Restoran Delong Coffee and Such – Mencari Menu Masakan Terengganu Tidak Lagi Jadi Masalah

Restoran Delong Coffee and Such (Delong)

delong-coffee-and-such

Tahun ini masuk tahun ke 6 aku bermastautin di Puncak Perdana Shah Alam setelah berpindah daripada rumah sewa di Bandar Baru selayang. Kawasan sekitar seperti Bukit Jelutong, Kampung Subang, TTDI Jaya mengunjur ke Seksyen 13 Shah Alam, rata-ratanya aku agak ariff.

Tetapi bila diajukan soalan di mana lokasi Restoran Delong , aku memang tiada idea. Ada ke nama restoran macam tu? Tak pernah dengar pun.

Sehinggalah aku dan rakan-rakan blogger KBBA9 dijemput untuk ke sini untuk mencuba sendiri menu- menu menarik di sini petang tadi.

Rupa-rupanya restoran ini adalah restoran yang baru dibuka. Patutlah aku tak biasa dengan nama tu. Hari ini Delong mengadakan sesi ‘food tasting’ kepada jemputannya yang rata-ratanya adalah terdiri daripada bloggers daripada KBBA9.

Nama Delong diambil sempena nama Kampung Delong di Dungun Terengganu iaitu kampung tempat kelahiran Puan Ina pemilik restoran ini.

Konsep Delong

Sekarang jika aku ke restoran ataupun cafe, konsep adalah antara perkara yang aku tengok dahulu. Konsep ini jika kena dengan menu-menu yang ditawarkan akan lebih membuatkan aku terasa lebih menghayati susasana di sesebuah restoran.

Konsep restoran ini lebih kepada ‘family dining’. Walaupun dinding-dindingnya masih kontang dengan hiasan dinding. Walaupun hanya ada beberapa keping frame kata-kata unik berkenaan menu di restoran ini, tapi aku sudah dapat menghidu konsep yang cuba diterapkan.

chalong-quote

chalong-quote-2

Aku tak dapat memberi banyak komen tentang konsep restoran ini kerana sebenarnya proses dekorasi masih belum siap sepenuhnya.

Aku cukup yakin apabila asikerja-kerja dekor selesai sepenuhnya, restoran ini akan lebih menarik dan unik dengan konsep dan menu-menunya yang tersendiri.

Lokasi Delong

Tidak susah untuk mencari lokasi restoran ini. Jika anda sudah biasa dengan kawasan TTDI Jaya Shah Alam, restoran ini terletak di lot kedai betul-betul di belakang stesen minyak Petron TTDI Jaya.

Jika anda bukan orang Shah Alam, jangan bimbang, anda boleh terus taip alamat restoran ini ataupun taip katakunci “petron TTDI Jaya” di Waze atau Google Maps anda.

Lokasi Restoran Delong Coffee and Such
Lokasi Restoran Delong Coffee and Such

Menu-menu food tasting Delong

Restoran ini menyediakan menu-menu makanan asli daripada Terengganu. Namun ada juga tambahan menu-menu makanan barat untuk memberi pilihan kepada pelanggan. Untuk sesi Food Tasting petang tadi, hanya 2 menu makanan yang diketengahkan.

Chalong

mihun-chalong

Chalong ini adalah salah satu makanan tradisi negeri Terengganu. Ia biasanya terdiri daripada bebola ikan atau daging, mee/mihun/kuey teow, sayuran dan kuah sup yang lazat.

Selama ni aku biasa makan mee chalong. Tapi petang tadi aku disajikan dengan Mihun Chalong. Tak kurang juga sedapnya!

Sebenarnya Chalong ini kunci kelazatannya terletak pada bahan-bahan asasnya tadi. Kena dengan bebola ikan atau daging yang lazat dan kuah supnya yang enak, maka sedaplah Chalong tersebut.

Secara keseluruhan, Mihun Chalong Delong ni menepati citarasa aku. ‘Homemade Fishball’nya memang sedap. Memang terasa isi ikan aslinya. Kuah supnya juga sesedap rasa. Memang aku hirup sampai habis.

