Sign in / Join

Pakej Murah Ke Jepun – Tokyo & Osaka

“Pakej Murah Tokyo
Pakej Murah Osaka
~ 2 carian yang agak banyak di enjin carian Google tentang Trip Ke Jepun”

Antara percutian idaman saya adalah untuk melawat negara matahari terbit, Jepun selain daripada New Zealand dalam masa terdekat. Maka untuk itu saya sentiasa mencari info tentang pakej-pakej murah untuk ke Jepun dan New Zealand.

Bukan melancong ke tempat lain tidak menarik hati saya. Malah saya sangat gembira apabila menerima jemputan daripada Air Asia untuk mengikuti FAM Trip tajaannya ke Jawa Tengah Indonesia. Trip yang sangat hebat yang mana saya rasa kalau saya pergi sendiri memang tidak akan sampai ke tempat-tempat yang dibawa semasa trip tersebut.

trip tajaan Air Asia ke Jawa Tengah

trip tajaan Air Asia ke Jawa Tengah

Pakej percutian murah ke Jepun oleh Japan Budget Trip (JBT)

Antara pakej-pakej murah untuk ke Jepun yang dapat mencuri perhatian saya adalah pakej yang dibuat oleh agensi percutian ke Jepun, Japan Budget Trip.

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan pakej ke Jepun yang ditawarkan oleh JBT ialah kosnya agak rendah berbanding dengan pesaingnya.

JBT mampu merendahkan kos trip ke Jepun antaranya disebabkan kos operasinya yang lebih rendah. Segalanya dibuat sendiri. Daripada ‘marketing’ sehinggalah menjadi jurupandu sewaktu di Jepun.

Beliau sendiri amat sinonim dengan Jepun kerana pernah menetap dalam masa yang agak lama di sana. Beliau mahir bercakap, membaca dan menulis dalam bahasa Jepun. Itu antara kelebihan yang beliau manfaatkan menjadikan pakej-pakej ke Jepun beliau lebih murah berbanding biasa.

Pakej Murah ke Tokyo dan Osaka

Antara pakej – pakej harga patut ataupun harga lebih murah untuk ke Tokyo dan Osaka yang sering menjadi pilihan adalah 3 trip berikut:

1. JBT Snow & Sakura Trip : 26 – 31 March 2017 (6D5N)

Pakej ini agak istimewa. Dengan menyertai trip ini, peserta mendapat peluang merasai dua musim dalam satu trip yang sama iaitu keindahan bunga Sakura di Tokyo serta keputihan salji di Gala Yuzawa.

pakej-murah-tokyo-osaka-sakura

Dengan pakej ini perserta akan berpeluang bersiar-siar sekitar Tokyo, melawat Tokyo Disneyland, menikmati Trip ke Gala Yuzawa Ski Resort (menaiki keretapi laju Shinkansen) dan Trip ke Karuizawa Shopping Plaza & Ski Resort (menaiki keretapi laju Shinkansen)

Bestnya berain salji (pic: JBT)

Bestnya berain salji (pic: JBT)

Harga Pakej G (tanpa tiket penerbangan):

Dewasa (12 tahun dan keatas ) : RM2,490 seorang
Kanak2 (7 hingga 11 tahun) : RM2,190 seorang
Harga Pakej F (dengan tiket penerbangan – tempat terhad):

Dewasa (12 tahun dan keatas ) : RM3,990 seorang
Kanak2 (7 hingga 11 tahun) : RM3,490 seorang

*sila ke laman blog Japan Budget Trip untuk harga trip terkini…

2. JBT Kansai Sakura Trip : 3 – 8 April 2017 6D5N (dari RM1,490)

Dengan pakej ini anda pasti terpesona dengan musim bunga di Jepun yang sedang berlangsung pada masa ini.

Indahnya Sakura...! (pic: japan-guide.com)

Indahnya Sakura…! (pic: japan-guide.com)

Antara lokasi menarik yang akan dilawati adalah Osaka, Kyoto, Kobe dan Nara. Musim bunga yang menawarkan permandangan pohon-pohon Sakura di sekitar Osaka dan Kyoto merupakan tarikan utama pelancong dalam dan luar Jepun.

Antara tempat-tempat yang bakal dilawatu adalah Kyoto (Arashiyama & Fushimi Inari), Osaka (Osaka Castle, Namba & Tenponzan), Himeji (Himeji Castle & Shinkansen), Universal Studio Japan, dan Nara (Nara Deer Park & Todaiji).

Pilihan Bilik Pakej ini:

Pakej A

Harga : RM1,690 seorang (Early Bird Promo RM1,490)*
Bilik tidur tanpa bilik air
Bilik mandi di luar bilik tidur (shared bathroom)
Tuala mandi tidak disediakan

Pakej B

Harga : RM2,290 seorang (Early Bird Promo RM2,090)*
Bilik mandi didalam bilik tidur (private bathroom)
Tuala mandi disediakan

*sila ke laman blog Japan Budget Trip untuk harga trip terkini…

3. JBT Hana Haru Trip : 5 – 10 May 2017 (6D5N)

Trip ini juga adalah di dalam musim bunga> Anda akan dipesonakan dengan pemandangan lokasi-lokasi menarik di musim bunga.

pakej-murah-tokyo-osaka-trip-hana-haru

Di dalam trip ini anda akan dibawa melawat sekitar Tokyo, menikmati Trip ke Fuji Shibazakura Festival dan Mt. Fuji, Trip ke Ashikaga Flower Park (menaiki keretapi laju Shinkansen) dan Trip ke Karuizawa Premium Outlet (menaiki keretapi laju Shinkansen)

Cara mengikuti pakej – pakej ini:

Untuk menikuti pakej – pakej ini ataupun ingin bertanya lebih lanjut tentang pakej – pakej ini, anda boleh segera ke laman sesawang JBT:

>> http://japanbudgettrip.com <<

Segala borang pendaftaran dan nombor untuk pertanyaan lanjut ada di situ.

Komen eXplorasa

Saya secara personal, dah lama usha laman sesawang JBT ni. Memang impian saya untuk mengikuti pakej – pakej yang ditawarkan tersebut. Dan sudah pasti saya akan sasarkan pakej no 1, JBT Snow & Sakura Trip. Boleh la saya melihat pemandangan bunga Sakura dan salji sekaligus.

Segala perancangan ke arah itu sudah mula dibuat termasuklah mewujudkan tabung khas untuk pakej murah ke tokyo dan juga ke Osaka ini.

Semoga perancangan saya ini dipermudahkan. Aaameen

4,584 total views, 20 views today

12 comments

  1. Sue 20 December, 2016 at 08:40 Reply

    Salam. Saya akan ke osaka pada 19 mac dan balik dari tokyo 27 hb mac 2017.
    Ada tak pakej yg bersesuaian dgn group lain. Saya berdua sahaja

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: