperti sebuah kapal untuk anak-anak bermain di sini.
CineMine
Sambil-sambil bermain, anak-anak ataupun ibu bapa boleh layan movie kat sini.
Red Bird Sona
Seronok main permainan ni. Sesuai untuk yang berumur lebih dewasa. Sebabnya kita dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberikan dengan kadar yang cepat. Cara menjawabnya ialah dengan cara memijak di atas bulatan nombor yang disediakan. Hanya dengan jawapan yang betul dapat membawa ke peringkat yang seterusnya.
Angry Birds Shop
Dah puas main, anda bolehlah shopping kat sini sebagai souvenir untuk dibawa pulang. Macam-macam barangan Angry Birds ada. Daripada patungnya, pakaian, alatan mainan, alat tulis, makanan ringan dan lain-lain lagi, semua ada dijual di sini.
Selain itu, ada lagi satu ruangan di sebelah Snack Bar untuk anak-anak terokai. Ruangan ini lebih kepada konsep hutan belantara.
Persembahan staff
Sepanjang saya berada di sini sehari suntuk, saya dapati ada persembahan yang dipersembahkan khas oleh staff-staff yang bertugas kepada para pengunjung iaitu persembahan tarian muzikal. persembahan yang agak menarik ini berjaya menghiburkan saya.
Kemudahan lain
Angry Birds Snack Bar
Di sini ada disediakan cafe untuk pengunjung berhenti rehat dan membasahi tekak ataupun mengisi perut. Namun pilihan makanannya saya dapati agak kurang. Tak banyak pilihan sangat. Harganya pun lebih mahal daripada biasa.
Jadi untuk makan saya rasa lebih berbaloi untuk makan di tempat lain.
Tempat makan lain
Sebenarnya tidak susah mencari tempat makan. Sebabnya ABAP ni terletak di dalam pusat membeli belah. Di luar ABAP anda akan berjumpa dengan restoran KFC. Ataupun anda boleh ke tingkat lain untuk mencari restoran pilihan anda.
Tempat rehat
Di atas cafe Angry Birds, ada disediakan tempat untuk ibubapa berehat sementara menunggu anak-anak selesai bermain. Kat sini ada disediakan sofa dan tv untuk tontonan pengunjung. Dari sini anda juga boleh melihat sebahagian besar ABAP daripada atas.
Tandas
Tandas awam ada disediakan di sebelah cafe Angry Birds.
Info Lain ABAP
Sesi kemasukan
Isnin – Khamis – tiket sah bermula daripada masa kemasukan 10 pagi sehinggalah pukul 10 malam
Jumaat – Ahad, Cuti awam/cuti sekolah/ataupun hari kemuncak:
Waktu operasi akan dibahagikan kepada 3 waktu iaitu:
Sessi 1: 10am – 1pm | Sessi 2: 2pm – 5pm | Sessi 3: 6pm – 10pm.
Walaubagaimanapun tiket sah dariapada masa kemasukan.
Harga tiket ABAP:
saya dah beli tiket online siap-siap
Anda seeloknya masuk laman sesawang ABAP dulu untuk melihat harga tiket dan pakej yang disediakan. Dari situ and akan boleh buat perbandingan untuk menggunakan pakej yang sesuai untuk keluarga anda.
Untuk mengikuti perkembangan terkini ABAP, anda boleh mengikuti perkembangan semasa ABAP di:
http://angrybirdsactivitypark.my/NewsEvents.html
Komen eXplorasa
Melapangkan masa sehari suntuk untuk anak-anak bermain dan mengalami sendiri aktiviti di sini bukanlah waktu yang singkat. Sampai satu tahap, bila mana hari dah petang, saya terlelap di ruang menunggu di atas cafe Angry Birds. Waktu itu saya menemankan Ifza anak bongsu berumur 4 tahun minum susu sambil berehat menonton movie Angry Birds.
Secara keseluruhan, saya berpuashati datang ke sini. Yang penting, anak-anak bergembira menghabiskan cuti sekolah mereka dengan aktiviti yang bermanfaat yang boleh mereka ingat dan ceritakan sesama rakan mereka.
Yang penting lagi ikatan kekeluargaan yang terjalin secara halus dan secara tidak langsung daripada pengorbanan ini. Moga mereka merasakan ibubapa mereka adalah yang terbaik buat mereka. Moga mereka menjadi anak-anak yang soleh yang boleh membekalkan cahaya di kubur ibubapa mereka nanti.
Untuk anda, saya cadangkan anda datang sendiri ke sini dengan membawa anak anda. InsyaAllah ianya berbaloi!
Lagi gambar di ABAP
p/s: hmmm baru terfikir.. best jugak kalau boleh bawa bekal Murtabak Majid Special Cheese No 1 yang best tu makan kat tempat ruangan menunggu. Tapi makanan luar tak boleh bawa masuk..
Wow… Dah ada Live Angry Bird.. hahaha
Anuar recently posted…Pendaftaran MUET dan Tarikh Exam MUET 2016
Fuyooo.. budak2 mesti suke tempat nie
Afif Rayyan recently posted…Tonton Dan Download Anak Mami Nasi Kandaq Full Movie
yup… anak aku seharian main kat sini
Kalau anak SA ni confirm tak nak balik ni..
Suriaamanda recently posted…Top Komentator July 2016
hhahhaha.. memang!!! anak bamhoq pun jenuh pujuk
Tempat ini sesuai nak bawa anak-anak pergi bersuka ria bolehlah pergi sangat bagus
Khairul Zamri recently posted…Jus Bidara Syifa
yup.. bebudak confirm puas hti datang sini