Nasi Carrot Ayam Masak Merah

nasi-carrot-ayam-masak-merah

Ini satu lagi menu utama Delong. Nasi yang seakan nasi minyak tetapi ditambah dengan lobak merah di dalam nasinya yang menggunakan beras panjang dan relai. Nasi ini dipadankan dengan Ayam Masak Merah yang lazat. Memang berbaloi order nasi ni sebab ia sedap dan mengenyangkan.

Air Soda Bukit Besi

air-soda-bukit-besi

Aku suka air ni. Rasa tak puas minum. Gabungan air soda, daun pudina dan batang serai menghasilkan rasa dan aroma yang mantap. Tengok dari bahannya macam air detox pulak.

Lala Choco Drink

lala-choco-drink

lala-choco-drink-2

Air ni unik. Pertama kali aku cuba. Minuman yang diperkayakan dengan krim dan ditambah dengan marshmallow di atasnya. Yang menjadikannya lebih unik lagi ialah marshmallow ini dibakar sedikit dengan menggunakan semburan api.

Menu-menu lain Delong

Seperti yang aku katakan tadi, restoran ini ada banyak menu yang diwarkan kepada pelanggan. Rata-menu adalah menu masakan daripada negeri Terengganu dan juga menu masakan barat. Menu seperti Nasi Lemak Sambal ala Terengganu adalah salah satu menu yang patut anda cuba jika singgah ke sini. ada juga menu seperti Nasi Goreng Special, Chicken Chop dan lain-lain lagi.

Minuman pun ada pelbagai menu yang boleh diorder. Minuman seperti Coffee Latte, Mocha dan minuman lain boleh dicuba di sini.

Oh ya. Restoran ini juga ada menyediakan pakej set makanan dan minuman. Contohnya set Nasi Carrot dan Air Soda Bukit Besi. Set ini hanya berharga RM9.90 sahaja. Set menu yang sangat berbaloi – sedap, kenyang dan harga patut!

Info lanjut Delong

Alamat: No 8 Jalan Opera A U2/A Seksyen U2 TTDI Jaya Shah Alam Selangor (Landmark berdekatan Petron)
No Tel : 0139583797 / 0122808996
Instagram : @delongcoffeeandsuch
Waktu operasi: 9.00 pagi – 12.00 tengah malam.

Komen eXplorasa

Secara keseluruhan, aku suka ke sini. Sebabnya menu-menunya adalah menu masakan Terengganu. Sebagai orang Terengganu, aku memang suka mencari makanan Terengganu. Jadi restoran ini aku jangka bakal menjadi satu restoran feveret aku.

Menu Terengganu yang unik, rasa yang kena dengan selera, dan harga yang berbaloi… Aku rasa restoran ini tidak perlu tunggu lama untuk menjadi tarikan pengunjung.

p/s: tak sabar nak pegi lagi untuk mencuba menu yang lain pula

Baca juga: Sayur Masak Lemak

Loading

Related Stories

Discover

THE DEBUT OF HUAWEI PURA 70 SERIES

A NEW-GENERATION FLAGSHIP PIONEER IN PHOTOGRAPHY AND AESTHETICS.Pre-Order The New Line Of The HUAWEI...

HUAWEI MATEBOOK D 16 IS NOW AVAILABLE NATIONWIDE ACROSS...

KUALA LUMPUR, 19 JANUARY 2024 – The wait is over, Huawei have finally announced...

HUAWEI EMPOWERS CREATIVE EDUCATION THROUGH SPONSORSHIP OF ASWARA AND...

KUALA LUMPUR, 18 JANUARY 2024 – Huawei is proud to announce its sponsorship of...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE...

EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER Pushing the boundaries...

Menara Condong Teluk Intan, Menara Condong Kedua Selepas Menara...

Menara Condong Teluk Intan, yang juga dikenali sebagai Menara Condong Teluk Anson, adalah salah...

Petaling Street Market, Tempat Wajib Singgah Di Tengah Bandaraya...

Pasar Petaling Street ataupun Petaling Street Market Kuala Lumpur, yang terletak di tengah-tengah pusat...

Comments

    • byk bro.. tp tak semua rasa menu-menunya rasa asli negeri terengganu. sy org terengganu. so sy memang nak rasa resipi terengganu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

G-601VBDF9PQ